。 •́ ● ( 22 ) ● •̀ 。

109K 1.3K 20
                                        

🌺🌺🌺

Mia menyandar kepalaya di dada Zafran, terasa pening kepalanya apabila duduk di dalam kereta terlalu lama.

"Lama lagi ke nak sampai?" Mia menyoal Rezza yang tengah memandu itu.

Rezza tersenyum, "Baru setengah jam kita bertolak, dah tanya bila nak sampai?"

Mia mencebik, bawa kereta macam kura-kura. Mia mengusap perut Zafran perlahan.

"Sayang bosan ya?" Zafran menyoal sambil mengelus rambut Mia.

"Erm," Kalau dia tahu tadi, tak ada maknanya dia mahu ikut percutian singkat ini. Ni semua idea Rezza. Dia yang beria-ria mahu membawa kami semua bercuti di Cameron Highland. Hanya papa sahaja yang tak dapat ikut kerana ada hal yang tak dapat dielakkan.

Mia memeluk tubuh Zafran erat. Mulanya Zafran mahu duduk di hadapan, tapi ditegar oleh mama. Datin Maria tahu sangat perangai anak perempuannya. Mabuk kereta. Tak boleh duduk di dalam kereta lama-lama. Nanti peninglah, apalah. Keluar perangai manja nanti, tak larat nak layan. Jadi mama menyuruh Zafran duduk di belakang dan mama duduk di hadapan.

Mengenai Rezza pula, sedikit banyak Mia memaafkan dia tak mahu dia berdendam lama-lama. Lagipun mereka berdua sudah besar. Jadi selesaikan masalah dengan matang.

Zafran mengusap rambut Mia membuatkan gadis itu terasa mengantuk.

"Baby mengantuk," Bisik Mia mengadu manja sambil mengeselkan mukanya pada dada Zafran.

Zafran ketawa kecil, "Meh," 

Mia menyandarkan kepalanya pada dada Zafran, punggungnya di tepuk perlahan.

🌺🌺🌺

Perlahan-lahan Mia membuka mata apabila terasa suasana di sekelilingi terasa sejuk. Mia memerhati sekeliling yang terasa asing baginya.

Er Zafran mana? Bingkas Mia bangun dan keluar dari bilik itu mahu mencari di mana semua orang. Sunyi. Tiada siapa. Mia mula berfikiran jauh. Dia kena culik ke? Tapi tak akan peculik tu nak kurung dia dekat bilik mewah macam ni?

Pakk!

Kedengaran bunyi pintu di tutup.

Mia menoleh ke belakang kerana bunyi itu keluar dari bilik yang dia keluar tadi. Mia meneguk air liurnya, seram. Bunyi telapak kaki yang sedang berjalan kedengaran dalam bilik itu. Tiba-tiba Mia rasa sekelilingnya panas. Mia memandang tombol pintu yang tiba-tiba berpusing.

APA NAK BUAT NI?!

Belum sempat Mia berfikir pintu itu dibuka. Terbuntang matanya melihat seseorang yang di sangka 'penculik' itu. Mia mengetap bibir, penculik ni nak bunuh dia ke? Segera Mia mengalihkan pandangan ke arah lain.

"Sayang?" 

Mia kembali memandang wajah penculik tadi, bibirnya tersenyum nakal.

"Ye my sexy kidnapper?"

Tercengang sekejap Zafran, sexy kidnapper?

Zafran turut menghadiahkan senyuman nakal, "Sexy?" Tangannya nakal bergerak menyentuh tuala di pinggangnya seakan mahu merungkai ikatan tuala itu.

Mia menumbuk perut Zafran perlahan, gatal tak bertempat.

"Kita dekat mana ni?"

Zafran mengusap perutnya, "Kita dah sampai dah ni. Sayang tidur tadi, saya dah kejutkan tapi awak yang tak bangun terpaksa saya dukung awak."

Oh ye ke?  Betul - betul dia tidak sedar, sedap sangat tidur dalam peukan Zafran.

"Mama? Rezza? Mana?"

TEMPT ✓Where stories live. Discover now