******
Ashraf melemparkan senyuman pada Humaira. "Hey, Humaira. Lama tak jumpa," kata Ashraf. Humaira tersenyum juga.
"Ha'ah kan? Tak sangka jumpa kat sini. Awak buat apa kat sini?" Soal Humaira. Itu sahaja soalan yang terlintas dalam fikirannya. Ashraf tergelak mendengar soalan Humaira.
"Saya memancing." Ashraf berloyar buruk. Mata Ashraf menangkap budak kecil yang dipimpin okeh Humaira, "Comelnya," Puji Ashraf.
"Rara, salam uncle. Hurm, Ini Zahra." Zahra menyalam Ashraf. Lalu Ashraf mengusap kepala anak kecil itu.
"Anak siapa?" Soal Ashraf.
Belum sempat Humaira menjawab pertanyaan Ashraf. Suami Humaira menyampuk perbualan mereka secara tiba-tiba, "Kat sini rupanya. Puas abang cari." kata Zhafiq.
"Ashraf, kenalkan. Ini suami saya, ini anak kami."
Biar patah hatiku,
Biarkanlah..Kena betul lagi yang sedang bermain dari corong radio supermarket itu dihati Ashraf. Ashraf menyalam Zhafiq tanda perkenalan.
"Zhafiq."
"Ashraf."
Humaira terasa perkenalan ini seperti peperangan. Humaira segera bertindak meleraikan perkenalan ini.
"Ashraf, kami pulang ya? Rara jom," Humaira menarik tangan Zahra dan Zhafiq. Mereka ke kaunter pembayaran selepas itu.
Tiba dirumah, Humaira sendirian memunggah barangan itu sendirian.
'Oh sedihnya hidup.'
Rambut yang terlerai, dia ikat satu supaya kerjanya lebih muda. Dia naik me atas untuk solat dan membersihkan diri. Dia terfikir dimanakan suaminya berada tetapi kereta masih diluar. Nanti sajalah cari. Getus hatinya.
******
Selepas perkenalkan dengan Ashraf tadi, entah kenapa hatinya rasa tercabar. Dia dapat melihat dari pandangan Ashraf pada Humaira, bukan satu pandangan 'kawan'.
Sejak kematian isterinya dahulu, Zhafiq sekarang lebih menjadi orang yang lebih pendiam. Jadi itulah dia hanya mendiamkan diri apabila bertemu dengan Ashraf walaupun dalam hatinya tidak mahu Humaira bertemu dengan lelaki itu lagi.
Zhafiq sekarang berada dibilik musik untuk menghilangkan stress. Dia duduk dihapan sebuah piano. Zhafiq kalau ada masalah dia akan melepaskannya dari menyanyi dan memainkan alat musik.
Jarinya mula memainkan peranan untuk menekan not piano tersebut.
Cause nothing can ever,
Ever replace you,
Nothing can make me feel like you do,
You know there's no one,
I cant relate to,
And know we won't find a love that so true.Salah satu lagu kegemaran Zhafiq dimainkan. Betul sangat mendalam lirik itu. Entah kenapa airmata lelakinya terjatuh apabila mengingat kenangan dengan Arina.
Zhafiq membuka telefon bimbitnya dan melihat satu gambar yang membuatnya tersenyum rindu.
Allahu, rindu.
Mampukah aku bahagiakan Humaira, Ya Allah? Seperti aku bahagiankan Arina? Aku buntu, Ya Allah. Doanya dalam hati.
"Bang, kalau rina pergi waktu lahirkan baby. Abang kena carikan mama baru untuk baby tau?"
Muka Zhafiq terus berubah.
"Apa sayang cakap macam tu? Abang tak suka."
"Yalah, rina cakap je. Time beranak ni nyawa macam kat hujung tali. Mm, okay. Rina minta maaf,"
Zhafiq mundar-mandir dihadapan pintu wad Arina. Seorang doktor yang merawat Arina keluar dari pintu bilik itu. Zhafiq menerpa ke arah doktor itu.
"Doktor, macam mana isteri saya?" Soal Zhafiq. Doktor Farziana melemparkan senyuman tawar.
"Alhamdulillah. Isteri encik selamat melahirkan baby girl."
Zhafiq mengucap syukur. Tapi selepas melihat riak wajah Doktor Farziana berbeza, Zhafiq mengerutkan dahinya.
"Doktor, what happen?" Soalnya.
"Isteri encik, tidak dapat kami selamatkan."
Dang!
Zhafiq duduk terjatuh. Lututnya bergetar lemah. Badannya mengigil.
"You liar! Arina masih hidup kan?" Dia ketawa.
Berlarian keluarga Zhafiq mendekati anak mereka.
"What's wrong?" tanya Zharif pada doktor dihadapan Zhafiq.
"Puan Arina tidak dapat kami selamatkan." Seperti Zhafiq, sekeluarga juga seperti terkena kejutan elektrik mendengar berita tersebut.
Astaghfirlullah'Alzim. Zhafiq terbangun dari mimpinya. Dia tertidur diatas papan paino. Dia meraup mukanya.
"Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan."
HUMAIRA mencari kelibat suaminya. Dia mencari disetiap bilik tapi dia terlupa akan kewujudan bilik musik itu. Hatinya tergerak untuk kesana.
Dia buka sahaja pintu, Humaira melihat Zhafiq tertidur diatas papan piano dengan skrin telefon ditangan masih terbuka. Humaira melirik telefon suaminya iaitu gambar semasa Arina mengandungkan Zahra.
Humaira tersenyum sebak.
'He missed you so much.'
******
YOU ARE READING
mrs. isteri | ✓
Romancecopyright chinesetehping! Written & Idea by chinesetehping. Published ; 9 April 2016. Completed ; 30 July 16. Highest rank ; #2 in Romance Cover by ; chinesetehping Arina pergi meninggalkan suami dan anak, Zhafiq berubah menjadi seorang yang...