🌺🌺🌺
"Baby, are you ready for today?" Tanya Mia sambil membetulkan tie milik Zafran. Zafran pula dari tadi sibuk dengan rambut dia! Tak habis - habis dengan rambut!
Mia merungut dalam hati, tak pasal-pasal aku yang kena siapkan dia, dah macam bayi dah, nak kena pakaikan baju. Mia mengerling Zafran yang masih membetulkan rambutnya sudahlah soalannya tadi tidak berjawab. Geram pula dia dengan rambut Zafran ni.
"Zaf! Awak nak saya botakkan rambut awak ke?" Sinis Mia berkata and yes terus tangannya turun daripada menyentuh rambutnya, Zafran mencebik apabila mendengar perkataan 'botak'
"Tak hensem lah nanti" ngomelnya perlahan, tadi tangannya sibuk betulkan rambut sekarang sibuk peluk pinggang Mia pula.
"Ish tangan tu boleh tak duduk diam - diam ke," Mia pula yang rimas.
"Hm," Balasnya, mukanya mula mengomol leher Mia dan menghidu wangian di tubuh Mia.
Bahaya. Zafran ni bukan boleh percaya sangat ni, entah apa yang difikirnya. Segera Mia menolak tubuh Zafran ke tepi.
"Dahlah jom," kata Mia dan bergerak ke meja belajarnya mengambil beg sekolah dan briefcase milik Zafran.
Apabila Mia menoleh ke belakang...
What?
Segera Mia mencapai gunting yang berada di atas meja dan bergerak ke arah Zafran yang sibuk betulkan rambutnya di hadapan cermin! Tempah maut betul Zafran ni.
"Sa- sayang nak buat apa ni?" Perlahan Zafran berundur ke belakang apabila melihat Mia yang mengacah mahu menggunting rambutnya.
"No! Noo.. No.. You can't do that. Mummy!!" Jerit Zafran memanggil mummynya dan laju berlari keluar dari bilik. Mia terkejut, what the hell? Laki aku ke tu?
🌺🌺🌺
"Okay dah sampai,"
Mia yang sibuk chat dengan Rezza segera mengalihkan pandangannya ke luar.
Wh-what?
"Kenapa behenti dekat sini?" Mia menyoal Zafran.
"Lah kenapa?" Zafran menyoal pula kembali.
Mia mengeluh, masalahnya ni dekat depan lobi! Pelajar yang lalu - lalang di sini sudah memasang mata memandang kereta mereka. Bagi lelaki mereka lebih minat untuk mengetahui kereta sport yang di bawa oleh Zafran. Come on, Audi R8. Yang perempuan tak payah nak kata apa lah. Mereka lebih sibuk nak tahu siapa gerangan yang membawa kereta mewah ini ke sekolah. Nasib baik Zafran tidak menggunakan kereta sport merah yang selalu dia guna itu.
"Nanti balik suruh Pak usop ambil nanti," Mia mengalas beg sekolahnya.
"Nope. i'll take you," Zafran membalas.
Ok whatever. Mia menghulur tangannya, Zafran menyambut dan Mia mencium lembut tangan Zafran. Zafran membalas dengan mencium dahi Mia namun sempat dia mengambil kesempatan mencium bibir Mia. Mia menjegilkan matanya, nasib baik kereta ni cerminnya tinted.
Mia membuka pintu dan semua mata memandang ke arahnya. Segera Mia menutup pintu kereta, tidak mahu sesiapa pun yang nampak kewujudan Zafran. Mia berjalan selamba menuju ke kelas.
Baru saja melabuhkan punggungnya, tempatnya sudah di serbu oleh Mai dan Husna.
"Weh Mia. Kau nak dengar cerita tak? Kalau kau dengar ni confirm terkejut gila," Kata Husna. Dari segi percakapan gadis itu macam serius sahaja.
"Apa dia?"
Mai dan Husna saling berpandangan.
Mai memulakan ceritanya, "Pagi tadi, masa aku datang sekolah. Aku terserempak dengan lelaki ni tau. Oh my god! Terkejut aku. Tak sangka aku boleh dia dekat sekolah ni lagi. Makin hensem!"
YOU ARE READING
TEMPT ✓
Romance[C O M P L E T E D] My first babies 。 •́ ● ( TEMPT ) ● •̀ 。 Sinopsis soon
