Pesan 15

17 3 0
                                    

Sahabat,

Malam ini kau buat apa? Renung bulan atau sekadar termenung mengenangkan nasib diri?

Duhai sahabat, ayuh jadi bulan dan matahari. Ayuh.

Sebab apa aku bawa kau pilih bulan dan matahari?

Pertama, kau lihat bulan. Masih ingat lagi kisah bulan sebelum ini? Bulan ini setia, taat dan menurut perintah tanpa lelah. Sentiasa mengelilingi bumi.

Aku mahu kau begitu, sahabat. Hidup ini, kau, aku, kita sebagai manusia berpaksikan Tuhan untuk hidup. Sama seperti bulan tadi. Setia, taat dan menurut perintah. Jangan mengeluh. Ikut saja permintaan Tuhan. Tinggalkan larangannya. Rukun Islam jangan ditinggal. Teruskan kepercayaan kepada Rukun Iman.

Kedua, dongak ke langit dan pandang matahari. Cukup, jangan pandang lama-lama, nanti mata rosak. Matahari ini panas. Dalam masa sama memberi manfaat kepada yang lain. Walaupun matahari itu membakar diri.

Apa kau dapat, sahabat? Manusia ini tugasnya juga seperti matahari. Meskipun diri dilukai, perkara baik perlu kekal disebarkan. Dakwah terus-menerus, jangan pernah putus. Kesakitan itu cuma sementara.

Ingat, sahabat. Kau perlu tahu tujuan hidup di atas muka bumi ini. Bukan sekadar hidup dan mati tetapi di antara itu, kosong.

Cukuplah setakat itu pesan aku, sahabat. Aku tulis panjang-panjang nanti bukannya kau nak baca. Jadi, biar ringkas dan padat.

Jumpa lagi, sahabat. Salam sayang, sahabat kau, aku yang kacak. Muah!

Muhamad Fazrin,
Budak OKU yang duduk berkipas.

#PesanBudakOKUDonde viven las historias. Descúbrelo ahora