6. Jangan Usik

341 18 5
                                    

Seperti keluarga yang lain, bila tiba cuti sekolah lokasi yang paling ideal adalah kampung mak atau ayah. Untuk cuti sekolah tahun ni, kampung Ayah jadi pilihan sebab hari raya hari tu dah balik kampung Mak. Tapi tulah, Mak dan Ayah sentiasa teruja bila nak balik kampung. Aku ni je yang paling menunjukkan rasa tidak berminat berbanding adik-beradik yang lain. Apa yang ada di kampung tu untuk buat aku ceria sepanjang berada di sana? Lagi-lagi tiada wi-fi...boleh mati sebab bosan kot!

Dalam tak gembira tu ada juga seronoknya. Bila balik kampung ni, Atuk dengan Nenek akan back-up aku dan adik-adik baik punya! Kau buatlah apa je pun, mak dan ayah takkan dapat marah macam kat rumah ni. Nenaklah paling champion bab menegaskan hak budak-budak yang perlu diberikan peluang. Haha.

"Muhammad Zuhdi, sudah-sudahlah duduk berkurung dalam bilik tu. Dah nak Maghrib ni, cepat mandi!" Suara nyaring Mak sudah kedengaran. Nasiblah kali ni yang balik keluarga aku je, jadi takdelah nak berebut bilik air macam hari raya dulu.

"Ala.. biarlah budak tu nak berehat sikit lagi." Nenek memainkan peranan seperti biasa. Nenek senyum saja sambil matanya mengekori aku yang mahu ke bilik air tu.

Aku buat 'thumbs up' kat Nenek sebab dengan bersahaja dia menepis bebelan Mak.

"Takdenya Mak, dia ni kalau kita cakap lembut-lembut memang lemah longlai pergerakan dia." Mak masih membebel pasal aku walhal aku sudah masuk dalam bilik air. Alah, Mak, biasalah kan. Kalau mak kau tak membebel itu yang pelik.

Mandi dekat kampung waktu senja-senja ni lain macam sikit suasananya. Suhu semakin sejuk, kena pula siraman air kolah yang hangat tu...masyuk beb! Waktu kau mandi pula ditemani bunyi burung-burung mengicip. Layan je.

Waktu aku nak sangkutkan tuala pada tiang dalam bilik air tu, aku ternampak sesuatu dekat dinding. Benda tu macam biasa aku nampak, tapi kedudukannya yang berada berhampiran atap zink tandas membuatkan aku berasa pelik. Bilik air ni sebab berada di bawah, dekat dengan dapur, atapnya takdelah tinggi sangat. Antara dinding dan atap tu pula ada ruang terbuka untuk tujuan pengudaraan. Tak besar, tapi boleh lah kalau kau nak seluk kepala kat situ.

Aku teliti betul-betul benda yang familiar tu. Bila diamati, betullah sangkaan aku, itu tangkai langsat. Ala.. kan langsat dua berbuah banyak-banyak atas satu tangkai? Tangkai itulah. Walaupun aku rasa pelik, aku biarkan saja. Mungkin ada monyet yang makan dan campak kat situ. Manalah tahu kan.. Tapi kerana secubit penyakit OCD yang ada dalam diri aku, aku nak sangat ambil dan buang tangkai tu.

Selesai mandi, kami semua solat Maghrib berjemaah di rumah. Lepas tu Atuk dan Ayah pergi ke surau untuk solat Isyak. Aku duduk lepak saja di rumah dengan alasan takde lelaki nak jaga-jagakan waktu diorang pergi surau tu. Yang ada dalam rumah sekarang pun Mak, Nenek, dan adik-adik kembar aku, Zurina dan Zaweena. Aku sebagai kaum Adam perlulah main peranan kan.. alasan.

Kami makan malam dulu sebab Atuk dan Ayah balik lambat. Ada kenduri tahlil kat surau tu. Masa makan tu, aku teringat pasal tangkai langsat dalam bilik air.

"Kat rumah nenek ni, kalau nampak benda pelik-pelik kat mana-mana, jangan diusik. Nenek pesan, jangan diusik, tahu." Belum sempat aku nak tanya Nenek yang bagi warning dulu.

"Benda pelik apa tu Nek?" tanya Zaweena. Mungkin diorang tak perasan kot tangkai langsat tadi.

"Adalah. Tapi kalau kamu ternampak, biarkan saja dia kat situ. Jangan diusik." Sekali lagi Nenek ulang pesanan jangan usik dia.

Zarina dan Zaweena tunjuk riak muka tak puas hati. Diorang pandang Mak pula.

