Chapter 18

869 79 19
                                    


Raiwa duduk di kerusi itu dalam keadaan tidak keruan. Keadaan sekeliling benar-benar sunyi. Bulan terang kini tinggi di langit. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia bersetuju untuk datang ke situ. Dia sebenarnya sudah bergelut dengan perasaannya sendiri. Sudah semestinya dia tidak mahu ke situ. Tapi hatinya berkata lain dan pada akhirnya dia terus memandu keretanya ke situ. Tidak pasti apa yang boleh diberikan jaminan. Tidak terfikir mengenai keselamatannya sendiri.

Dia menanti dengan penuh perasaan yang bercampur baur. Menanti pencuri itu. Pencuri yang selama ini diburunya. Lelaki itu seringkali berjumpa dan menghubunginya dengan pelbagai cara sejak hari itu. Raiwa tahu lelaki itu sentiasa ada berdekatannya. Hanya dia yang tidak mampu memastikan di mana lelaki itu.

"Lama tunggu.??"

Raiwa tersentak kemudian menoleh pantas. Baekhyun kini sedang berdiri bersandar di pokok berdekatan dengan pakaian serba hitam lengkap berserta kacamata hitam dan topeng muka.

"Awak..."

Baekhyun mengangguk kemudian berjalan perlahan-lahan mendekati gadis itu bagi memudahkan mereka melihat antara satu sama lain dalam keadaan gelap seperti itu. Raiwa terundur sedikit.

"Saya tak sangka pula awak datang." Baekhyun tersenyum sinis disebalik topeng mukanya itu.

"Saya pun tak sangka saya akan datang." Raiwa menggolekkan bebola matanya. Tapi ianya betul.

Baekhyun hanya tersengih melihat gelagat gadis itu.

"Apa awak nak sebenarnya.??" Raiwa kini sedang bercekak pinggang. "Kenapa awak nak jumpa saya.??"

"Takkan saya tak boleh jumpa agent kesayangan saya ni.?" Baekhyun tersenyum sinis lagi.

Raiwa menggerutu. "Jangan nak mengada-ngada boleh tak.?!"

"Saya tak." Baekhyun membela dirinya. "Saya tak tipu. Itu betul. Awak je yang tak percaya."

Raiwa menggolekkan bebola matanya lagi. "Jadi... Apa yang awak nak buat dengan pengakuan tu.?"

"Mana lah tahu awak nak keluar dating dengan saya." Baekhyun melirik memandang gadis itu.

"Saya tak tahu nama awak pun!" Raiwa memekik kegeraman. "Nak ajak saya keluar dating pula."

Baekhyun membesarkan matanya. "Jadi awak nak lah kalau awak tahu nama saya siapa.?"

Raiwa terkedu seketika. Kenapa dia tidak menafikan perkara itu tadi.? Apa yang dia fikirkan.?

Baekhyun tersengih lagi. "Baekhyun."

Raiwa memandang lelaki itu sambil berkerut.

"Nama saya Baekhyun."

Raiwa terdiam. Kenapa lelaki itu berani memberitahu namanya.? "Awak beritahu pun jangan harap saya akan keluar dating dengan awak!"

Baekhyun hanya tersenyum kemudian memandang ke arah tasik tenang di hadapan mereka. "Saya tahu."

Raiwa memandang lelaki itu. Tidak tahu apa yang difikirkannya. Setiap kata-kata lelaki itu menimbulkan rasa aneh dihatinya.

"Awak jangan risau."

"Kenapa awak nak jumpa saya sebenarnya.??" Raiwa merenung lelaki itu tajam. Berharap dia dapat melihat wajahnya.

This Little Thief ✔Where stories live. Discover now