Chapter 2

1.2K 90 20
                                    

I dedicate this chapter to Hunhan12H because  is starting here in this chapter. I know you love them so much. Besides, you always support my story. Thank you~ :) 

Kesemua anggota polis itu masuk kerja di ibu pejabat seperti biasa. Xiumin sibuk meneliti sesuatu pada skrin komputernya. Raiwa pula sedang duduk bersandar di mejanya sambil berfikir mengenai semua nota-nota yang ditinggalkan untuknya daripada 'Little Thief'. Apa motif mereka berbuat seperti itu.? Luhan dan Emma bertugas di makmal untuk satu kes yang lain.

"Agent Raiwa!"

Raiwa tersentak dari lamunannya kemudian segera mendongak. Suho berdiri di sebelahnya dengan wajah yang serius.

"Chief Kris nak jumpa semua." Suho memberitahu dengan nada serius sama dengan riak wajahnya. Dia beralih memandang Xiumin yang sememangnya sudah melirik ke arah mereka. "Awak juga."

Suho pantas beredar tanpa sepatah kata pun selepas itu. Keluar dari ruangan itu dan menuju ke bilik mesyuarat. Raiwa dan Xiumin berpandangan sesama sendiri tanpa sepatah kata untuk beberapa saat.

"Tak boleh senyum ke dia tu.?" Xiumin mendengus kuat lalu bersandar pada kerusinya.

Raiwa tersengih mendengar kata-kata lelaki itu. "Macam awak tak tahu Suho tu. Dah! Jom meeting. Nanti Kris marah."

Xiumin bingkas bangun kemudian menyusul Raiwa menuju ke bilik mesyuarat. Mereka berjalan beriringan masuk ke bilik itu. Kelihatan Luhan dan Emma sudah sedia duduk di situ. Kris duduk di bahagian paling depan denganw ajah serius sambil matanya merenung tajam ke arah Raiwa dan Xiumin. Suho pula duduk berdekatan Kris sambil meneliti satu fail yang ada di atas meja. Kedua-dua mereka segera duduk di situ.

Kris berdehem sebelum membetulkan kedudukannya. "Rasanya kamu tahu kenapa saya panggil ke sini."

"Pasal Little Thief.??" Emma cuba meneka walaupun dia tahu itu adalah jawapan yang sebenar.

"Tepat sekali." Kris mengangguk sedikit. "Macam yang kita tahu sekarang ni masih tiada apa-apa perkembangan. Maksudnya kita langsung tak dapat apa-apa yang baru daripada kes ini...."

Kesemua mereka tidak bersuara. Tahu bahawa masalah itu adalah satu masalah besar. Sudah hampir setahun, tetap tiada apa-apa perkembangan.

"Pegawai atasan dah banyak kali membebel pasal ni..." Kris mendengus kuat sambil memandang fail yang berada di hadapannya. "Naik muak juga saya mendengar. Asyik benda yang sama."

Mereka tidak menyalahkan Kris untuk itu sebab hanya lelaki itu seorang sahaja yang berhubung dengan pihak atasan. Kris hanya dilantik sebagai ketua untuk kes itu dan sentiasa memberikan arahan.

"Dia ada tinggalkan nota lagi tak, Raiwa.?"

Raiwa terpinga-pinga seketika sebelum mengangguk. "Ada. Tapi tak ada yang boleh kita buat apa-apa untuk nota tu."

Kris mendengus lagi. Keadaan menjadi sunyi sepi seketika. Ketegangan benar-benar dirasai.

"Malam ni mereka akan bertindak."

Kenyataan itu benar-benar mengejutkan semua orang.

"Saya ada dapat laporan." Ujar Kris.

"Laporan.??" Ulang Luhan. "Siapa yang buat laporan.??"

"Pemilik kedai batu permata di sebuah tempat..." Kris membetulkan kedudukannya. "Berbeza dengan pemilik kedai yang lain... Orang ni sedikit cekap dalam memperhatikan sesuatu yang pelik pada kedainya."

"Apa yang dia dapati.?" Tanya Suho pula.

"Dia perasan kesan fabrik yang terkena pada kaca pintu kedainya... Dari sebelah dalam."

This Little Thief ✔Where stories live. Discover now