39 ~ Syarat Pemilikan Harta 2

313 7 4
                                    

Fifi memalingkan tubuhnya menghadap ke luar kereta. Matanya menjamu bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur. Hatinya gundah gulana menyaksikan semua ini, dia tahu kepulangannya ke kota metropolitan ini mengundang bencana keatas dirinya sendiri!

Fifi mengeliat malas, dia sebenarnya tidur-tidur ayam sahaja sebentar tadi. Niat dihati ingin saja dia meneruskan rajuknya itu, namun dia perlu sedar dirinya sudah dewasa untuk membendung perasaan iri hati yang tidak seberapa itu. Lagipun, Danzel tidak menunjukkan sebarang layanan istimewa kepada perempuan itu.

"dah sampai ke..?"

Fifi berpura-pura bertanya, walhal dia nampak kereta ini sudah memasuki kawasan perkarangan parking privasi untuk penghuni kondominium yang berdiri megah ini.

"aah.. Dah sampai.. awak nak saya dukung ke?"

"tak payah, kaki saya walafiat lagi awak..!" Fifi mencantas gurauan Danzel dengan muka kelat.

Sampai sahaja di pintu Kondominium milik Danzel, dia meluru masuk sambil mengherot bibirnya mempelawa Fifi barangkali. Micah Jeremiah dibiarkan terkial sendirian memunggah bagasi mereka.

"Fifi tidur kat bilik Danzel,.. from now on this is your room.." Dia senyum sambil menguak daun pintu berkembar itu. Sebaik punat kawalan jauh ditekan bilik itu pantas bercahaya dek disimbahi lampu putih.

Bilik itu dilengkapi dengan perabot mewah yang nyata diimport khas dari luar negara. Rata-rata perabot itu berwarna putih.

Dindingnya berwarna hitam pekat, dekorasi minimalis itu sungguh memikat hati Fifi. Sudah lama dia berangan memiliki singgahsana seperti ini.

Fifi melabuhkan punggungnya di atas katil yang empuk itu, katil raja-raja sangat desis hati kecilnya. Dia tersenyum berat, entah kenapa suasana mewah sebegini tidak dapat menghilangkan rasa gulana dihatinya kala ini.  

Fifi mendongak mencari anak mata Danzel yang sudah sedia menikam anak matanya. Fifi menarik jari-jemari Danzel memaksa Danzel untuk duduk bersebelahan dengannya.

"Fifi dapat rasakan kepulangan Fifi hari ni bukanlah keputusan yang bernas. Tapi Fifi tetap nak balik as long as you with me.."

"yes.. Danzel akan selalu dengan Fifi.."

Tiada jarak pemisah diantara mereka kala ini. Suhu badan mereka saling berbalas melawan kedinginan segenap  bilik dek penghawa dingin yang melampau ini.

Lama juga mereka berkeadaan seperti itu, sebelum Fifi betul-betul lelap di atas bahu Danzel. Fifi mahu mimpi yang indah-indah saja malam ini.

Perlahan -lahan Danzel menyelimutkan Fifi. Dia kemudian mengucup lembut dahinya sebelum memadamkan lampu bilik, kemudian dia menutup rapat pintu bilik itu.  Ada benda yang perlu diselesaikan bersama Micah Jeremiah!


                                        *       *       *


Danzel menghirup kopi panas perlahan, sebelum melabuhkannya diatas kaunter dapur. Matanya tidak lepas dari melihat susuk tubuh Micah Jeremiah. Dia perlu melihat sejauh mana kebenaran kata-kata pembantu peribadinya yang sudah dianggap seperti abang kandungnya sendiri..

"No.. wait.. kau jangan salah faham okay! kau sekarang dah lebih daripada 18 tahun, so pemilikan harta tu hanya akan sah bilamana kau kahwin dengan wanita berbangsa melayu.. Mr.Amerca." Micah Jeremiah semakin petah berbahasa melayu, 'slang' nya langsung tidak kedengaran. Dalam diam Danzel kagum akan kepetahannya.

"huh? what the hell..!" Danzel bingkas bangun sambil mencekak pinggang.

Perbualan diantara mereka malam itu semakin galak,  lancar saja mulut Micah melontarkan syarat pemilikan harta yang sudah dihadamnya itu. Dia sudah lama menyusun kata untuk menyampaikan perkara ini kepada anak majikannya.

"this is one of f**king condition from your Dad dude.." Micah ikut bangkit sambil memegang bahu Danzel, sebelum ditepis sedikit kasar oleh Danzel.

Danzel mengatur langkah ke balkoni sambil menghela nafas berat. Apalagi yang perlu aku perjelaskan kepada Fifi? bala apalagi yang bakal aku cipta kali ini? hatinya bergolak hebat sambil mendongak melihat dada langit yang tetap sepi tanpa jawapan untuk semua dugaan yang mendatang.

Micah hanya mampu menggeleng kepala melihat sambutan dingin dari Danzel. Sungguh, dia sudah menjangka semua ini. Dia mengambil selimutnya diatas sofa putih buatan Itali itu sebelum langkahnya mati melihat pintu bilik Danzel ditutup dari dalam. Fifi..! desis hatinya.

p/s* maaf sebab lama senyappp..
vote & komen tauuu..

Ceritera Cinta Si BeradikWhere stories live. Discover now