"Adalah tu. Kan Mak ada cerita pasal kerja Atuk menangkap hantu dulu. Benda-benda yang diletak tu untuk elak dari makhluk-makhluk tak tentu masuk dalam rumah. Macam pendinding la. Dengar cakap Nenek tu, jangan usik, janganlah usik ye." Mak pula bagi penekanan yang sama.

Memang dulu Atuk ada jadi penghalau hantu. Takdelah macam Ghostbuster tu, tapi tolong je orang dekat kampung ni kalau ada kes sampuk ke, apa ke. Atuk tak ambil duit pun. Tapi Atuk cakap bila buat kerja macam tu, 'benda' suka mengikut nak masuk rumah. Sebab tu ada macam-macam benda Atuk letak kat merata tempat sebagai tanda; tempat tu 'benda' suka masuk.

Aku fikir, takkanlah guna tangkai langsat juga untuk tujuan tu kan? Apa ke pelik benda alah tu yang dipilih. Nenek ingatkan banyak kali malam tu, jangan usik. Aku memang tak usik la kan. Maka malam tu kami semua tidur diselubungi sedikit rasa seram-seram.

Aku tidur dekat ruang tamu sebab dalam bilik panas takde kipas. Ruang tamu ni ada kipas siling, kena pula aku conquer sendiri, jadi memang nyaman gila! Si kembar tu tidur dalam bilik mak su. Ayah dan Atuk balik lambat lagi. Boleh pula diorang sambung lepak dekat kedai kopi Long Ngah lepas makan malam tadi. Ayah ajak aku, tapi memang malas sangat nak ikut. Ayah dengan Atuk memang rapat. Bila balik kampung memang Ayah akan lepas rindu berkepit dengan Atuk. Bila fikir-fikir, seronok juga kamcing dengan ayah macam tu kan? Suwit sangat.

Macam biasa, bila di kampung ni mata memang cepat mengantuk. Nenek bila pukul 9.30 malam dah mula tutup lampu dan bersiap nak tidur. TV? Memang untuk tengok je la. Tengok sebab cerita apa je kau nak menonton bila takde Astro. Aku pun melepak atas toto sambil tunggu Ayah balik. Tunggu punya tunggu punya tunggu, aku terlelap jua.

Tok! Tok! Tok!

Aku terus bangun dek kerana terkejut dengan bunyi ketukan yang kuat tu. Aku fikir Ayah sudah balik. Aku bangun dan nampak Ayah sudah lena dibuai mimpi kat sebelah je. Panas la tu dalam bilik, sebab tu lari tidur kat ruang tamu. Aku tengok jam dalam kesamaran lampu dari luar, sudah pukul 1.30 pagi. Beberapa ketika, baru aku teringat tentang bunyi ketukan tadi. Hmm.. mungkin aku bermimpi je tadi

Aku nak sambung tidur, tapi waktu beginilah pula pundi kencing kau bergiat aktif dan merusuh untuk keluar. Aku cuba bermeditasi untuk elak rasa terkucil tu, tapi ternyata gagal. Aku pun bangun dari tempat tidur dan berjalan menuju ke dapur.

Dalam perjalanan yang tak berapa jauh tu, kena pula dengan suasana tengah malam begini, otak kau pula akan mula buat throwback segala kisah seram yang kau pernah dengar. Demi tak nak terkencing waktu tidur dan dibambu sepanjang hidup, aku gagahkan diri untuk ke bilik air.

Gelap. Aku buka lampu bilik air saja untuk elak dari mengganggu orang lain. Masuk bilik air pun aku tarik perlahan pintu zink tu dan tutup. Selesai meredakan 'rusuhan' tadi, waktu aku nak keluar, mata aku terpandang tangkai langsat dekat dinding tu. Bergelodak fikiran aku dok berfikir samada tangkai tu salah satu tanda atau tak. Entah kenapa, sangat menganggu fikiran aku. Nak saja aku ambil dan buang supaya aku tenang.

"Jangan usik."

Teringat pesan Nenek sepanjang malam tadi. Tapi aku tetap merasakan tangkai langsat tu bukan tanda. Aku terganggu sebab ia tak sepatutnya ada di situ dan aku perlu buang. Puas fikir, aku pun terus panjat kolah air yang diperbuat dari simen tu dan mencapai tangkai langsat tadi. Aku belek sekejap. Sudahpun kering dan bersawang menandakan tangkai tu sudah lama berada di situ. Serta merta, ada rasa penyesalan dalam diri aku sebab langgar pesan Nenek.

Waktu aku angkat kepala nak letak balik tangkai langsat tu di tempat dia semula, sesuatu muncul depan muka aku...



Fin - Jangan Usik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Fin - Jangan Usik

Apabila MalamWhere stories live. Discover now