Pesan 4

23 1 0
                                    

Sahabat,

Dalam hidup ini, perkara apa yang mengaktifkan motivasi diri kau secara berterusan? Apa inspirasi atau sesuatu yang meletakkan kau kekal dalam jalan menuju kejayaan?

Duhai sahabat, kau tahu atau tidak bagaimana Jim Carrey boleh berjaya menjadi seorang bintang yang dikenali ramai?

Biar aku cerita untuk kau, sahabat. Sengaja aku ambil tokoh bintang Holywood kerana kau kenal siapa dirinya.

Jim Carrey ada cara memotivasikan dirinya sendiri. Suatu hari, dia mengambil sekeping cek kosong, kemudian diisi dengan jumlah yang sangat besar, sahabat. USD100 juta, lebih kurang begitulah jumlahnya.

Cerita belum habis, sahabat. Dia simpan cek yang ditulis sendiri itu di dalam dompet. Tujuannya, setiap kali dia buka dompet, otaknya terus termotivasi untuk mencapai impiannya.

Pernah dia cerita, cek itu hampir lunyai dan lusuh kerana terlalu lama disimpan di dalam dompet.

Apa tindakan kau selepas aku cerita begitu dan begini, sahabat? Sudah ada sesuatu yang boleh digerakkan sebagai pemangkin motivasi kau?

Pesan aku, letakkan satu tanda aras untuk kau mencapai kejayaan, sahabat. Kau dan aku sama. Dia juga seperti kita. Manusia.

Dia boleh, mengapa kita tidak? Bangun, sahabat. Bangun!

Salam sayang, sahabat kau, aku. Muah!

Muhamad Fazrin,
Budak OKU yang minat filem The Mask.

#PesanBudakOKUDonde viven las historias. Descúbrelo ahora