Bab 21

135 8 7
                                    

"Puan tak apa-apa?" Tegur seseorang.

Suara garau itu....

Dengan perlahan aku mendongakkan kepalaku. Aku amati betul-betul. Aku tak bermimpikan?

Aku mahu menggapai wajah itu namun pandanganku menjadi gelap tiba-tiba. Aku pengsan?

*****

Taemi membuka mataku perlahan-lahan. Syiling putih adalah benda pertama yang dilihatnya. Terus dicelik matanya berkali-kali. Dipandang ke kiri dan kanan. Baru dia sedar dia kini berada di hospital. Secara langsung diusapnya pula perutnya lembut. Namun dia mulai menjadi panik apabila terasa perutnya yang sepatutnta membukit kini hanya rata.

Taemi terus terbangun daripada pembaringannya dengan pantas. Namun dia mengaduh sakit di sekitar bawah perutnya. Dipegang tempat yang sakit itu dan membuatkan dia teringat apa yang terjadi sebelum ini. Dia berlari mengejar Taehyung! Dan...darah! Ya, darah! Anaknya selamat ke? Omona!

Kalau anaknya mati kerana dia, pasti dia akan menyalahkan dirinya sendiri seumur hidup! Gara-gara mahu mengejar seseorang dia tak hiraukan mengenai kandungannya. Omma jenis apa dia ni?

"Ahhh!" Jerit Taemi kuat apabila teringat akan Taehyung. Lelaki itu Taehyung kan?! Orang yang dikejarnya?

Tiba-tiba pintu wad dikuak daripada luar. Mr. Park kalut melihat wajah anaknya itu.

"Taemi! Neo kwaenchanha?!" Tanya Mr. Park. Dari luar bilik lagi dia dapat mendengar jeritan anaknya itu.

Taemi terkebil-kebil melihat wajah appanya itu.

"Appa...."

"Ne?"

"Anak Taemi selamat kan?" Soal Taemi. Air matanya mengalir dengan deras ketika itu. Appanya menghampirinya dan memeluknya.m bagi menenangkan dirinya.

"Anak-anak Taemi selamat. Geokjeongma." Ujar Mr. Park.

Taemi terkesima.

"Anak-anak?" Soalnya.

"Yalah. Taemi dapat kembar. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Tapi buat masa ni anak-anak Taemi dalam jagaan doktor sebab mereka masih lemah. Nanti keadaan mereka dah stabil Taemi boleh tengok mereka. Kiyeowo sangat! Yang lelaki muka macam Taemi. Yang lelaki macam Taehyung...." Kata Mr. Park.

Taemi tersenyum nipis.

"Keunde..siapa yang bawa Taemi ke hospital?" Tanya Taemi. Dia berharap sangat appanya akan menjawab Taehyung. Dia ingat rupa sebelum dia pengsan itu! Cara teguran itu! Ah, Taehyung! Dia kenal Taehyung. Takkan ada pula orang lain yang serupa Taehyung.

"Ada seorang namja tadi. Dia jugak yang teman Taemi sampai anak-anak Taemi lahir tadi..." Ujar Mr. Park.

Dia teman? Taemi mula rasa ingin tahu yang tinggi.

"Namja tu Taehyung kan appa?!" Tanya Taemi. Dipandang wajah appanya penuh pengharapan. Berharap agar jawapan appanya adalah ya itu Taehyung nampyeonnya.

"Cepatlah cakap appa! Taehyung kan namja tu?!" Desak Taemi. Suaranya mula menjadi tinggi

"Namja tu...." Belum sempat Mr. Park menghabiskan kata-katanya pintu dikuak daripada luar. Seorang doktor dan beberapa orang jururawat masuk ke dalam bilik wad.

"Chweisonghapnida. Encik perlu keluar seketika. Kami nak periksa pesakit." Ujar doktor wanita itu.

Mr. Park hanya mengangguk dan beredar keluar.

Taemi mengeluh hampa. Dari riak wajah appanya pasti jawapan yang akan diberikan bertentangan dengan yang dikehendakinya.

Taehyung...oppa eodieya...? Huh..

Just Love Me Right [Kim Taehyung]Where stories live. Discover now