Bab 19

270 17 2
                                    

First untuk every semua..
Im really sorry for the super duper cooper luper late update.. xD homework banyak sangat and masa raya tu terlalu busy so, tak sempat nak habiskan ff ni sebelum raya.. saya akan cuba habiskan ff ni sebelum saya trial spm nanti.. sebelum 14 ogos.. KALAU BOLEH LAH XD







*************

Taemi P.O.V

"Oppa?", panggilku kepada Taehyung tatkala melihat susuk tubuhnya yang terduduk di sofa itu bersama beg di sebelahnya.

Aku memberikan senyuman yang manis kepadanya dengan harapan yang Taehyung akan membalas senyumanku juga. Namun hampa.

Taehyung merenungku tajam seolah-olah aku baru saja melakukan kesalahan yang berat.

Gulp!

"Oppa...wae?", soalku gugup.

Taehyung masih merenungku.

"Komawo..."

Muka yang pelik aku tayangkan kepada Taehyung. Komawo untuk apa? Rasanya aku tak ada bagi sesuatu pada Taehyung pon...

"Eo?", soalku polos.

Kali ini Taehyung tersenyum kearahku tapi hanya senyuman yang sinis.

"Komawo sebab tipu oppa selama ni yeobo...", kata Taehyung matanya masih merenungku.

Lidahku kelu. Terasa pada saat ini yang aku terlalu kerdil dengan Taehyung.

"Kenapa diam? So, betul lah kan?", ujar Taehyung sambil tersenyum sinis.

"Betul apa?"

Taehyung mendekatiku.

"Betul yang anak dalam perut yeobo tu bukan anak oppa"

Aku tersentak sebaik saja mendengar kata-kata dari Taehyung itu?

Wae? Wae Taehyung cakap macam tu? Kan dia tahu yang aku hanya sayangkan dia seorang..

"Apa oppa cakap ni? Ni anak oppa lah!", kataku lantang.

Taehyung memandangku sayu sebelum mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.

"Ni dah cukup kan untuk membuktikan segalanya?"

Aku terdiam.

Ne. Gambar yang ditunjukkan oleh Taehyung dari dalam telefonnya cukup untuk menjelaskan segalanya. Tapi yang berada dalam gambar tersebut bukan aku! Aku tak pernah tidur dengan namja lain!

"A..aniya!", nafiku.

Taehyung tersenyum nipis kepadaku. Kedua belah tangannya mengusap lembut pipiku. Aku hanya menundukkan mukaku ke lantai. Tak tahu nak terangkan bagaimana kepada Taehyung.

Air yang jernih menitis di lantai.

Tae..Taehyung menangis?

Dengan pantas aku mendongakkan mukaku kearah Taehyung.

Keurae...Taehyung menangis...

Aku memeluk Taehyung dengan erat.

Omona...bukan aku dalam gambar itu! Bukan aku?! Tapi kenapa mulut aku susahkan sangat untuk menjelaskan segalanya pada Taehyung?

Chupp

Satu ciuman hinggap di dahiku.

"Keurae...oppa memang tak pernah layak duduk di hati yeobo. Komawo sebab beri oppa peluang untuk mencintai yeobo.. Maafkan oppa jikalau oppa ada sakitkan hati yeobo..."

Taehyung mengeluh sebelum meneruskan kata-katanya.

"Walaupun dalam perut yeobo tu bukan anak oppa..oppa harap sangat yang yeobo akan jaga anak tu baik-baik..terima kasih untuk segalanya yeobo.. Dan, oppa akan pergi dari hidup yeobo. Bahagialah dengan pilihan yeobo...."

Aku terkedu.

Ingin saja aku membalas setiap bait bicara Taehyung. Tapi lidahku kelu, suaraku tersekat dikerongkongku dan badanku juga seolah-olah lumpuh. Statik dan kaku di situ. Otak aku seperti tidak dapat memberi kerjasama dengan apa yang aku ingin lakukan.

Taehyung melangkah pergi dariku. Dibimbitnya sebuah beg lalu keluar dari rumah.

Mataku terkebil-kebil melihat pemergiannya.

Tiada air mata, tiada raungan, tiada tindakbalas, tiada apa-apa dariku.

Aku tak tahu apa sebenarnya yang berlaku tadi..

Benarkah Taehyung sudah pergi meninggalkanku?

Tinggalkanku?

Taehyung?

Mataku membulat.

Kini aku baru tersedar...

Taehyung baru saja meninggalkanku.

Dengan perlahan aku terjelepok di atas lantai.

"Argh!!!!", jeritku kuat.

"Kenapa aku ni pabo sangat tak tahan Taehyung!"

"Taemi pabo!"

"PABO!"

Aku menangis teresak-esak seorang diri.

Aku menangis semahu-mahunya sehinggalah aku terasa pening kepala dan segala-galanya gelap.

***********

Aku mencelikkan mataku perlahan-lahan. Terasa silau sekali pada ketika ini.

"Taemi?", panggil seseorang.

Aku terdiam.

"Appa?"

Appa tersenyum kearahku. Tangannya mengusap kepalaku lembut.

Ah, rindunya dengan sentuhan macam ni. Selalunya Taehyung akan mengusap kepalaku begini sebelum aku tidur..

Taehyung....

Dengan perlahan air mataku mengalir dari mataku.

"Taemi..kamu kenapa ni?", soal Appa.

Aku memeluk Appa kuat.

"Taehyung dah tinggalkan Taemi! Taehyung dah tinggalkan Taemi!", jeritku kuat.

Appa membalas pelukanku.

"Shh...keumanhae. Nanti Taehyung akan balik lah tu. Dah..uljima. Tak bagus untuk anak dalam perut Taemi".

"Tapi.."

"Dah. Tak mahu fikirkan lagi. Sekarang ni Taemi berehat dulu. Taemi tak boleh tertekan sangat. Ni pun tadi nasib baik Appa rasa nak datang rumah kamu, kalau tak mesti tak tahu yang kamu pengsan. Tidur ya..", pujuk Appa.

Aku hanya mengangguk perlahan. Aku kena fikirkan pasal kandungan aku juga.

Aku melelapkan mata walaupun air mataku masih setia mengalir dari kelopak mataku.

Sedih! Siapa saja yang tak sedih jika ditinggalkan oleh nampyeon sendiri! Dituduh mengandungkan anak namja lain pulak itu!

Dengan perlahan-lahan akhirnya aku terlelap juga. Aku berharap esok Taehyung akan muncul di depanku...

Tbc
Sorry, pendek je. Hw setia menanti -.-

Just Love Me Right [Kim Taehyung]Onde histórias criam vida. Descubra agora