1. Tangisan Tepi Tangga

1.1K 36 7
                                    

Semenjak petang tadi, aku lihat awan mendung sahaja. Sesekali ada juga petir berdentum, tapi hujan masih tidak turun. Badan aku rasa letih sangat malam ini sebab siang tadi sibuk aku jadi tukang kejar bola di padang sekolah. Mentang-mentanglah aku ni kaki bangku, tiada siapa mahu pilih aku sebagai ahli pasukan. Kena pula jumlah budak lelaki dalam kelas aku tu ganjil, jadi mesti adalah salah seorang dari kami akan terpinggir. Dan orang itu selalunya, mesti aku.

Ah, persetankan saja semua tu. Memang aku tak berminat pun nak turut serta semua tu. Lagi elok, duduk bersendiri ditemani novel seram-thriller kegemaran aku. Malam-malam begini, selepas siap kerja sekolah, berbaring di atas katil dengan bantal empuk, membaca novel sambil tunggu mata aku lelap. Syok habis!

Seperti selalu, sambil aku melepak di atas katil, aku akan buka sedikit tingkap untuk bagi angin masuk. Yelah, sekarang ni tak kira siang atau malam, Malaysia tetap panas! Angin tak seberapa, tapi sebab awan yang masih mendung tu membuatkan keadaan seakan nyaman sahaja.

Rumah yang aku diami sekarang ni dah berusia hampir 20 tahun. Keluarga aku menjadi antara mereka yang pertama mendiami rumah 'projek perumahan rakyat termiskin'di bandar Kuala Lumpur ni. Biasalah, rumah PPRT ni kecil sedikit, tapi mujurlah di rumah ini tinggal ayah, mak, aku dan Fasrin - adik bongsu aku. Jadi, dapatlah kami seorang satu bilik.

Tingkap bilik aku menghadap tepat pada tangga di luar. Macam-macam benda dah aku pernah lihat (dan skodeng) berlaku di kawasan tangga tingkat 13 ni. Ada yang hisap ganja, duduk bercengkarama, loving-loving bagai. Mana yang nampak was-was tu, aku akan buat-buat batuk untuk beri amaran. Bila dengar batuk berkali-kali tu, ada yang faham bahasa dan terus pergi. Tapi ada juga yang buat-buat pekak dan duduk membatu, meneruskan apa sahaja aktiviti mereka di situ. Ehh, mana adengan yang tak senonoh tu aku tak ambil kira pun. Lebih baik tidur dari menonton mereka dan aku secara berkumpulan mendapat dosa.

Suhu malam ni lain macam sikit. Ya, memang rasa nyaman dan sedikit sejuk, tapi sejuknya lain sikit. Waktu aku tengah melayan perasaan ketika malam Jumaat begini, tiba-tiba angin bertiup sangat kuat sehingga terangkat habis langsir. Ia datang berulang, tapi sekejap-sekejap.

"Mungkin nak ribut kejap lagi ni.." fikir aku dan terus menutup tingkap. Mana tahu jika dibiarkan, mahu saja langsir tu tersangkut pada kipas dan terjadi kisah ngeri ala filem Saw.

Aku tunggu mata untuk lelap. Sempat aku mencapai telefon di tepi katil dan melihat waktu. Pukul 12.30 pagi. Memang sudah lepas waktu aku tidur. Esok perlu bangun ke sekolah lagi. Selang beberapa minit, aku terus menyelusuri dunia mimpi.

KLUTANG! KLUTANG!

Aku terjaga bila mendengar bunyi bising itu. Sesuatu sedang mengetuk-ngetuk tingkap bilik aku. Ah, sudah. Mulalah kepala aku fikir segala cerita seram yang pernah aku dengar. Tentang hantu makcik karipap yang mengetuk tingkap. Tentang anjing yang menyalak hampir di luar tingkap. Macam-macamlah!

Aku memberanikan diri untuk angkat kepala dan memandang ke arah tingkap. Kenapa mesti nak melihat walaupun aku takut, aku tak pasti. Kalau ini adengan di dalam filem seram, tentu-tentu aku sumpah seranah bila watak tu berbuat seperti ini. Tindakan bodoh yang aku rasa refleks manusia ketika menghadapi situasi seperti ini.

"Ah.. Payung mak ni!" berkerut habis muka aku sambil menjeling marah pada deretan payung-payung pelbagai bentuk yang tergantung di ampaian. Kerana angin yang kuat, berebut-rebut pepayung itu menari, mengetuk hebat cermin tingkap. Ketika aku berpaling untuk kembali baring, mata aku terpandang sesuatu di tangga. Aku pandang sekali lagi, tapi kali ni tiada apa-apa. Seram tak seramlah keadaan tangga tu. Suasana gelap di tangga tu macam dalam filem seram yang Lisa Surihai berlakon. Ala, cerita apa tak ingat, tapi lokasi dia lebih kurang macam kawasan perumahan aku ni. Entah si jakun mana, yang sangat berminat dengan mentol pendarfluor di tangga tu. Setiap kali tukar, seminggu lepas tu akan hilang. Banyak kali dah terjadi.

Apabila MalamWhere stories live. Discover now