9. Cerita Hantu

316 12 2
                                    

Pagi tu heboh semua dok cerita pasal budak dorm lelaki yang kena ganggu dengan hantu nenek. Bagi aku lawak habis sebab mana logik hantu nenek boleh jadi sangat menakutkan. Aku rasa tu taktik budak lelaki tu untuk skip kelas dan balik bercuti. Homesick agaknya. Kelakar betul.

"Kau ni berani sangat, Bila!" Tempik Tini marahkan aku.

"Yelah, kau percaya ke ada hantu nenek? Logik la sikit kalau nak menipu pun." Aku depa-depakan tangan untuk suruh Tini buktikan.

"Syaitan ni nak muncul tak semestinya perempuan cantik macam dalam movie tu. Kan hari sebelum tu budak dorm sebelah pun kena! Takkanlah nak berpakat pulak." Tini bersungguh-sungguh percaya helah dua budak lelaki tu.

Mana aku tak suspicious, seorang kaki ponteng, seorang lagi senior berlagak bagus. Kalau betul kena pun, memang patut. Haha.

Lepas kami bertekak, Tini blah terus dari kelas. Malas nak layan aku yang suka cakap besar katanya. Lahh.. bukan aku nak cakap besar, tapi dah memang aku tak percaya. Sedangkan filem seram pun aku tak minat. Aku tahulah itu cuma taktik diorang nak jual filem dan dapat keuntungan. Hantu pun guna efek khas. Paling cikai make-up yang pucat tu. Dah tu, digambarkan pula hantu tu rupanya buruk dan menyeramkan. Memang la orang boleh jadi takut.

Malam tu Tini punya merajuk sampai tak masuk dorm pun. Aku ni walaupun nampak kasar, sentap juga hati bila Tini buat macam tu. Rasa jahat sangat apa yang aku dah buat. Haih. Takpelah, mungkin dia buat study group dengan Aini dan tidur terus dekat sana. Aku chill dulu untuk malam ni. Esok dalam kelas mesti jumpa juga. Alahai, Tini.

Dorm aku ni luas berbanding dorm lelaki. Dorm dua budak lelaki yang kena sampuk tu pun kecil. Tapi sebab besar, ada pembahagi diletakkan kat tengah-tengah dorm ni. Satu sebab, supaya senang nak dikawal. Kedua, supaya takde manusia aktif berlari dari satu hujung ke hujung yang lain. Perempuan-perempuan pun bukan boleh percaya. Depan lelaki coverina baik punya. Kau tengoklah bila dalam dorm, sifat azali serupa manusia primitif tu muncul.

Aku tidur lambat sikit malam tu sebab nak kejar bab yang aku tertinggal. Sebagai bintang olahragawati sekolah, masa aku kadang-kadang terpaksa dikorbankan untuk latihan. Tapi itu bukan alasan untuk aku ponteng dan jadi malas. Sebenarnya jadual waktu aku yang sibuk ni buat aku lebih terurus. Kerja pun lebih keras. Aku nak cemerlang akademik dan kokurikulum.

Sedang aku tekun menelaah buku nota sambil berbaring atas katil, aku dapat rasa seseorang sedang menghampiri aku dari belakang. Aku pun tolehlah dengan anggapan itu Tini. Tapi takde sesiapa pun. Mungkin perasaan aku je, aku pun sambung membaca. Beberapa minit lepas tu aku dapat rasa sekali lagi macam ada kehadiran seseorang tepi aku. Aku toleh dengan pantas. Masih tiada sesiapa.

Aku bangun dan beralih posisi. Lalu aku scan seluruh dorm.

"Ke hantu nenek nak main-main dengan aku?"

Entah kenapa, benda ni terlintas difikirkan aku. Aku yang mati-mati tak percaya tentang cerita hantu nenek cari cucu tu, sekarang itulah perkara pertama yang aku fikirkan. Ah, aku terkesan juga dengan cerita olok-olok tu! Cis.

Sekarang aku duduk menghadap dorm yang gelap dan luas tu. Rasa seram tu adalah juga, bila teringatkan babak-babak dalam filem hantu. Waktu macam ni, selalunya akan adalah hantu muncul dan buat jump scare yang lapuk depan watak utama. Punya seram, tutup kepala dengan selimut. Lepas tu, mengintai semula. Apa ke bebal. Baik tidur terus kan?

