part 22 (poor fifi)

355 15 12
                                    

Manuskrip novel ni dah nak siap..
Pihak production tngh fikir nak proceed cerita ni.. korang rasa?

Hari berganti hari, minggu bertukar minggu, bulan bertukar bulan. Kini Fifi lebih matang melalui hidupnya. Dia sudah pandai menjalani hari-hari yang mendatang. Pernah terlintas di benakknya, mungkinkah Danzel akan datang mencarinya,? Namun dia pasrah menanti itu. Dia tahu dia tidak boleh mengharapkan itu, kerana dipihak Danzel berbaloikah menyelamatkan atau mencari dia?

*******************

Keadaan yang begitu menyesakkan, tubuh jantan bergelimpangan, bau hancing, hamis, dan kepam di mana-mana, serius aku bagaikan hendak pitam melihat ini semua, setidaknya aku tidak pernah melalui ini semua ketika mengabdi diri dengan Tuan Qamyl. Namun? Kalau inilah galang gantinya aku sanggup menelan semua variasi ini. Aku juga bisa menjadi impulsif tahu!

Kakiku terjongket-jongket memijak kawasan lantai yang begitu melekit, licin dan berminyak. Habuk sampah dimerata tempat, udara! aku perlukan udara untuk bernafas.

Anton melirikku laju, cuba menilai reaksi aku kala ini. Aku tersenyum pahit cuba menutupi keresahan hati, dia mencapai tanganku memberi semangat barangkali. Anton pekerja dari kampung sebelah datang mengganti salah seorang pekerja indonesia yang balik kampung minggu lepas. Hubungan aku dengannya makin rapat, ini kerna dia sudah tahu akan kisah hidupku. Aku bercerita dengannya dari akar umbi seleksi hidupku.

Kotej pekerja ini terlalu usang dan sesak untuk didiami. Risiko begitu tinggi untuk aku bertahan lama disini. Pasti!

Menurut Tuan Qayim aku tidak boleh tinggal di kotejnya lagi. Tempatku adalah setaraf dengan pekerjanya yang lain. Perlahan mataku lelap dalam paksa disatu sudut. Mujur aku baru selesai mandi dengan Anton menjaga ku tadi. Bayangkanlah mandi juga secara terbuka, maka aku perlu menanti yang lain selesai sebelum tiba giliran aku. Kalau tidak Naya aku dikendurikan!

Anton menyusun pakaianku kedalam almarinya. Kini aku menumpang biliknya, sedang dia juga berkongsi dengan 3 lagi pekerja asing. Aku melihat jauh ke anak matanya ketika aku ingin lelap. Dia duduk di birai katil melihat ku, dia memberi aku keutamaan dalam segala hal, sesungguhnya Anton begitu memahami diri ini.

*******************

Danzel

Qalisya menghamipiri aku dan memberikan sebuah buku berwarna hitam. Kusedari buku ini adalah diari milik Fifi, aku mencari anak mata Qalisya cuba meminta penjelasan dari tindakannya. Dia tersenyum pahit membalas renungan dariku. Lama tidak menilik wajah ceria si gadis berperawakan tomboi dan bertudung ini. Dengar cerita sudah tidak berhubung dengan Neldya. Pasti dia merasa bersalah terhadap Fifi, melihat dari sinar wajahnya yang hambar.

Lama menghabiskan masa bersama Qalisya di kantin sekolah, banyak yang dikongsikan bersama, termasuk perihal Fifi yang buat pertama kalinya dilabel budak pra matang dalam sekolah semasa hari pertamanya berpindah ke sekolah itu. Ya detik dia menjalin hubungan persahabatan bersama Qalisya. Siapa pun bakal tergelak mendengar suara Fifi yang tidak pecah!

"Damn.. it just nice and sweet dengar suara Fifi macam tu.. i like.. takde masalah pun dengan suara pra matang tu Qalisya.."

"Yepp.. but it wasn't normal untuk lelaki kann.."

Qalisya menjelingku sambil mencebik.

