。 •́ ● ( 32 ) ● •̀ 。

95.4K 1.5K 129
                                        

🌺🌺🌺


M

ia memandang bangunan tinggi di hadapannya, aih terasa kedil pulak aku ni. Zafran ni pun satu, kacau je dia nak main PS4 tadi. Tah apa angin dia ajak Mia datang office dia. Rindu katanya. Jam di tangan di lihat. 10:45 awal lagi Zafran suruhdatang pukul 11.

Boleh ke masuk ni? Aduh dengan pakaiannya yang tidak sesuai dengan etika pejabat, kemeja hitam labuh dan seluar tight putih, sneakers merah di kaki. Aih macam nak pergi shopping mall pun ada. Eleh hari tu kau masuk pakai baju sekolah tu boleh pulak? Tu terpaksa.

Relax Mia, cool.

Mia melangkah masuk ke ruang dobi, ramai mata memandangnya. Tidak tahu memandangnya kerana apa. Setahu Mia staf yang berada dibawah masih tidak tahu identitinya kecuali yang terlibat semalam termasuk Diana yang menyemak.

"Tu ke anak ikan Dato Ezlan?"

"Eei tak tahu malu betul"

Terbuntang mata Mia mendengarnya. An-anak ikan?! Apa bala lagi ni?!

"Wah, ada perempuan yang tak diundang datanglah," Mia mengangkat wajahnya. Matanya tajam memandang Diana yang tersenyum sinis.

"Guys, kenalkan ini lah budak yang tak tahu malu nak goda boss besar kita tu, huh ada hati nak goda boss kita? Tak sedar diri pulak tu, agak-agak berapa Dato Ezlan tu bayar dia eh supaya menyamar jadi anak dia?"

Setan kau Diana, sumpah setan.

"Apa maksud kau Dato bayar aku? Kau kenal ke siapa anak dia?"

"Of cuz lah! Aku kenal anak dia." 

Mia tersenyum sinis. Macam mana kau kenal anak dia sedangkan AKU ni tak kenal kau. Baru Mia mahu membidas, ada suara lain yang mencelah.

"Apa bising-bising ni Diana?" 

Roselle

Semak lah kau perempuan!

"Ni hah perempuan gila yang mengaku anak Dato tu datang, dahlah gila gatal pulak tu!"

Roselle tersenyum sinis.

"Oh ye ke, maaf ye rasanya kau tak diundangkan? Dengan pakaian kau macam ni, tak tahu etika ke?"

Mia memandang mereka atas bawah.

"Oh ye? Tak tahu pulak pakaian korang ni sesuai? Tadi pun fikir dua kali nak masuk ke tak, sebab dari jauh nampak macam pusat pelacuran bukan syarikat," Boleh tahan juga mulut Mia ni.

"Kurang ajar kau kata kami pelacur?!"

Tak semena mena pipi Mia dilempang oleh Roselle. Mia terduduk di atas lantai menahan sakit. Matanya berair. Belum pernah lagi dia dilempang sebegini. Staf lain sudah terkedu melihat Mia, tidak berani untuk masuk campur.

Zafran..

Mana awakk...

"Huh menangis ke? Baru sikit" Rambut ku pula ditarik oleh Roselle.

"Sa-sakit, Za-zafran tstt,"

"ROSELLE!!"

Semua mata tertumpu pada suara yang bagai halilintar itu. Pucat muka mereka melihat Zafran yang bagai singa yang ingin membaham mangsanya tak pernah lagi mereka melihat wajah bossnya sebegini rupa selalunya boss menunjukkan wajah yang amat disenangi orang ramai. Rambut Mia yang ditarik oleh Roselle dilepaskan. Mukanya turut pucat.

Lantas tubuh Rosse di tolak kasar, tak kisah kalau dia digelar dayus sekali pun! Perempuan ni memang melampau!

"B-boss saya-"

TEMPT ✓Where stories live. Discover now