Lampu belajar aku yang aku letak tepi katil mula berkelip-kelip. Waktu genting macam ni bateri dia nak habis kan. Jam menunjukkan pukul 12.30 malam.

"Ala lampu, bertahan sikit lagi. Lagi 30 minit. Lepas tu kau nak padam, padamlah." Begitu sekali aku bergantung harap pada lampu tu. Esok jadual pagi aku sah penuh. Petang tu aku ada ujian lagi. Malam ini perlu habis kan sebanyak mungkin!

Aku tenang tak lama. Kali ni aku dapat rasa seseorang sedang memerhatikan aku dari jauh. Lebih spesifik, dekat pembahagi dorm tu. Dalam samar-samar ni aku tak pasti itu manusia ke apa, mungkin juga ilusi mata je. Sempat jugalah aku tenung kelibat tu. Statik. Tak bergerak. Nothing rasanya. Aku sambung baca nota. Beberapa helai je lagi ni.

Lampu belajar aku yang tadi kelip sekejap-sekejap, sekarang makin rancak pulak. Aku tersenyum sendiri bila teringat video Janna Nick main torchlight ala clubbing tu. Comel je. Ish, lagha dah. Aku tengok jam, oh seperti dijanjikan, sudah pukul 1.00 pagi. Padanlah dia meragam. Aku capai suis lampu. Elok jari aku cecah suis, muncul satu muka sedang memerhati tangan aku. Lepas tu lampu terus padam. Dalam kelip-kelip lampu tu aku tak perasan sangat muka apa. Tapi aku sempat nampak biji matanya yang besar dan rambut panjang.

"Ini bukan hantu nenek!" Sergah aku dalam berbisik. Keadaan gelap tu menjadikan aku semakin kecut perut.

Teringat pula kata Tini yang aku ni cakap besar. Berani sangat mencabar benda-benda macam ni. Menyesal? Belum lagi. Selagi tiada yang menegur, maknanya itu mainan perasaan aku. Teruk sangat aku terkesan dengan cerita hantu ni!

Aku bergerak dengan tenang, menarik selimut dan berbaring. Kalau betul pun cerita hantu nenek tu, dia muncul pukul 3.00 pagi. Ni baru pukul 1.00 pagi. Lah, takut rupanya aku ni.

Aku layan perasaan sambil tunggu mata lelap. Tapi aku masih rasa seseorang sedang memerhatikan aku. Kelibat yang sama tadi, aku seakan nampak di tepi katil Tini pula. Pegun. Tak bergerak. Tapi susuknya sama. Lalu aku alihkan pandangan ke sebelah lain pula. Ekor mata aku dapat melihat kelibat itu bergerak sekilas pergerakan aku! Ah, sudah.

Benda tu hilang dalam kegelapan. Bawah katil ke? Ini betul-betul macam filem seram. Masa ni aku marah dengan diri sendiri. Kalau ikut logik, aku perlu terus tidur tanpa layan ilusi minda kelibat seram segala. Tapi disebabkan aku mahu menjaga ego dan membuktikan pada Tini, apa yang aku alami malam ni hanyalah kerana paranoid dan kesan cerita seram, aku nak sangat menjengah bawah katil aku. Aku tak boleh tidur selagi aku tengok dengan mata kepala aku sendiri, tiada apa pun yang perlu ditakutkan.

"Kau tidurlah cepat. Aku nak sembunyi." Satu suara kedengaran dari bawah katil aku! Tersentak aku sebab terperanjat.

Waduh. Ini menguatkan lagi kemahuan untuk menjenguk 'kawan' bawah katil tu. Samada suara tu dalam kepala yang menghasut aku untuk meneruskan niat ataupun...

"Jangan bising weh. Aku nak sembunyi!" Dia berbunyi lagi. Ah, tak boleh jadi!

Aku pun bingkas bangun dan terus membongkok untuk melihat di bawah katil. Waahh!

Kosong. Tiada apa-apa.

Tapi aku rasa ada orang yang melihat aku. Bukan dari bawah katil, tapi di kaki katil. Dengan muka yang sama aku lihat tadi, rupa-rupanya dia...

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Apabila MalamWhere stories live. Discover now