******
"ORDER?" Tanya pelayan lelaki yang lengkap berpakaian pekerja. "Urm.. Lemonade, Chicken chop and a Lasagna please," Syafiq memesan makanannya, lapar okay. "What about you, Miss?" Pelayan lelaki itu mengenyitkan mata pada Kyarlyna. Kyarlyna agak sikit tersentak.
"Ehem. Sayang, you nak order apa?" Syafiq berdeham. Kyarlyna mengalihkan pandanganya. Sayang? "Er.. Same as you lah," Jawabnya gagap. Apabila pelayan itu sudah berlalu sempat dia mengerling tajam. Kyarlyna masih terpaku dengan apa yang baru saja berlaku tadi.
"Lelaki tadi cuba mengurat awak,"
"I dont think so. Dia just kenyit mata," Jawab Kyarlyna.
"What if he was?" tanya Syafiq mendatar.
"Hey, calm down Mr. Syafiq. It doesnt matter."
"It is matter for me," Gumam Syafiq.
"You ada cakap apa-apa ke?" Tanya Kyarlyna apabila dia seperti mendengar Syafiq menggumam sesuatu. "No, takde," Syafiq tersenyum hambar. Sesuatu perasaan ini mula menjalar ke hatinya semula yang telah sekian lama menghilang.
******
"Mama!" Zahra berlari-lari memanggil mamanya. "Astaghfirlullah! Kakak! Kenapa boleh sampai kotor macam ni?!" Humaira bercekak pinggang dihadapan pintu rumah ketika Zahra yang dikotori dengan lumpur itu.
"Huh.. Kakak terjatuh masa main basikal tadi.." Jujur Zahra. Dia masih belum lancar menunggang basikal beroda dua itu. "Kan mama dah cakap. Jangan main basikal roda dua tu. Main roda empat tu," Sambil membebel anaknya, Humaira membuka paip luar rumah lalu dibersihkan Zahra yang berlumpur.
"Sorry mama.." Tutur Zahra lembut. Humaira tersenyum, persis Zhafiq yang suka meminta maaf kalau memang salahnya.
"Ell.." Panggil Zhafiq lembut. Humaira hanya membatukan diri sambil menonton televisyen. Fokus. Panggilan Zhafiq tidak dihiraukan.
"Ellyra.." Panggil Zhafiq sekali lagi. Eii, aku teriak kang. Getus Zhafiq. Dia megambil remote televisyen itu dari meja kemudian ditukar kepada channel bola. Mata Humaira membulat.
"Abang dah kenapa? Kacau lah!!" Humaira memukul lengan Zhafiq. "Ape? Abang nak tengok bola ni," kata Zhafiq masih beriak selamba.
"Orang nak tengok cerita tadi dah nak habis dah. Ei, abang ni!" Humaira berlalu ke bilik mereka dengan perut yang memboyot ke hadapan itu.
Zhafiq cuak. Sudah? Merajuk pula. Aduh.. macam-macam ragam isteri mengandung ni. "Sayang, sorry. Tak sengaja.. Abang nak kacau Ell aje sebab Ell tak peduli abang tadi.." Kata Zhafiq sambil memeluk tubuh Humaira yang membelakanginya.
Tubuh Humaira dipusingkan. "Adik jangan ambil apa yang papa buat kat mama tadi tau. Buat taktau aje." Zhafiq berkata pada perut Humaira iaitu hasil benih Zhafiq. Terbit juga senyuman dibibir Humaira.
"Ha! sayang mengelamun siapa tu?" Humaira teesedar dari lamunannya. Dia melihat Zahra yang sudah hilang dari pandangannya. "Eh? Bila abang balik?" tanya Humaira menyebabkan hidungnya ditarik kuat.
"Tulah.. Mengelamun lagi! Abang perati je sayang dari tadi sebenarnya. Zahra pun dah naik sejuk sayang siram dia macam tu," bebel Zhafiq. Sejak kehadiran Putera sulung mereka, Zhafiq kini lebih gemar memanggil Humaira dengan 'sayang'.
