Bab 8

295 17 0
                                    

Taehyung P.O.V
"Hmmm... tolong.......", ayat Taemi tergantung. Mukanya merah padam menahan perasaan malu mungkin?

"Ne Taemi yah. Nak suruh Taehyung beli apa?", tanyaku kepadanya. Sengaja aku membahasakan diriku Taehyung. Comel sikit hehe.

"Belikan aku p..pad!", kata Taemi sepantas yang mungkin.

Dia cakap apa tadi? Pad? Dia emm period lah kan?

Haha suruh aku beli pad je dah sampai muka memerah macam itu? Ni yang aku rasa nak kenakan dia ni.

"Apa dia Taemi? Taehyung tak dengar lah", kataku sambil mengembungkan pipiku.

Muka Taemi semakin merah. Mukanya memandang lantai.

"Takkan tak dengar!", balasnya. Dia masih menundukkan wajahnya.

"Tak dengarlah, cuba cakap balik sambil pandang aku please?", pujukku. Aku memang sengaja mahu dia menyebut lagi. Dia malu comel sangat dan kalau aku dapat amik gambar dia ni! Hahahah

"Ah...."

"Yes. Go on", sambungku. Tawaku cuba ku tahan dari lepas. Peluang keemasan ni nak kenakan 'isteri tercinta'. XD

"Belikan aku......pad", kata Taemi. Aku lihat tangannya sibuk memintal hujung bajunya. Malu sangat ke?

"Pad?", dugaku kepadanya.

Dan dengan pantas dia menganggukkan kepalanya.

"Kau nak buat apa dengan pad tu?", soalan pabo aku lontarkan kepadanya. Mari kita lihat jawapan dia.

"Ish!! Tak nak belikan tak apa lah!" Katanya lalu mahu pergi dari situ. Riak wajahnya kelihatan seperti mahu menangis.

Sebelum dia sempat beredar aku sempat menarik tangannya.

"Arasseo, aku faham", kataku lalu aku memaksa wajahnya mendongak memandang wajahku.

"Dengar sini.. kau janganlah malu dengan aku faham? Aku suami kau dan kau isteri aku. Aku tanggungjawab kau dan kalau ada apa-apa bagitahu jelah. Aku akan tolong kau sebab kita ni suami isteri. Aku akan jaga kau sebaiknya. Jangan malu-malu sebab Taemi yang aku kenal bukan tahu malu tu apa", kataku kepadanya selembut mungkin.

Aku lihat wajahnya. Tidak lagi merah tapi dia mengembungkan pipinya. Pasti mahu membuang rasa malunya.

"Kau duduk rumah diam-diam ne? Aku belikan", kataku lalu aku segera keluar dari rumah untuk ke kedai.

Taemi P.O.V

Kata-kata Taehyung benar-benar menyentuh hatiku.

Dengar sini.. kau janganlah malu dengan aku faham? Aku suami kau dan kau isteri aku. Aku tanggungjawab kau dan kalau ada apa-apa bagitahu jelah. Aku akan tolong kau sebab kita ni suami isteri. Aku akan jaga kau sebaiknya

Omo! Kenapa aku terharu bila dengar dia cakap macam tu. Tapi aku betul respect dia kerana dia sanggup belikan benda yang aku mintak tu.

Baiknya Kim Taehyung. Dia anggap aku isterinya tapi aku tak pernah anggap dia sebagai suami aku. Jahatkah aku?

"TOMMY!!!", panggilan daripada Taehyung mematikan lamunanku. Dia dah balik.

"Ne?", jawabku lembut lalu segera aku kearah pintu untuk menyambutnya.

"Nah" Taehyung menghulurkan benda yang aku memintanya belikan.

Aku menyambutnya tapi Taehyung tidak melepaskan plastiknya. Sebaliknya, Taehyung merenungku dan itu membuatkan aku tidak selesa.

"Lepaskan?", kataku perlahan. Namun, Taehyung masih merenungku malah dia makin mendekatkan dirinya kepadaku.

"Ada apa-apa dengan aku ke?", tanyaku kepada Taehyung.

"Kau..pelik Tommy", jawabnya lalu..

Chupp

Lagi sekali bibir Taehyung mendarat di pipiku hari ini. Mukaku memerah dan yang peliknya aku tidak merasa marah atau geram tapi aku berasa happy? Aku berasa tenang dan seketika terasa seperti di awang-awangan. Jakkaman, aku rasa haengbokhae?

"Selalunya kalau aku panggil kau sekali tak pernah pon kau datang, nak kena panggil dua kali, tu pon kasar. Tapi ni, kau siap sambut aku depan pintu dengan lemah lembut. Dan sebagai hadiah, aku bagi kau kiss", kata Taehyung lalu plastik yang berada di tangannya dilepaskan dari genggamannya. Taehyung berlalu pergi ke biliknya.

Aku pon terfikir kembali. Ne, baru tadi aku menjawab panggilannya dan dengan lembut. Aku juga menyambutnya sebentar tadi.

Taehyung betul! Aku memang pelik. Mungkin sebab period? Or, memang Taehyung sudah mengisi tempat di hati aku?

Tbc
Update lagi xD tapi pendek. Hahaha esok sekolah n hw pon belom siap tapi demi Taehyung saya update. XD

Just Love Me Right [Kim Taehyung]Where stories live. Discover now