03~Putera Idaman~

1.2K 35 4
                                    

"Class.. Listen here! Kita ada new student hari ni."

"Oit.. Ni laa mamat yang aku cakap tuh.. Taste kau laa.."

"Giler.. Siot je.. Xde nyerr.."

"Cikgu Nasyitah, ni sebelah Fifi ade kosong"

"Okay.. Do you mind to seat there?"

"Nah.. I'm willing to stay there whole day.."
Danzel senyum sinis sambil mengatur langkahnya menuju ke arahku.

"Omg!! Bapak hot budak ni.."

Menjerit mengilai pelajar perempuan, masing-masing membetulkan tudung, sibuk membelek muka Di cermin. Tipikal wanita. Huh!

Derapan kakinya begitu jelas dipendengaranku, sejurus dia melalui aku dan mengambil ruang disebelahku, kurasai satu debaran yang amat kuat pada jantung hati ini, bau minyak wangi tubuhnya begitu mengasyikkan, mukaku berpaling mengikut gerakkan tubuhnya, serentak dengan itu kutatap raut wajahnya yang tidak jauh  dariku, sungguh asyik dan bersahaja aku menongkat dagu, mulut aku ternganga luas? Persetankan! Aku terus menghayati keindahan ciptaan Tuhan. Wah!! Memang sama dengan putera khayalan yang aku idamkan.

Senyap..

Senyap..

Lengang..

Bagaikan Cctv, semua Mata melihat lagak diriku yang bagaikan pesalah menanti hukuman, pipiku terasa panas sampai ke telinga. Apa aku buat ni! Mat salleh di sebelahku tersenyum sinis sambil menggelengkan kepalanya.

"Woah.. Fifi excited jumpa putera idaman dia weyh..!! Tepuk tangan semua!!"

Suara lantang Qalisya memecah kesunyian, sekaligus kedengaran hiruk pikuk, hilai tawa pelajar mengejek aku, malunya hanya Tuhan yang tahu. Andaikata, punya pilihan ingin sahaja aku membenamkan kepalaku jauh ke dalam tanah, biar cacing-cacing tanah sahaja yang berkongsi perasaan malu aku yang tidak tertanggung ini.

"Dah class.. Senyap.. Tak payah nak menyakat Afifie or Danzel.. Submit homework yang cikgu bagi last week, and buka buku teks science, chapter 4 page 28.."

Terima kasih cikgu Nasyitah. Aku mengucap syukur yang tidak putus-putus. Kurang sedikit rasa malu ini melihat reaksi pelajar mengelabah mencari buku latihan masing-masing. Tak siap lagilah tu!

Senyum sumbingku terhenti seketika, apabila mataku bertentang dengan lelaki kacak di sebelahku, gelabah!ya aku menggelabah seraya melarikan pandangan, tidak mahu dituduh yang bukan-bukan lagi.

                              *   *   *   *   *   *

Kelas berlalu dengan pantas, waktu rehat tadi pun mat salleh itu tidak kelihatan, sampailah masa akhir sesi pembelajaran juga tidak kelihatan, ada pelajar perempuan yang mengekorinya dan memberitahu dia sibuk berurusan dengan pengarah sekolah dan kakitangan pejabat Am. Tidak tahulah akan kesahihannya, tak kuasa nak ambil tahu, desis hatiku.

Aku mengatur langkah perlahan menuju ke perkarangan luar sekolah tempat kebiasaan aku menunggu Tn.Qamyl Jam ditangan menunjukkan tepat pukul 01:09 petang. Panas terik begitu menyengat,aku berteduh di bawah pokok bersebelahan dengan pondok keselamatan di hadapan pintu pagar sekolah, pengawalnya kulihat tidur mati tidak sedarkan diri, sengaja aku memilih untuk sedikit jauh daripada pondok bas, tidak ingin terserempak dengan senior atasan pelajar tingkatan lima atau enam. Melainkan, aku bersedia untuk dibahan disitu.

Kedengaran siulan nakal dari pondok bas tidak jauh dari tempatku. Aku abaikan sahaja, tidak bercadang untuk melayan, makin menjadi nanti.

