Chapter 25

947 70 9
                                    



Xiumin melangkah masuk ke dalam rumahnya yang di kongsi bersama Kyungsoo. Ruang tamu kelihatan agak lengang. Tapi dia tahu Kyungsoo ada di rumah kerana kasutnya ada tersimpan di dalam rak. Mungkin Kyungsoo berada di dalam biliknya sedang berehat. Dia tahu bagaimana lelaki itu.

Xiumin segera pergi ke biliknya sendiri sambil. Dia menanggalkan pakaian seragamnya kemudian segera mandi. Setelah selesai, dia memakai baju dan keluar daripada bilik. Kyungsoo masih tiada di ruang tamu. Xiumin berkerut seketika kemudian berjalan menuju ke bilik lelaki itu sebelum membuka pintunya perlahan-lahan.

Kelihatan Kyungsoo sedang duduk di katilnya sambil merenung siling yang kosong. Dia langsung tidak menoleh ketika Xiumin masuk walaupun dia sedar akan perkara itu. Dia seperti tidak bermaya.

"Kyungsoo..."

Kyungsoo tidak menoleh. Dia hanya merenung siling yang kosong bagaimana mendengus perlahan. "Hmm.?"

Xiumin duduk di atas katil itu betul-betul di sebelahnya. "Awak okey ke.? Dah makan.?"

Kyungsoo mengangguk sekali. Tidak teringin untuk menjawab lagi. Keadaan menjadi sunyi sepi seketika. Kyungsoo memejamkan matanya seketika. Rasa bersalah kini mula menyelubungi dirinya. Xiumin langsung tiada apa-apa salah padanya. Dan dia melayan lelaki itu dengan teruk sekali.

"Maaf, Xiumin..."

Xiumin berkerut memandang Kyungsoo yang kini sudah duduk dan memandangnya. "Kenapa.?"

"Saya layan awak dengan teruk sekali."

Xiumin tersengih mendengar kata-kata lelaki itu. "Saya tak ambil hati pun. Saya cuma risau je."

Kyungsoo tunduk dengan wajah yang sayu. "Saya pun tak tahu nak buat apa. Dah empat tahun..."

Xiumin menarik nafas panjang. "Kyungsoo... Saya cakap ni sekali je. Awak selesaikan benda ni dengan dia... Atau lupakan dia."

Kyungsoo mengeluh perlahan. Kedua-dua perkara itu amat sukar untuk dilakukan. Dia tidak tahu apa yang hendak dibalas.

"Nak atau tak..." Xiumin menyambung. "Awak kena buat pilihan. Hidup bukan untuk menunggu sesuatu yang ada ditangan awak."

-------------------------------------------------------------------------

Sehun berjalan keluar dari bilik yang di kongsi bersama Chanyeol apabila terhidu bau harum makanan yang lazat. Dia bersetuju untuk tinggal dengan mereka, dengan syarat dia tidak boleh sebilik dengan Luhan.

Senyuman terukir di bibirnya apabila dia terpandang Luhan yang sedang sibuk memasak nasi goreng dengan tekun sekali. Dia berpeluk tubuh sambil bersandar di dinding berdekatan.

"Wuoh!!" Luhan terkejut apabila dia menoleh dan melihat Sehun ada di situ. "Awak buat saya terkejut."

"Sengaja." Selamba Sehun membalas.

"Kalau saya ada lemah jantung macam mana.??" Luhan merenung manja ke arah Sehun.

"Saya akan beri jantung saya pada awak."

Luhan menggolekkan bebola matanya. "Ayat lapuk."

Sehun ketawa kemudian segera berjalan menuju ke meja makan untuk menyertai Luhan. "Saja je nak tengok teman lelaki saya ni masak. Takkan itu pun tak boleh.? Nak jadi stalker kejap."

This Little Thief ✔Where stories live. Discover now