Bab 15

223 14 2
                                    


First of all..im really really sorry for the late update.. sebab yang pertama bulan May tu saya busy dengan result exam saya..fuhh, memang hancoss habes lah result saya..hehehe jgn jdi mcm saya study last minute.. and sebab yang kedua..saya malassss..hahahaa... saya busy dengan cerita lagi satu okayy..maaf..maaf.. kay..enjoy reading for those who waiting for this... 😘😘

*********

Taehyung P.O.V

Seol Hana?

Segera aku angkat panggilan tersebut. Taemi aku lepaskan sebentar dari pelukanku.

"Tolong...saya......." tutt..tutt...tuttt

Aku menjadi panik! Apa yang terjadi ini? Kenapa dengan Seol Hana?

"Taemi, kita kena balik"

Taemi yang sedang menikmati bayu laut itu terkejut lalu memandangku. Aku segera menarik tangannya menuju kearah kereta. Aku nak cepat boleh pula dia termenung tengok aku.

Sedari tadi riak wajah Taemi kelihatan muram saja. Pasti marah kerana aku memaksanya balik. Tapi, apakan daya Seol Hana meminta pertolongan aku.

Tanpa mempedulikan perasaan Taemi aku memecut laju di lebuhraya menuju ke rumah Seol Hana.

Hampir sejam ditambah lagi dengan kesesakan lalu lintas akhirnya rumah Seol Hana ku sampai jua. Taemi hanya melihatku tanpa riak tatkala aku masuk ke rumah Seol Hana.

Pintu rumah Seol Hana aku buka. Aku bukan pecah masuk arasseo. Kunci ada diletakkan di bawah pasu sebelah pintu rumahnya. Aku tahulah kerana Hana pernah bagitahu aku.

"Hana!", jeritku.

Apabila tiada sahutan langsung dari Hana aku segera mendaki anak tangga untuk ke tingkat dua.

"Omo!", kataku sebaik saja naik ke tingkat dua tersebut.

Ada sekujur tubuh lelaki dewasa yang kepalanya berlumuran darah dan di tepi meja berdekatan tempat itu ada seorang wanita yang sedang ketakutan. Mukanya lebam dan bajunya koyak serta berlumuran darah. Jelas menunjukkan yang wanita itu baru saja dipukul oleh lelaki yang pada ketika ini tidak menyedarkan diri. Mungkin kerana dihentak oleh wanita itu dengan sesuatu. And, yes! Wanita tersebut adalah Seol Hana dan lelaki tersebut adalah nampyeonnya.

"Hana!!!", panggilku sambil langkahku menuju kearahnya.

Aku memeluk dirinya yang ketakutan itu. Menggigil! Pasti dia benar-benar takut dengan semua ini. Memang aku tahu yang dia ada masalah dengan nampyeonnya tapi aku benar-benar tak menyangka yang nampyeonnya sanggup memukulnya sehingga teruk begini.

"Kkaja..kita pergi ke hospital!", arahku kepada Hana.

Hana menggeleng lemah.

Aku sudah membuat muka pelik. Wae? Kenapa dia tak nak?

Just Love Me Right [Kim Taehyung]Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu