part 28 (black diari tell everything )

343 17 12
                                    


Setahun kemudian..

Danzel melangkah malas menuju ke bilik yang pernah dihuninya dulu, banyak kenangan yang bertandang kala keberadaan Fifi disini. kini dia sudah bisa meneruskan hidup namun tidak semudah yang dijangkakan.

Perhubungan sedikit renggang bersama Tuan Qamyl. Semuanya dibiarkan berlalu begitu sahaja. Mungkin kerana dia melakukan semua ini untuk kebaikan Fifi, itulah yang sering diucapkan Micah jeremiah kepadanya. Sungguh walau apapun jua, Danzel sedar bahawa selain keluarga ini dia sudah tidak mempunyai siapa-siapa lagi. Maka, dia perlu menghormati setiap keputusan yang diambil. Dia perlu berubah menjadi matang  dan berhenti berkelakuan seperti putera raja yang hanya tahu meminta dan menolak. Ya! Sekurang-sekurangnya itu yang bermain di benaknya.

Dia menolak pintu bilik yang pernah dihuninya, sunyi dari bawah sampai ke atas, Tuan Qamyl dengarnya bercuti dengan si isteri kesayangan. Entahlah, biarlah mereka bahagia.

Danzel mebayangkan kehadiran Fifi di segenap bilik itu, satu persatu kenangan datang bertandang, kemanakah kau membawa diri Fifi..

Teringat kala mandi bersama di bilik air itu, Fifi enggan membuka pakaiannya, teringat pula Fifi merawat Danzel kala malam itu dia diserang penyakit 'panick attack' . Fifi begitu sempurna sehingga aku leka yang bahawanya dia lelaki. Sementara aku mendambakan dia sebagai Seorang wanita tulen.

Aku mengangkat dua kotak hitam yang berisi buku-buku pelajaran. Mak Som sudah mengemasnya untuk aku, peperiksaan besar perlu kuambil kira, banyak kegunaan buku-buku ini. Getus hatiku , cuba untuk tidak mengingati Fifi. Sudah setahun tak mungkin aku tidak boleh melupakannya. Andai saja Fifi bisa, kenapa tidak aku?

Danzel mengangkat kotak itu sebelum tangannya sebelah cuba menutupi daun pintu, matanya sempat menangkap langsir yang terletak di kepala katil. Itulah pertemuan janggal yang berlaku pada hari pertama dia di vila ini. Ternyata perkenalan bersama Spiderman itu begitu indah walau hanya seketika.

Danzel menarik daun pintu sebelum dia hilang kawalan, airmata yang bergenang menghalang jelas penglihatannya! Dia terlepas kotak kotak ditangannya. Buku-Buku bertaburan di atas lantai bilik. Dia mencangkung seketika mengutip satu persatu buku rujukan itu. Tangannya terhenti ketika menyentuh sebuah buku diari berwarna hitam. Ini kepunyaan Fifi. Insan yang kusayang desis hatinya. Dia bingkas dan duduk dibirai katil sambil membaca helaian demi helaian diari itu.

01.May.2016
Cinta.. Aku tidak pasti apa itu cinta.. Cinta terlalu umum.. sungguh cinta daripada seorang ibu juga tidak kurasai.

Hatinya terlena membaca bait-bait yang ditulis oleh Fifi. Danzel menyelak lembaran lagi. 'Poyo doh, ayat tak boleh blah'

07.may.2016
Tapi cinta ke? kalau aku terlalu menyayangi seseorang, ambil berat terhadapnya, selalu mengingatinya, risau akan dirinya, yang paling penting ini semua dari hari pertama melihatnya.. ya aku tau ini tidak akan terjadi, tapi membayangkannya sahaja aku begitu bahagia..

Terasa dirinya perlu mencari tahu, ingin membaca lebih perihal Fifi, dia membuka lembaran sebelumnya. Selesa untuk membaca dari helaian tengah pula.

19.september.2015
Aku tidak normal untuk bercinta,? Menurut Tuan Qamyl a.k.a papa?? Macam pelik je..
Tapi lelaki ni laaa yang cakap Aku tidak senormal orang lain, sentiasa berbeza kerana fizikal ini! Maka aku perlu menjauhi duniawi.

Dia mencari tahun sebelumnya lagi, dia menghafal satu persatu ayat itu. Ada yang menceritakan aktiviti dia dirumah agam, aktiviti percutian.

October.2012
Hari ini,.. Aku pelik, pra matang yang aku lalui pelik sangat-sangat.. Aku bukan lelaki? Mengapa perlu aku bersembunyi lagi? Aku menceritakan kepada mana a.k.a puan Olivia.. pelik memanggilnya mama.. she denied it!! I need to see my doctor..

Ceritera Cinta Si BeradikOnde histórias criam vida. Descubra agora