Bab 11

45K 1.3K 26
                                    

******

PINTU biliknya diketuk bertalu-talu. Humaira mendengus geram. "Orang penat ni! Nak tidur. Kacaulah," Laungnya dari dalam.

"Kakra, bangun. Mummy suruh Ezi bangunkan akak, cepatlah! Ezi banyak benda nak buat ni," Balas adik bongsunya, Huzamir. "Yalah, yalah. Kakra bangun sat gi," Humaira mengalah. Dia membuka pintu tapi orang lain yang terpampang. Dia ingin menutup semula pintu biliknya tapi tangan sasa milik Zhafiq lebih kuat darinya.

"Dah dua hari tak balik. Merajuk lagi ke?," Zhafiq membuat muka sedihnya. Humaira hanya diam lalu menghempaskan tubuhnya semula.

"Rara mana?," Saja dia menukar topik.

"Ada dengan mummy kat bawah. Merengek dia nak kan Ell. Dah lah tu menyamal," Zhafiq duduk dibirai katil.

"Tak nak lah,"

"Degilnya. Ya lah, abang minta maaf. Salah abang tengking Ell hari tu," Zhafiq memujuk. Dia terus berjumpa dengan Ashraf selepas kejadian tersebut. Ternyata dia salah.

"Tahu pun," Gumam Humaira membuatkan Zhafiq tersenyum kecil.

"Abang call tak jawab pun. Off telefon ke?,"

Humaira tergelak mendengar soalan Zhafiq. "Rasanya telefon Ell kena baling dekat dinding tu boleh okay lagi ke?," Perli Humaira. Zhafiq terkedu, dia lupa yang dia ada merosakkan telefon bimbit isterinya.

Zhafiq beristighfar dalam hati. "Sorry. Nanti abang belikan baru ya?," Pujuk Zhafiq. "Takpalah. Ell dah beli yang baru. Daddy belanja," kata Humaira. Zhafiq hanya menahan hati. Betullah kata Huzair, adik Humaira.

"Kakra tu degil. Nak dia je menang. Selagi kenyataan tu memang betul apa yang dia cakap, dia akan tunggu orang tu mengalah sebab apa yang dia cakap tu betul. Tapi kalau kenyataan tu salah, sure her will be apologize. Dia tu bukan senang nak minta maaf dengan orang kalau tak dah salah dia," Bebel Huzair.

"Ya, abang salah. Abang dah tanya Ashraf sendiri. Dah jomlah, abang rindu."

Ternyata terbit senyuman kecil dibibir mugil Humaira. Tapi dia masih hendak merajuk. Hahaha padan muka.

"Tak nak. Abang baliklah sendiri,"

Zhafiq mengeluh. "Nak abang angkat ke atau nak jalan sendiri?," Terus Humaira bangun dari katil. Di cubitnya lengan Zhafiq. "Eeei! Yalah, Ell balik. Biar Ell naik kereta sendiri," kata Humaira.

"Tak boleh. Ikut kereta abang. Nanti Ell lari ke tempat lain pulak," Seloroh Zhafiq. Ell membuat muka cemberut.

"Nak naik kereta sendiri jugak. Ell bawak Zahra," Paksa Humaira. "Okey, fine. Asalkan Ell balik," Zhafiq melemparkan senyuman ikhlas pada Humaira.

"Ok, go down. I want to shower," Humaira menolak hingga ke luar pintu biliknya. "Ngeh, bye nak mandi," Humaira terus menutup pintunya. Humaira tersenyum-senyum, kena pujuk gais XD.

******

"Hai.. Zhafiq?," Suara gadis lembut itu menyapa cuping telinganya. Zhafiq yang sedang ingin membayar air Yogurt Shake nya terbantut tapi apabila cashier itu berdehem, Zhafiq terus mengeluarkan sekeping not RM5 dan RM1.

"Urm.. me?," kata Zhafiq teragak-agak mendekati gadis berseluar hitam dan berblouse merah jambu dengan rambutnya diikat satu. Gadis itu mengangguk. "Ya, you. Muhd Zhafiq Dzakwan, right?," Gadis itu bertanya lagi.

"Yea, its me. Awak siapa eh?," Soal Zhafiq sambil menggaru kepalanya. Siap tahu nama full aku lagi. Hebat.

"Wan, Oh my god, its me! Syarly!," Gadis itu menekup mulut tandanya tidak percaya kenyataan yang dia akan bertemu dengan Zhafiq semula.

"Syarly?... Syarlyna Syarleen?," Syarlyna mengangguk. "Omg! Wan, lamanya tak jumpa," kata Syarlyna.

"Busy hehe. Ni Syar bila balik Malaysia? Tak bilang kat Wan pun," kata Zhafiq pada Syarlyna. Sepupu Zhafiq yang satu-satunya memanggil dia Wan, short form of Dzakwan.

"Minggu lalu. Sepatutnya Syar masih rest kat rumah tapi daddy paksa Syar ganti dia juga. Daddy dah tak sihat," Tutur Syarlyna. Zhafiq mengangguk-angguk.

"Eh, bukan Farish ke sepatutnya gantikan Uncle Ilham?," Baru hari itu Zhafiq pergi ke pejabat untuk mencari Farish Farzeen, tetapi mereka katakan Farish tidak berkerja disini sudah. Patutlah..

"I got to go, Syarlyna. Nak ambil Zahra,"

"Urm wait, Wan. Number please. Kita boleh borak,"

"Sure," Zhafiq memberi nombor telefonnya pada Syarlyna. Barulah Zhafiq memamitkan diri.

******

"Ellyra..?" Panggil Zhafiq lembut. Tiada sahutan. Zhafiq melangkah ke pintu balkoni yang terbuka menyebabkan langsir di balkoni berterbangan.

Zhafiq tersenyum. "I know you're here," Gumamnya. Susuk tubuh yang berdiri mengambil angin di balkoni itu dipeluk. Humaira agak sedikit terkejut tapi dia tahu suaminya pulang.

"Lambat balik?," tanya Humaira membalas pelukan Zhafiq. Entah kenapa, hati Zhafiq berdegup kencang. Sangat kencang dengan setuhan isterinya.

Am I fall in love again?

"Ada short-meeting tadi. Lupa nak bagitau Ell. Sorry," Suara Zhafiq yang begitu lembut mengetarkan lutut Humaira. Humaira memusingkan badannya menghadap Zhafiq.

"Marah lagi ke?," tanya Zhafiq.

"Tak.."

Ditemani oleh angin yang sejuk dengan Berlangit kan malam, disaksikan oleh bulan dan bintang. Ciuman pertama Humaira baru saja dirasmikan oleh suaminya sahnya..

Apabila cium diputuskan, masing-masing tercungap-cungap mencari nafas. Zhafiq merasa lain. Dia rasa... something. Rasa seperti ingin lagi. Mata Zhafiq bertentangan dengan mata Humaira.

"I love you."

"You dont have to say I love you, to say I love you," Balas Zhafiq. Pelukan dieratkan.

"Why?,"

"All what you've done is a proof that you love me,"

Humaira ketawa. Bibir mereka disatukan semula dan mereka mengakhirkan scene ini di bilik mereka dengan sentuhan yang halal dan diredhai Allah.

I'm ready now. Bisik kedua-dua hati pasangan suami isteri ini.

******

Tak update Jumaat & Sabtu sebab saya kat kampung, busy ada kenduri. Muah ciked bye. Mind check it out > Hati Tisu By tutupmuka

mrs. isteri | ✓Where stories live. Discover now