Bab 13

283 16 0
                                    

Dua hari berada di hospital akhirnya Taemi dibenarkan pulang. Segala pakaiannya sudahpun dikemas dan hanya tunggu omma dan appa menjemputnya sahaja.

Taemi tersenyum sendirian sambil tangannya mengusap lembut perutnya yang masih kempis.

"Wae?", tanya Taehyung tatkala melihat Taemi yang tersenyum itu.

Taemi memandang Taehyung lalu dikucupnya lembut pipi Taehyung.

"Taemi tak sabar nak tunggu ada baby bump", jawab Taemi. Senyuman yang manis masih lagi terhias dibibirnya.

"Oppa pon tak sabar. Nanti kita jaga Tae junior sama-sama arasseo?", kata Taehyung lalu dipeluknya Taemi erat.

"Mesti yeobo comel nanti bila ada baby bump kan?", tambah Taehyung lagi.

Dahi mereka bercantum dan baru sahaja bibir mereka ingin bercantum, pintu wad yang menempatkan Taemi dibuka dari luar

"Hehe, omma salah timing ye? Omma keluar dulu ye?", kata Mrs. Kim lalu segera dia ingin menutup kembali pintu.

"Aniyo omma. Omma masuklah. Appa mana?", tanya Taemi lalu segera dia  berdiri dan menundukkan badannya sedikit sebagai tanda hormat kepada omma mertuanya.

Puan Kim melabuhkan diri atas kerusi yang berada di situ. Dirinya yang sudah tua itu melepaskan keluhan lembut yang hampir saja tidak kedengaran.

"Hmm, appa mertua kamu tu mana entah dia pergi. Tadi kata nak pergi tandas tapi omma tunggu hampir 15 minit, tak muncul-muncul pon", kata Mrs. Kim. Nadanya cukup menjelaskan betapa kecewanya dia menanti suaminya yang tidak memunculkan diri.

Sedang asyik Taemi dan Taehyung bersembang dengan Mrs. Kim, pintu bilik itu dibuka oleh seseorang.

Mr. Kim

Mrs. Kim yang melihat gerangan yang membuka pintu itu segera memalingkan mukanya ke tempat lain, tanda mahu merajuk.

Taehyung hanya menggelengkan kepalanya. Perkara sebegitu memang sudah biasa berlaku dengan omma dan appanya. Tapi, Taehyung sangat menghormati appanya kerana walaupun omma dan appanya sering bergaduh, perkahwinan mereka sudahpun masuk tahun ke 38. Taehyung juga kadang-kadang tertanya-tanya, adakah dia mampu menjadi seperti appanya? Mampukah dia mempertahankan perkahwinannya bersama Taemi?

"Yeobo, oppa minta maaf ye? Tadi oppa jumpa chingu kejap. Tu yang berbual punya berbual sampai terlupa yeobo", kata Mr. Kim. Tangan Mrs. Kim diambilnya lalu dikucup. Tiada langsung rasa malu untuk berbuat begiti dihadapan anak dan menantunya.

Taemi yang melihat adegan itu sudah memandang Taehyung. Dia ingin ketawa namun ditahan saja. Pasangan tua itu benar-benar mencuit hatinya.

"Oppa yang tinggalkan yeobo lepastu senang-senang je nak minta maaf? Penat tau tunggu", kata Mrs. Kim lalu tangannya yang berada dalam genggaman tangan suaminya ditarik dengan kasar.

"Kalau macam tu apa yang saya patut buat untuk awak maafkan saya?", tanya Mr. Kim kepada Mrs. Kim

"Tolong saya masak untuk anak dan menantu kita", kata Mrs. Kim selamba.

Mr. Kim mengangguk lalu pipi isterinya itu dikucup. Muka Mrs. Kim merona merah kerana malu suaminya berbuat begiti dihadapan anak dan menantunya.

****

Taehyung P.O.V

"Nan jinjja haengbokhae", kataku lalu Taemi memberikan senyuman yang manis kepadaku.

Aku perasan sejak Taemi mengandung ni, dia sering tersenyum. Pasti dia happy kerana disahkan mengandung. Keluarga mana yang tak bahagia disaat diberi peluang untuk mendapat orang baru dalam keluarga bukan? Apatah lagi ini anak kami yang pertama.

"Oppa, jakkaman. Taemi nak tolong omma lah", kata Taemi lalu dia bangun dari sofa yang dia duduk.

Aku dengan segera turut bangun nak menarik tangannya.

"ANDWAE!!", kataku tegas. Aku takkan benarkan dia buat kerja. Demi anak kami hahaha

"Apa oppa ni. Biarlah", tangan Taemi ku pegang sebelum dia pergi.

"No!! Yeobo kan mengandung! Andwae, andwae, andwae~~!", kataku lalu segera ku peluknya agar dia tidak dapat bergerak.

"Ish, oppa ni! Bukannya dah sarat pon! Baby bump pon belum nampak lagi",

Tbc
Pendek? Hehe sorrylah..exam minggu depan baru habis so, so, so, henfon perlu dihindari T^T lps 12 may saya akan update.. panjang2 mungkin ye kott.. menderita jiwa n batinku **nangis atas bahu joongki**

Just Love Me Right [Kim Taehyung]Where stories live. Discover now