Chapter 6

934 78 12
                                    


Raiwa bersedia di tempat dia bersembunyi. Begitu juga dengan Luhan yang berada di bahagian sudut yang lain. Kali ini Kris turun padang. Dia juga sedang bersembunyi di salah satu ruangan kedai itu. Suho, Xiumin dan Emma berada di lokasi yang lain. Mereka berpecah untuk misi itu.

Semuanya adalah atas sebab mereka menerima dua laporan yang berbeza. Satu daripada kedai berlian yang berada di lokasi lain. Dan satu lagi berada di lokasi itu. Oleh kerana mereka tidak dapat memastikan mana satu kedai yang akan dirompak, mereka terpaksa berpecah untuk misi kali ini.

Kedengaran bunyi sesuatu sedang mengerekot entah dari mana. Kepala Luhan segera melilau memandang sekeliling dari tempat persembunyiannya. Begitu juga dengan Raiwa. Jantung gadis itu kini berdegup pantas sambil menanti apa sahaja yang bakal berlaku. Kris pula kekal tenang pada posisinya sambil menanti apa sahaja yang bakal muncul.

Chen dan Kai yang kini lengkap dengan penyamaran mereka serba hitam masih belum mengetahui kehadiran polis di tempat itu. Mereka berjalan tanpa mengeluarkan bunyi langsung sambil menyikut beg sandang masing-masing. Itu sudah di tetapkan. Mereka berdua akan berpasangan untuk bahagian yang penting, manakala Baekhyun dan Sehun akan pergi ke bahagian lain bersendirian.

"Buka cepat." Bisik Kai yang hanya didengari oleh Chen.

"Bertenang lah." Gumam Chen sambil mengeluarkan beberapa alat yang hanya diketahui olehnya. "Suluh kat sini. Saya tak nampak."

Kai menghidupkan lampu suluh kecil yang dipegangnya. Chen terus memulakan kerjanya tanpa melengahkan masa. Perlahan-lahan Kris keluar dari tempat persembunyiannya kemudian berjalan penuh berhati-hati ke arah dua orang pencuri itu tanpa mengeluarkan bunyi langsung.

Kedua-dua Chen dan Kai langsung tidak perasan mengenai hal itu kerana khusyuk melakukan kerja mereka. Malangnya, kelibat Kris ternampak oleh Baekhyun yang kebetulan keluar dari bahagian belakang.

"Hati-hati!"

Kris membesarkan matanya mendengar pekikan itu. Kai dan Chen serentak menoleh. Mereka terkejut memandang Kris yang sedang memegang pistolnya. Dengan pantas Kai menendang tangan Kris menyebabkan pistolnya tercampak jauh.

"Tak guna." Gumam Kris.

Kai cuba untuk menumbuk muka Kris bagaimanapun berjaya di elak. Chen turut membantunya dan tetap tidak berjaya. Kris hanya mampu berdoa yang dia boleh melawan kedua-dua orang itu.

Raiwa yang berada berdekatan dengan Baekhyun segera mencari dari mana datangnya suara lelaki itu tadi. Dia bersemuka dengan Baekhyun. Kedua-dua mereka tercengang seketika. Baekhyun yang pertama tersentak lalu menyambar pistol dari tangan gadis itu. Raiwa cuba memukulnya bagaimanapun berjaya di tahan.

"Argh!!" Raiwa mengerang kesakitan apabila lelaki itu memulas tangannya dari belakang.

"Jangan buat saya cederakan awak, Agent Raiwa." Bisik Baekhyun pada telinga kiri gadis itu.

Raiwa langsung tidak peduli. Dia segera mengeluarkan kekuatannya untuk menarik Baekhyun jatuh ke lantai. Kaki kanannya pantas menendang bahu lelaki itu menyebabkan Baekhyun bergolek sedikit.

"Argh..." Baekhyun mengerang sambil memegang bahunya.

Raiwa kini sedang bersedia untuk menghalang dirinya daripada diserang. Buku limanya digenggam erat.

"Serius saya cakap..." Baekhyun bangun perlahan-lahan. "Kekuatan awak langsung tak sama dengan wajah awak yang nampak ayu."

Raiwa mengetap giginya kegeraman.

This Little Thief ✔Where stories live. Discover now