Chapter 22

864 77 13
                                    



"Luhan..."

Luhan segera menoleh apabila mendengar namanya disebut. Kris berdiri di pintu pejabat yang kini sudah lengang itu.

"Hai, Kris." Luhan mengukir senyuman manis.

Kris mengangguk sedikit kemudian segera berjalan mendekati Luhan yang sedang sibuk melakukan sesuatu di mejanya. "Awak betul-betul dah buat keputusan.? Dah fikir masak-masak.?"

Luhan tersenyum sayu kemudian mengangguk. "Saya dah buat keputusan."

Kris mendengus perlahan. "Sayangnya... Awak adalah antara anggota polis kegemaran saya."

Luhan tersengih mendengar kata-kata Kris. "Dan awak adalah ketua terbaik yang pernah saya bekerja."

Kris turut tergelak.

"Terima kasih, Kris."

Kris mengerutkan dahinya memandang lelaki itu. "Untuk apa.??"

"Sebab tolong dia di mahkamah." Luhan menjawab.

Kris ketawa lagi. "Perkara betul. Lagipun saya tak sanggup pula tengok kawan-kawan saya ni bersedih."

"Awak tahu.??" Luhan merenung lelaki itu.

Kris tersenyum kemudian mengangguk. "Dah lama. Saya sengaja tak beritahu. Awak... Raiwa... Dan saya juga tahu Xiumin yang hapuskan bukti tu."

Luhan membesarkan matanya. "Dia yang..."

Kris mengangguk sebelum sempat Luhan menghabiskan pertanyaannya. "Dia tak dapat hack dalam sistem saya."

"Tapi kenapa awak tak..."

"Sebab saya tahu kamu semua ada sebab." Ujar Kris. "Lagipun semuanya dah berakhir."

Luhan tersenyum kemudian mengangguk-angguk. "Nampaknya semua anggota polis mengambil cuti."

Kris menarik nafas panjang. "Nampaknya macam tu lah. Suho mungkin sedang berbincang persiapan pertunangan dia. Emma dah pergi ke China. Lawat teman lelaki dia si Tao tu kat sana."

"Raiwa.??"

"Masih kat hospital." Jawab Kris. "Dia dah macam tak terurus saya tengok. Awak tengok-tengokkan dia. Memandangkan kami semua tak akan ada di sini."

"Xiumin.??"

"Dia balik ke kampung Kyungsoo." Beritahu Kris. "Dia nak tenangkan fikiran budak tu dulu."

"Awak berbulan madu ke mana, Kris.?" Tanya Luhan lagi.

Kris tersenyum sinis. "Ke Sepanyol. Baiklah. Saya harap awak sentiasa berjaya dengan apa yang awak teruskan."

Luhan mengangguk ketika Kris menepuk bahunya.

---------------------------------------------------------------------------

Raiwa melangkah masuk ke dalam wad hospital itu. Dia sudah tidak pasti berapa kerap dia ke situ sejak lima bulan yang lalu. Pada setiap hari itu, perasaannya terhadap lelaki ini semakin kuat. Dia setia menanti di situ jika dia tidak kembali bertugas. Dia masih lagi menjadi anggota polis sehingga kini. Kris baru sahaja kembali bertugas tiga bulan selepas dia bercuti dan sedang menguruskan kes baru. Kawan-kawannya yang lain juga masih bertugas kecuali Luhan. Luhan sudah berhenti dua hari selepas Sehun masuk ke penjara.

This Little Thief ✔Where stories live. Discover now