Kedengaran derapan kaki seseorang mendekati tubuhku. Aku terus menekan skrin telefon bimbitku. Berlakon seolah-seolah tidak perasan akan kehadiran orang disebelahku. Pasti pelajar samseng dari pondok bas tadi.

"Hi, awak.. Sorang-sorang je ke, nak saya temankan.."

Ayatnya diselang selikan dengan gelak tawa yang masih bersisa.

"Terima kasih je.. Tapi saya lagi selesa sorang daripada ditemankan orang macam awak dengan kawan-kawan awak tu.."

Aku menghabiskan bicaraku seraya menghayun langkah untuk melintas jalan. Kurasa pilihan terbaik adalah keluar dari kawasan samseng ini sahaja. Namun langkahku terhenti, tanganku direntap kasar.

"Eh, orang cakap sopan jawab laa sopan.. Jangan nak sombong sangat lah.. Saya tak sama dengan kawan-kawan saya yang lain.. Awak ingat sape yang selamatkan awak dari dalam stor sukan masa tahun lepas??.."

Tubuhnya rapat kedadaku.. Nafasnya yang berat jelas kurasai dipermukaan wajahku. Dia sedikit menunduk menatap wajahku. Tubuhku yang kecil membuatkan aku tidak berdiri sama paras denganya. Bersih wajahnya, rambutnya juga bersinar dibawah mentari, Mata coklatnya menikam jauh ke dasar mataku.

Kepalaku ligat mengingat situasi semasa dikerjakan oleh sekumpulan pelajar seniorku yang memukul dan mengunci tubuh genit ini ke dalam stor sukan sekolah. Aku merayu agar dilepaskan namun mereka berlalu tanpa belas. Menjelang senja, aku yang menggigil ketakutan didatangi seorang lelaki yang memakai jaket lengkap bertopi,  mukanya tidak berapa jelas sebab hari sudah semakin gelap, dia datang menghampiriku, aku teresak-esak menangis, terharu, bersyukur semuanya bercampur menjadi satu.. Dia pantas memeluk tubuhku sambil tangan nya membuka satu persatu ikatan di tubuh kecilku.

"Shhh.. Awak selamat sekarang okay. Saya minta maaf awak.."

Tuturnya di ikuti dengan kucupan hangat didahiku.

Duppp!!

Hatiku berdegup kencang. Pelukanku terlerai begitu sahaja, Cuba mengamati wajahnya disebalik cahaya senja yang menerobos masuk melalui jendela stor itu.

"Mmm.. Awak ni sape?"

Pertanyaan bodohku, disambut dengan gelak kecilnya.. Matanya tidak dapat kulihat jelas sebab topinya menutup pandanganku. Dia seolah-olah mengelak dari bertentang mata dariku.

"Pelindung setia awak.."

Di kala senja itu, dia menghantarku balik sampai ke depan pintu pagar rumah agam milik majikanku. Helmet kepalanya begitu kemas menutupi setiap inci muka si pelindung setia. Sepanjang berada diatas motornya, masing-masing senyap seribu Bahasa, cuma pelukkanku begitu erat, tanganku melingkar utuh dipingganngnya,kurasa tubuhnya sedikit kekar. Bau tubuhnya begitu menyenangkan, Tanpa aku sedari aku Lena sambil memeluknya...

Lambaian tangan dimukaku besertakan dengan bunyi siulan yang kuat ditelinga ini membuatkan aku tersentak dari lamunanku yang panjang. Malunya..

"Heyy.. Hensem sangat ke saya ni, sampai awak tak nak lepas pinggang saya ni?"

Tanpa saat, pantas tanganku meleraikan pegangan erat yang melingkar di pinggangnya. Muka ku terasa panas sampai ke telinga. Aku berlari pantas, melintas jalan..

Aku malu.. Aku ingin lari.. Diakah lelaki dikala senja itu.. Penyelamatku.. Aku ingin tahu banyak lagi.. Namun... Situasi begitu memalukan untuk aku terus berada disitu..

Persetankan.. Aku ingin lupakan semuanya..

**Omg.. I'm so excited to exposed every detail..tekan bintang & komen weh**

Ceritera Cinta Si BeradikWhere stories live. Discover now