Begitulah aku menghabiskan masa sepetang bersamanya. Ternyata dia masih sayangkan Fifi sebagai kawan sejatinya. Aku memberitahu Qalisya akan ketekadan aku ingin mencari Fifi, sumber terdekat sudah kudapatkan, mujur Pak Samad sanggup membantu.

Agaknya Fifi apa khabar dalam tempoh ini, sihatkah dia, makannya atur ke tak? Benci mengingati insan yang menghantar Fifi jauh dari pandanganku. Ya Tuhan, lindungilah hambamu yang lemah itu. Semoga dia diberikan kekuatan dan ketabahan melalui semua ini.

****************

Harris

"Bro, kau jangan kacau aku boleh tak?! Kau tak paham bahasa ke sial"

"Wei.. rileks bro.. meroyan takde awek songsang kau ke ape?!"

"Sape bagitau kau,dia songsang hah?! Aku rasa kau tak tau apa yang kau cakap ni la bodoh..!!"

Harris membelasah satu lagi pelajar yang cuba memperolok dia dengan Fifi yang sudah berbulan-bulan pergi tanpa khabar berita. Masuk minggu ini sudah berpuluh kad gaduh dia dengan beberapa pelajar, rata-rata hanya untuk mempertahankan Fifi.

Dia begitu terkilan akan tindakan Fifi, meninggalkan dia, masih segar diingatannya perjumpaan mengejut mereka pagi itu. Dia langsung tidak tahu itu merupakan perjumpaan mereka yang terakhir!

"Oit.. apasal Harris call tak pick up.. ni awat tak siap lagi jom laa sekali pi sekolah.."

Harris menyergah Fifi yang berdiri dengan wajah sugul dihadapan gerbang pagar villa Tuan Qamyl. Mata Fifi berkaca melihat harris menghampirinya. Sedang Harris pula berusaha menyembunyikan kekecewaan yang disaksikan matanya semalam. Sungguh, adegan Danzel berbalas peluk dengan Fifi semalam amat menikam jantung hatinya. Kalau boleh dirobek, robek sudah hatinya!

"Morning.. pagi lagi dah kecoh.. rileks ah.. Fifi tak sihat laa nak g sekolah.. semalam kena hujan.."

Fifi mengelabui perasaan sebaknya dengan bereaksi normal. Tenang air di kali, tenang lagi riaknya kala ini. Sebentar tadi dia sudah 'berpisah' dengan Danzel, kini dia juga perlu 'berputus' dengan Harris. Ya inilah arahan yang perlu aku patuhi, putuuskan sebarang perhubungan dengan manusia dan mungkin aku perlu hidup sebarang kara lepas ini.

"Laa yeke.. main hujan tu yang tak ingat Harris langsung.."

Mahu saja Harris melempiaskan apa yang sudah dilihatnya semalam. Tapi kali ini dia perlu sabar dan bertenang.

"Takdelah.. mengada je harris ni.. Fifi ada masalah laa.. anyway thanks tau harris sebab sudi jadi kawan Fifi.. i will miss you.."

Fifi sudah tidak boleh menahan lagi, airmata dia sudah mula bergenang, sebelum ianya merosakkan situasi dia membelakangi Harris sambil menarik udara lagi yang segar konon. Dia kemudian melompat-lompat perlahan membuat riak keriangan. Cerdik!

"Oit.. cakap macam nak g jauh jek.. besar sangat ke masalah Fifi.. nak harris tolong?.."

Harris cuba menilik wajah kesayangannya .

"No.. just janji ngan Fifi harris will be okay and tak gaduh-gaduh ngan orang lagi lepas ni tauu.."

Fifi mengakhiri pertemuan terakhir itu, dengan menumbuk lembut bahu Harris, lagak seorang lelaki! Dia kemudian berlari anak meninggalkan Harris yang terkebil-kebil melihat perilaku ganjil seorang insan bergelar Fifi!

Do voted & comment

I will updated super fast this story from now on!!

Make sure to follow me,
I will release another new story after this!!

Ceritera Cinta Si BeradikDonde viven las historias. Descúbrelo ahora