🌺🌺🌺
"Assalamualaikum,"
Mia dan Zafran mendongak apabila ada seseorang memberi salam. Kelihatan seorang wanita dalam lingkungan 20-an menegur kami, aku mengerut dahi melihat wanita itu.
"Waalaikumusalam, Maira? Buat apa kat sini?" Zafran menjawab salam yang diberi, makin Mia mengerutkan dahi apabila Zafran kenal wanita dihadapannya. Kawan dia maybe? But lain macam je aku tengok perempuan ni. Mia cuba berlagak selamba dengan menyambung semula menjamah makanannya.
"Apa lah Zaf ni, dah datang sini confirmlah nak makan takkan nak memancing pulak," Umairah ketawa kecil mendengar soalan bodoh Zafran, Zafran sudah mengaru kepalanya menahan malu.
"Boleh Maira join?" Terus terangkat kepala Mia memandang Umairah dan beralih memandang Zafran, apahal pulak perempuan ni? Zafran sudah serba salah di buatnya. Mia mengenggam tangannya dari bawah meja,
"Duduk lah," Mia menjemputnya duduk walaupun hatinya tidak rela. Mia memandang mereka berdua yang hanya berdiam diri, tadi rasa macam banyak benda nak berbual, asal sekarang dah macam kayu pulak?
"Err, tak nak kenalkan ke?"Mia cuba untuk menghilangkan suasana yang sunyi itu.
"Oh ye, kenalkan ni Umairah,"
Mia menghulurkan tangan untuk bersalam dan Maira menyambutnya berserta senyumannya.
"And this, Mia Eilya my lovely wife and only one," Zafran memperkenalkan Mia sambil memeluk bahu Mia.
Mia perasan wajah Umairah berubah apabila Zafran mengenalkannya sebagai isteri. Namun agak pelik, apabila Zafran memperkenalkan dia sebagai isterinya, bukan dia tak nak orang lain tahu ke?
"Is-isteri?" Umairah bertanya dengan nada perlahan.
"Yup! My wife."
Mia mengukirkan senyuman, namun Umairah tidak membalasnya langsung, terkaku mungkin. Ah sudah jangan cakap dia suka Zafran pulak. Merana aku woi!
Zafran menyambung kembali makan seolah olah tiada apa-apa berlaku. Mia hanya berdiam diri saja, apabila suasana kembali sunyi.
"Sayang? Okay tak?" Zafran menanya apabila melihat Mia yang diam.
Mia mengangguk menandakan dia tidak apa-apa. Umairah tersenyum pahit mendengar panggilan mesra Zafran. Rasa menyesal di benak hatinya kerana dulu dia berbohong dengan Zafran akan statusnya sekaligus mengecewakan hati lelaki di hadapannya.
Mia mula rasa tidak selesa, apabila Umairah tanpa segan silu menatap wajah kacak Zafran. Tiba-tiba hatinya gusar, dan tidak tenang. Zafran pulak seakan tidak merasa apa-apa dia menunjukkan wajah selambanya.
"Excuse me," Bingkas Mia bangun ingin ke tandas, tidak betah duduk di situ lama-lama walaupun dia muda untuk memahami apa makna pandangan Umairah tadi, tapi dia yakin ianya pandangan yang sarat dengan cinta.
Adakah Umairah mencintai Zafran?
Apa hubungan mereka sebelum ni?
Kenapa dia rasa Zafran seperti menyembunyikan sesuatu darinya?
Adakah Zafran mencintai Umairah?
Tak- tak mungkin..
🌺🌺🌺
Zafran memandang tubuh Mia berlalu pergi, sebelum menatap kembali Umairah yang dari tadi merenungnya tanpa memikirkan perasaan Mia. Sejujurnya, dia rasa berdebar-debar apabila Umairah merenungnya sebegini.
"So, she look so young. Berapa umurnya?" Umairah cuba mencipta perbualan. Zafran berdehem bagi menghilangkan rasa gugupnya.
"17."
DU LIEST GERADE
TEMPT ✓
Romantik[C O M P L E T E D] My first babies 。 •́ ● ( TEMPT ) ● •̀ 。 Sinopsis soon