"Hehe.. Ell mengelamun lelaki tadi. Handsome!" Jawab Humaira. Zhafiq merenungnya tajam apabila mendengar jawapan dari isterinya itu.
"Siapa lelaki tu? Cakap cepat, abang nak libas-libas dia. Berani dia goda isteri abang.." Zhafiq menunjukkan muka tegangnya. Humaira ketawa lalu dipegang muka Zhafiq menggunakan kedua belah tangannya.
"Lelaki itu.. is you," Jawab Humaira lalu memberi kucupan di pipi kanannya kemudian berlalu masuk ke rumah untuk memandikan anak perempuannya.
******
"Are you okay, princess?"
Nadrah hanya memberi senyuman nipis kepada tunangannya dihadapan. Sejak Zhafwin beraya di rumah Nadrah, dua minggu selepas itu mereka diikatkan dengan tali pertunangan dan akan diijab kabulkan setelah mereka tamat belajar.
"You're not okay," Desak Zhafwin.
"I'm okay, prince." Jawabnya. Seketika matanya menilau ke arah sunset dihadapan mata.
"Tell me what's wrong?"
"Nothing. Tak da apa," Jawab Nadrah. Zhafwin mengeluh. Inilah dia tidak suka tabiat Nadrah suka berahsia dengannya. "Tell me please.." Rayu Zhafwin lembut. Nadrah menarik nafas dalam-dalam.
"Who is Balqis in your life?" Terluah juga soalan yang lama dipendam dalam hatinya. Zhafwin mahu ketawa tapi ditahan. Oh, cemburu rupanya.
"Why?" Balas Zhafwin dengan soalan semula. "Awak mesra sangat dengan dia. Dia kekasih awak ke?" Pecah juga ketawa Zhafwin akhirnya. "Awak ketawa kenapa?" Nadrah mengerutkan dahinya sebal dengan Zhafwin.
"Listen. Kalau dia girlfriend saya, saya tak akan bertunang dan mengatakan hasrat saya pada kedua ibu bapa awak tau. Saya ikhlas dan jujur suka, sayang dan cinta pada awak waktu kita first meet. You're really light up my day," Jujur Zhafwin apa yang diperkatakannya memang betul keluar dari hatinya.
"Then, Balqis?" Nadrah cuba mengawal perasaan gentarnya apabila Zhafwin melontarkan kata-kata yang cukup mencairkan hati perempuannya.
"Princess. Balqis. Nur Balqis Dzayra, adik perempuan saya,"
"What wait? Kenapa saya tak tahu dia adik awak? Setahu saya awak takda adik and you're the last,"
"Balqis.. Anak kepada adik kembar ayah. Uncle Zakry meninggal sewaktu rushing menghantar ibu Balqis ke hospital kerana waktu itu ibu Balqis sedang sarat menahan sakit melahirkan,"
"Allah.. Maaf, saya tak tahu.."
"Its okay. Terus ayah ambil keputusan untuk menjaga Balqis hingga besar dan Balqis juga anak susuan ibu. So, kitorang tak boleh kahwin."
Nadrah terdiam kelu tanpa sepotong ayat pun terkeluar dari bibirnya.
"Remember, I just always love you."
******
BelleNote.
Three scene in one update!! Buhhhhhh, bye nak raya yay yay!! Love ya!Promote.
Mr Charming & Mr Tengku I love you - @Aisyah_GD
YOU ARE READING
mrs. isteri | ✓
Romancecopyright chinesetehping! Written & Idea by chinesetehping. Published ; 9 April 2016. Completed ; 30 July 16. Highest rank ; #2 in Romance Cover by ; chinesetehping Arina pergi meninggalkan suami dan anak, Zhafiq berubah menjadi seorang yang...