8. Awek Bustop

363 14 2
                                    

Hidup di dalam bandaraya yang pesat dan padat ni perkara utama yang aku fikir bukanlah untuk memiliki kenderaan. Hatta motosikal pun aku jenuh bermain tarik tali dengan perasaan sendiri. Tentang kos la, keselamatan la, kecurian lagi.. Eloklah kalau aku naik bas saja untuk ulang-alik dari rumah ke pejabat. Tak perlu aku nak fikir hal maintenance, bayaran bulan-bulan, minyak naik ke hape. Bayar saja tambang, terus sampai destinasi.

Tapi seseronok mana pun guna pengangkutan awam ini, ada juga kekurangannya. Paling nyata adalah masalah lambat. Ada waktu nasib tak berapa baik, sejam dua pun jenuh menunggu. Tapi bukan selalulah. Macam aku cakap, waktu nasib tak berapa baik.

Bercakap tentang lambat ni, bukan bas sahaja, malah bos aku pun selalu langgar waktu yang ditetapkan untuk balik. Lagi-lagi hujung tahun macam ni, boleh kata hampir sebulan aku kena balik lambat sebab kena buat stock take sebelum akhir tahun. Apa nak buat, aku ni pekerja je. Mahu atau tak, pasrah saja ibarat lembu kena cucuk hidung. Mmmbooo~

Hari ni hari ke-13 aku balik lewat dalam bulan ni. Apa yang lecehnya balik lambat dalam pukul 10.00 malam macam ni, selain menunggu bas yang akhir, aku kena duduk membatu seorang diri dekat perhentian bas belakang bangunan pejabat aku ni. Nak pergi tu dah la kena lalu lorong gelap antara bangunan, melintasi parking lot yang luas dan last sekali laluan susur gajah yang nan hado lampunya. Entah apa penyakit mat pit sampai mentol lampu kalimantang pun kau bawa lari. Walaupun aku lelaki, tipulah kalau aku tak terdetik sekelumit rasa seram sepanjang jalan. Seram kat penyangak satu hal, seram dengan makhluk ghaib... Seriau weh!

Malam tu aku perlu tunggu seorang diri lagi. Kalau waktu siang memang ramai lalu lalang dan tunggu bas. Tapi bila malam ni, boleh dikira dengan jari berapa ciput je kereta yang lalu. Namun, tidak seperti hari-hari selalunya, semakin aku menghampiri perhentian bas tu, aku dapat lihat seorang awek dengan rambut panjang hitam berkilat siap dengan baju pejabat duduk dekat hujung kerusi. Rambut dia menutup sebelah muka. Tak suka dipandang rasanya awek ni. Sekali tengok memang macam dalam filem seram. Tapi bila dah dekat, elok je rupa budaknya.

"Lambat balik kerja, dik?" ehhh, peramah pula aku waktu-waktu macam ni. Tapi soalan aku tadi hanya dibalas dengan pandangan kosong dia saja.

"Kerja area sini ke? Bahaya tau balik sorang-sorang." aku tambah lagi. Yelah, bukan ada niat apa pun. Aku tumpang risau la. Lelaki macam aku ni lainlah, inikan pula awek cantik dan comel macam tu. Ehh.

Bila aku tanya dia tak respon, aku pun buat tak tahu sajalah. Jual mahal konon dia tu. Cit, pigidah. Tak lama lepas tu bas aku sampai. Aku naik dan lihat saja dia dari dalam bas. Dia diam sama je. Lantak lah awak.

Esoknya, aku jumpa dia sekali lagi. Bajunya sama je. Aku fikir itu mungkin uniform dia.

"Lambat balik hari ni, bang?" tiba-tiba awek tu pula tanya aku. Peluang!

"A--ah, tu la. Hujung tahun macam ni, biasalah." balas aku sambil gosok-gosok kepala, betulkan rambut. Bagi nampak kemas sikit depan awek.

"Adik kerja mana? Malam-malam macam ni baru balik. Suami tak datang jemput?" amboi.. soalan pancing untuk pastikan status si gadis.

"Siapa nak datang jemput. Saya bujang lagi, bang." Huihh. Single and available. Peluang! "Pejabat saya kat sana." sambung dia dengan jari menunding ke arah bangunan besar berdekatan bangunan aku.

"Oh, bangunan tu! Dengar cerita tak semalam, ada orang terjun dari tingkat 13? Apa la nak jadi, kan. Tertekan dengan kehidupan serba naik sekarang kot." sajalah aku cerita hal terkini. Bagi aku nampak intelek dan sangat mengambil tahu perihal berita semasa.

Awek tu diam saja. Ah, aku fikir aku sudah salah cerita. Apahal kau cerita seram malam-malam macam ni. Takut la awek tu. Hish..

"Ada la tu sebabnya. Abang tak kesian?"

Apabila MalamWhere stories live. Discover now