Part 32 (Cottage)

302 10 0
                                    

............ continue back............

Kabus pagi mengelabui suasana dingin kala matahari baru sahaja mula terbit di ufuk timur, embun masih membasahi rerumputan, dedaunan, tumbuhan yang menghijau, kedinginan menyerap langsung sehingga ke tulang sum-sum.
Bunyi air pancuran dari gunung begitu deras mengalir dari lereng bukit alami, sungguh begitu unik sensual ini, serasa bagai di New Zealand yang menghijau walau hakikatnya masih di Bumi Borneo!

Danzel menghirup Teh hijau yang ditanam secara organik dan didatangkan khusus dari ladang sabah tea. Itulah yang disampaikan oleh penyelia chalet ini. Dia menarik nafas lega sambil mengatur langkah menuju ke bilik kecil lalu menangkap penglihatannya ke arah sekujur tubuh yang masih lelap, namun seribu penderitaan terzahir di setiap inci mukanya. nuraninya begitu tersentuh kala ini.

Fifi mengeliat perlahan sambil mengosok matanya yang masih bengkak dek kerana ketiduran sepanjang hari. Tubuhnya terasa sedikit bebas dari kelenguhan semalam. Beberapa kesan lebam dan luka ditubuhnya sudah dibalut kemas.

Fifi mengerling meja kecil disebelah. kelihatan mangkuk berisi air dan tuala basah. Danzel membantu membersihkan tubuhnya? Desis hati kecilnya. Dia yang kini tidak memakai apa-apa menangis di dalam bilik air sambil menggengam selimut nipis yang membalutinya. Dia ketakutan akan penerimaan Danzel kelak. Sedang dia melayan perasaan yang berkecamuk dia tersentak dek ketukan pintu bilik air. Danzel!

"Fifi.. are you okay there.. mind to wear my shirt?"

"Hmmm.."

"I leave it on bed then.. anyway bukan saya yang bukakan baju awak.. So there's nothing to shame of.."

Fifi terkebil-kebil mendengar bait ayat Danzel yang terakhir. Ketara sangatkah perlakuan malunya ini. Kau tidak mengerti Danzel! Gumamnya sendirian.

Usai menyiapkan diri yang tidak seberapa, Fifi keluar perlahan dari bilik kecil itu, dia menguak perlahan pintu bilik sambil mencari kelibat Danzel kalau-kalau dia ada tersadai diruang rehat, namun jelas Danzel tiada pun disana, dia melangkah ke meja makan yang bersaiz sederhana, disana terhidang pai strawberry, chicken salami, fresh orange dan sekeping nota.

Dear my lovely Fifi..
Eat and sleep..
Rehat banyak2..
Love you a lot.. ❤Prince Danzel..

Fifi tersenyum sumbing melihat nota itu, entah mengapa hatinya berbunga riang tiba-tiba. Dia menari-nari girang sambil telinganya menangkap lagu di corong radio? Dia melihat radio ditepi meja rehat, terlalu klasik perabot diseluruh chalet ini. Sedari tadi baru dia perasan inilah kawasan yang paling retro dan vintage sekali dia pernah kunjungi. 'Not bad!!' Dia tersenyum lagi sambil menjamah licin makanan yang terhidang. Lama tidak menikmati semua ini.

Fifi menjejakan kakinya ketaman belakang chalet itu, hatinya tidak betah bersendirian di dalam, dia melihat pancuran air gunung yang mengalir deras, begitu alami, kicauan burung di hutan bukit itu begitu menenangkan, dia menangkap pula pergerakan squirel yang begitu comel bermain dengan sekumpulan yang lain. Fifi tergelak kecil, sambil memetik bunga ros merah dan putih di taman bunga sebelah kiri chalet itu. Pusat peranginan yang begitu berbaloi didiami bisik akal cerdiknya.

Dia yang hanya berkemeja putih melepasi pehanya itu bermenari riang. Kemeja milik Danzel itu ternyata tiga kali ganda besar dari tubuhnya. Fifi kelihatan seksi bersahaja. Rambut yang sudah melepasi bahu itu diikat rapi. Dahinya yang bertampal plaster putih itu sedikit pun tidak mencacatkan penampilannya. dia begitu berhati-hati menyelitkan bunga ros di sisi cupingnya. dia melompat girang..

Fifi memasukkan ros merah putih yang sudah dipotong tangkainya itu kedalam balang kaca. Dia kemudiannya mengisi air kedalamnya. Haruman bunga ros kini bertebaran segar di segenap ruang.

Fifi berlari anak menuju ke laman depan sambil mengukir senyuman lebar menarik nafas lega. setenang langit yang cerah, tenang lagi hatinya. Dia membuang pandang ke lereng bukit sambil melihat seorang wanita lewat usia melambai-lambai sambil mengukir senyuman manis. terpancar segaris keikhlasan di wajah tuanya.. Fifi kemudian mengatur langkah menuju ke deretan bukit itu. Dia membantu wanita itu mengangkat
bakul yang berisi strawberi itu menuruni bukit menuju ke kotej vintaj tersebut. wanita itu memerhatikan saja gelagat si Fifi yang berhati nurani itu, hati tuanya terusik akan kebaikan anak muda itu. Tanpa bantahan dia mengikuti langkah kali Fifi menuju ke laman hadapan Kotej itu, teringat semalam dia mendapat panggilan dari Tuan punya kotej memintanya untuk datang membersihkan kotej yang sudah lama tidak ditempah pelanggan, alasannya sebab jauh dari pekan Kundasang barangkali.

Teringat dia kala menyambut kedatangan Tuan Danzel yang bajunya dipenuhi darah pekat, lewat malam semalam. Dia jugalah yang tampil berani membantu membersihkan luka anak muda dihadapnnya semalam. wanita tua inilah yang sukarela membuka baju kotor yang membaluti tubuh Fifi. Tanpa sedari dia maha mengetahui segalanya..

hii..
miss you guys..
😍😍😍
vote & comment please..

Ceritera Cinta Si BeradikDove le storie prendono vita. Scoprilo ora