。 •́ ● ( 34 ) ● •̀ 。

92K 1.2K 89
                                        

🌺🌺🌺

P.O.V - Zafran

Aku membuka mata perlahan-lahan apabila terasa suasana disekeliling aku sejuk. Aku menoleh ke sisi, Mia masih lagi tidur beralaskan dadaku. Aku mengalihkan kepala Mia dan bingkas ku bangun untuk membersihkan diri.

Aku mahu keluar mencari makan sekejap, walhal boleh saja aku meminta makanan dari bilik. Namun aku mahu melihat keadaan hotel milik keluargaku sambil mencari makanan untuk Mia bila dia sudah bangun nanti.

Seusai mandi, aku bergerak ke almari yang menyediakan pakaian aku yang sememangnya aku tinggalkan di hotel ini. Setiap hujung minggu, mereka akan menghantar pakaian aku ke dobi begitu juga pakaian family ku yang lain kerana dulu kerap juga kami datang ke terengganu.

T-shirt polo putih serta seluar jeans hijau lumut tersarung kemas di tubuhku. Kemudian aku bergerak ke depan cermin rambutku yang keperangan itu ku sentuh. Dah panjang dah sampai boleh tutup mata, nak potong sayang.

Aku mengeluh perlahan, aip tak baik mengeluh pagi-pagi! Aku menggeleng kepala, rambutku yang panjang ku tolakkan ke belakang supaya tidak menghalang mata aku. Gaya 'wavy' menjadi pilihan hari ni. Simple. Biar tak ada rupa janji penampilan sentiasa kemas!

Aku bergerak ke katil apabila sudah berpuas hati dengan penampilanku, muka Mia yang polos ketika tidur ku tenung sehingga menerbitkan senyuman di bibirku. Aku mengusap rambutnya perlahan dan mencium pipi gebunya lama.

Setelah itu, aku keluar dari bilik dan menutup pintu perlahan tidak mahu menganggu Mia tidur. Aku bergerak ke pintu utama dan terus menuju ke lift. Apabila pintu lift di buka, aku terus keluar dari perut lift dan bergerak ke lobi.

Mahu meninjau keadaan hotel terlebih dahulu. Ramai pelancong yang dari luar negara datang ke hotel kami. Aku agak bangga dengan pencapaian Azman yang membantu hotel kami menjadi pilihan orang ramai apabila mengunjung ke Terengganu.

"Ehh En. Zafran?" satu suara menegurku dari belakang. Aku menoleh dan kelihatan seorang gadis bertudung litup menyapaku. Aku terkejut dan terkaku apabila mata bundar itu yang menjadi santapan mata aku. Gadis yang.. telah mencuri hatinya kali pertama. Untuk seketika aku terdiam. Aku berdehem cuba untuk mengusir rasa berdebar- debar apabila memandang mata itu

"Umairah?" Gadis itu tersenyum apabila aku masih mengingati namanya walaupun sudah bertahun kami tidak jumpa. Dia- makin cantik! Kali pertama kami jumpa adalah di sini, ketika itu aku baru menjejakkan kaki ke hotel ini kali pertama apabila daddy memaksaku datang, dan kali pertama juga aku terserempak dengan Umairah yang kerja di hotel kami.

Sungguh tak dijangka langsung! Kami akan berjumpa kembali di sini! Makin berdebar - debar hati aku apabila dia menghadiahkan senyuman manisnya, disebabkan senyuman dialah aku terjatuh cinta dengannya dan disebabkan senyuman dialah aku terluka apabila aku mengetahui ketika itu yang dia sudah bertunang, tegar betul dia menyembunyikan statusnya sebagai tunang orang, adakah sekarang dia sudah bergelar isteri orang?

"Maira buat apa kat sini? Seorang je ke? Suami mana?" Air muka Umairah berubah keruh apabila aku bertanya perihal suaminya. Kenapa pulak?

"Kami dah putus tunang," perlahan suaranya memberitahu hal sebenar. Aku sedikit terkejut, ingin saja aku menanyanya kenapa, namun aku sedar siapa aku untuk mengambil tahu hal nya?

"Maira buat apa kat sini?" Aku cuba mengalih topik sambil berjalan beriringan menuju ke restoran mewah yang terdapat dalam hotel itu.

"Saja bercuti dekat sini, lagipun rindulah kat hotel ni tu yang saja booked hotel kat sini. Banyak kenangan manis dekat sini,"

Aku belum bodoh lagi untuk memahami maksudnya 'kenangan manis' yer banyak kenangan manis yang kami cipta di sini. Namun aku datang ke sini bukan untuk mengimbas kembali kenangan manis kami, aku di sini mahu mencipta kenangan manis bersama Mia Eilya, ye aku kena ingat. Aku dah kahwin! Ingat Mia bukan Maira! Walaupun Maira cinta pertama ku, namun aku sudah mempunyai Mia dalam hati aku. Walaupun kehadiran Maira sedikit sebanyak membuka hati aku untuk memiliki dia semula.

TEMPT ✓Where stories live. Discover now