5. Saka Mengurai

353 17 0
                                    

Hari ini walaupun hari Sabtu, aku kena bangun awal pagi juga. Lemah longlai aku menuruni anak-anak tangga untuk menuju ke pintu rumah. Muka aku monyok je sebab hari ni ada kem motivasi dan aku kena bermalam di sekolah. Sebab UPSR sudah dekat, jadi aktiviti macam ni setiap tahun ada. Selalu aku dok gelakkan abang dan kakak darjah enam yang kena pergi, tapi tahun ini tibalah turn aku. Malas betul!

"Fatin, cepat sikit. Kejap lagi van sampai tu. Kang barulah nak terhegeh-hegeh. Ehhh budak ni." Mak sudah bercekak pinggang memandang aku yang meliang-lentok macam tiub angin depan stesen minyak tu.

"Malas la, Mak. Patutnya hari ni tak payah sekolah la. Apalah cikgu ni.." keluh aku. 

"Amboi.. Cikgu buat semua tu untuk kamu supaya kamu ada semangat nak belajar, jadi pandai. Kamu ingat cikgu tu tak perlu cuti ke? Cuba hargai sikit usaha orang lain." Mak ada mood membebel pagi ni. Memang aku mencari nahas.

Sambil aku duduk menunggu van Abang Don sampai, sepanjang itu jugalah Mak bising pada aku. Dari pasal kem motivasi sampailah hal aku yang sejenis pemalas, terus ke kisah ayam itik Atuk kat kampung tu. Aku bertabah sahaja. Memang salah sendiri pun, jadi dengarlah sahaja bebelan dengan pitching tinggi Mak pagi-pagi ni. Hilang juga separuh motivasi..

Pinn! Pinnn!

Van Abang Don dah sampai dan aku dengan cepat bangun untuk pergi. Entah macamana, Mak guna teknik gerakan bayangan, terus berdiri belakang aku sambil hulur tangan. Aku salam dan kucup tangan Mak yang berbau ikan bilis tu. Aku ucap selamat tinggal dan lihat Mak senyum saja melambai-lambai kepada aku. Itulah dia, Mak. Dia membebel sebab risaukan aku. Marah macamana pun, senyum dia tak pernah tinggal.

Aku menaiki van Abang Don melalui pintu penumpang sebelah kiri. Setahu aku, hari ini dari kawasan perumahan ni aku seorang je yang pergi sekolah. Abang Don senyum memandang aku dan mula memandu.  Mata aku terus fokus pada cermin pandang belakang van Abang Don tu.  Tiba-tiba hati aku rasa tak sedap. Berdebar-debar pula, tapi aku tak tahu kenapa. Aku pandang Abang Don, tapi dia fokus betul memandu. Aku pandang sekali lagi cermin tu. Aku tahu kenapa aku rasa tak selesa macam tu. Aku nampak seseorang sedang duduk di kerusi belakang! Ah, sudah. Siapa pula tu... Eh, ke apa pula tu?!

Aku terus alihkan pandangan dari memerhatikan susuk tu. Berpakaian putih, dengan rambut panjang mengurai yang ditiup angin dari cermin yang dibuka kecil tu, buat aku rasa seram walaupun sekarang dah siang! Aku pandang Abang Don sekali lagi, kali ini dengan harapan dia pandang aku. Fokus pula Abang Don memandu hari ni! Selalunya sibuk main smartphone sampai aku kena bising-bising macam Mak tadi.

Abang Don menjeling ke arah aku. Lepas tu dia pandang aku sambil gerak-gerak kepala. Aku tak bercakap, tapi mulut aku dok senget muncung untuk tunjuk susuk dekat belakang tu. Risau jugak kalau seorang je yang boleh nampak kan. Jadi, biar Abang Don nampak sama.

"Apahal kau ni, Fatin? Bisu?" Abang Don tanya aku sebab kelakuan aku yang pelik dan sungguh tidak comel tu. Aku masih muncung-muncung mulut.

"Kat belakang tu la Abang Don! Nampak tak?!" aku akhirnya bersuara selepas kecewa dengan tindak balas Abang Don yang agak slow tu.

"Belakang? Ada apa?"

"Ada orang..."

"Orang?"

"Yelah, orang... la agaknya." aku masih tak mahu toleh belakang. Apa yang aku nampak beberapa saat tadi pun sudah cukup seram untuk melekat di fikiran aku.

"La.. itukan Lela. Tak kenal Lela?" Aku terkejut mendengar nama tu.

"Lela? Maslela binti Bakri?" tanya aku semula. Abang Don angguk saja. Ketika itu, baru aku berani toleh ke belakang. Betul lah itu Lela. Tapi apasal senyap je Lela hari ni? Selalunya dialah manusia paling banyak bercakap walaupun ketika orang tak perlu dia bercakap.

Apabila MalamWhere stories live. Discover now