。 •́ ● ( 05 ) ● •̀ 。

165K 1.8K 10
                                        

🌺🌺🌺

Mia membuka matanya dari lenanya yang panjang. Perlahan - lahan senyuman lebar terbit di bibirnya apabila teringat hari ini hari sabtu.

Hari cuti! Yeay dia bebas dari sekolah!

Laju dia bangun dari katilnya. Katilnya yang berselerak di biarkannya. Kakinya berlari menuju ke bilik airnya untuk membersihkan diri. Hehe! Anak dara tak baik mandi lambat. Amboi, kalau anak dara yang malas kemas katil? Mia mencebik nyampah. Diamlah.

Sudah selesai mandi dan pakai baju baru Mia turun ke bawah mencari ibu ayahnya.

"Morning Mom and Dad," Sapa Mia sambil mencium pipi Datin Maria yang sedang menyenduk bihun goreng ke dalam pinggan. Pipi Dato Ezlan juga menjadi mangsa bibirnya.

Datin Maria tersenyum, "Morning sayang," Pipi anak kesayanganya itu juga di kucup.

Mata Mia bersinar melihat masakan Ibunya sebelum matanya beralih memandang Dato Ezlan yang turut memandangnya. Terkebil - kebil matanya melihat pakaian yang di pakai ayahnya.

Laju je mulutnya bertanya, "Papa nak pergi mana?"

Dato Ezlan mengesat mulutnya dengan tisu, "Papa nak pergi office sekejap sayang, ada meeting. Kenapa?" Rambut Mia di gosok sayang.

Bulat terus mata Mia yang sememangnya bulat. Garpu yang di pegang di letaknya kembali, "OMG! Mia nak ikut papa hari ni! Dah lama tak ikut papa!" Bingkas dia bangun dan berlari menuju ke biliknya menukar pakaian.

"Hey! Makan dulu Miaa!" Jerit Datin Maria melihat perangai tak senonoh anaknya itu. Datin Maria merengus apabila mendengar balasan anaknya.

Suaminya yang sedang ketawa itu di jelingnya, "Ikut perangai awak lah tu!"

Terangkat kening Dato Ezlan, "Eh eh saya pula?"

Datin Maria sudah muncung, "Perangai macam tu awak nak suruh dia kahwin?"

Terlepas lagi ketawa kecil Dato Ezlan, kepalanya tergeleng mendengar bebelan isterinya.

🌺🌺🌺

Mia memandang cermin besar di hadapannya. Badannya berpusing melihat pakaiannya hari ini. Em perfect!

Dia membetulkan sedikit dress hitam tanpa lengan paras lutut itu. Mia tersenyum bangga, sekali tengok tak macam budak sekolah. Dua kali tengok macam model pula.

Ops angkat bakul pula. Hahah.

Rambutnya yang perang, panjang paras pinggang di sanggulnya tinggi mendedahkan leher jinjangnya. Dah puas hati dengan dirinya baru dia bergerak ke rak yang menempatkan koleksi handbagnya. Beg kecil yang sedondon dengan pakaian menjadi pilihan hatinya. Em handphone. Handphone wajib bawa.

Berkerut dahi Mia memikirkan mana dia campak handphonenya. Aish lupa! Kakinya menuju ke katil mencari di situ sehingga dia terjumpa iphone 6s gold di celah - celah bantal. Mia menghela nafas lega. Nasib baik tau.

"Mia! Dah siap belum? Papa kamu dah tunggu ni dah!"

Jeritan Datin Maria mengejutkan Mia. Ops Datin dah marah. Terkial - kial Mia memulas tombol biliknya.

"Coming!"

🌺🌺🌺

"Meeting papa dah nak start, so Mia stay sini je tau. Anything call me okay?" Pesan Dato Ezlan pada anaknya. Mia mengangguk laju.

"Jangan nakal!" Pesan lagi. Dia kenal sangat perangai anak daranya seorang ni. Nakal tak bertempat.

Mia sudah ketawa, "Relax papa. Mia akan behave hari ini okay. Setakat tackle staf papa tak de hal,"

Terjegil mata Dato Ezlan, baru dia nak membalas p.a nya sudah memanggilnya.

"Okaylah papa masuk dulu," Dahi anaknya di kucupnya.

Mia mengangguk sekali, "Bye!" Mia melambai - lambai papanya yang makin hilang di telan lift.

Mia berdiri tegak di tengah ruang tingkat 10 itu. Okay what next? Mata memandang sekeliling. Tak ada yang menarik, memasing sibuk dengan kerja and lagipun tak ramai yang datang bekerja memandangkan hari ini hari sabtu. So mood nak kacau orang agak down.

So.. lepak bilik papa je lah. Kita acah - acah jadi boss okay?

Mia duduk di atas kerusi besar milik Dato Ezlan. Suasana sunyi, hanya deruan aircond yang makin menyejukkan bilik ni. Dia termenung memikirkan sesuatu.

Jujur, sebenarnya dia sunyi. Walaupun dia ada ibu ayahnya tapi dia masih sunyi. Sebab ibu bapanya sibuk dengan kerjaya mereka. Lelagi apabila mereka berdua mempunyai perniagaan sendiri. Dia seorang sahaja.

Dia bukan di abaikan, cuma kurang kasih sayang. Ibu bapa selalu memenuhi apa yang dia minta cuma satu je mereka tak boleh nak memenuhinya. Masa. Dia perlukan masa bersama dengan keluarganya.

Mia mengeluh, it's okay sekarang ni pun dia sudah bersyukur sebab ibu bapanya tidak pernah lupa akan dia.

Fikiran makin menerawang membuatkan dia teringatkan akan seseorang.

Zafran Aieril.

Lelaki itu yang bermain di fikiran Mia sekarang. Mengingatkan kejadian yang berlaku 2 hari lepas buatkan dia malu dengan tiba - tiba.

Why Mia? Baru kenal sehari kau dah wujudkan hormon gatal kau tu dengan dia?! Honestly, dia tak tahu kenapa bila dekat dia Zafran je dia rasa something. Rasa macam nak selalu dekat je dengan Zafran.

Dia bukan jenis yang terlalu bebas sampai terbabas boleh touch - touch. But entahlah, dengan Zafran dia em rasa.. sedikit nakal? Well i admit it, yang Zafran ada aura yang buat dia rasa wow! Sampai satu tahap dia rasa, 'I need to feel him'

Fuh gross Mia. Hahah.

Mia menggeleng kepalanya laju, tak mahu memikirkan tentang Zafran. Berangan je lebih kau ni Mia. Aih. Rasa rimas kerana terlalu lama terperuk dalam bilik besar ini. Mia membuat keputusan mahu keluar lepak di cafe bawah. At least dia boleh melantak. Nyum nyum.

Dengan langkah kecil dia menuju ke lift, baru tangannya mahu menekan button bawah ada suara garau menegurnya.

"Eilya.."

Mia blur sekejap, Eilya? Nama aku kan?

Tubuh memusing ke belakang ingin melihat siapa yang memanggilnya. Bulat mata Mia melihat wajah tampan seorang lelaki di belakangnya.

Oh My God.

Apa dia buat dekat sini?!

🌺🌺🌺



***

To be continue

***

TEMPT ✓Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang