7. New Follower

306 14 1
                                    

Setiap hari akan melalui perkara yang sama waktu balik kerja ni. Paling tertekan, traffic jam. Dah la aku kena sampai awal ke rumah sebab hari ni aku kena update blog tentang event Sabtu lepas. Tiga hari dah aku tak dapat update sebab balik lewat sokmo. Ada saja kerja last minute bos aku bagi. Geram betul.

Kaki aku ni cepat lenguh. Kena pula banyak menekan brek, aku jadi letih dan silap-silap boleh tertidur bila sampai rumah kejap lagi. Tapi macamana sekalipun, aku kena tabahkan hati untuk menaip posting blog hari ni. Kalau tak, esok mesti kena bambu dengan kelab blogger tu. Sabo je la.

Hampir dua jam meredah lalulintas, aku akhirnya tiba di apartmen sewa dan selamat pun parking. Alhamdulillah. Cepat-cepat aku berjalan menuju ke lif. Waktu itu, aku macam terlihat kelibat seseorang yang menunggu di hadapan lif yang sedang terbuka. Makin cepat jalan aku serupa penguin mengejar anak untuk menahan lif tu. Sampai saja di hadapan pintu lif, aku tengok takde sesiapa pula dalam lif tu. Aku pelik, tapi aku fikir mungkin bayangan aku saja tadi.

Aku duduk apartmen lama, jadi lifnya pun ala-ala sendu nak memanjat setiap tingkat. Kena pula aku menetap di tingkat paling atas, memang bersabar saja. Ni kalau ada waktu nak terkucil terberak, mau kelam kabut tak tentu hala. Cerita dari pengalaman la tu. Berlari serupa antelope kau nak mengejar pintu rumah. Haha. Chat kuey tiaw punya bahana.

Lampu dalam lif tu suram. Kalau ada berdua dengan pakwe, romantik habis macam candle light dinner. Tapi bila seorang diri ni, mula la rasa seram sejuk. Entah kenapa, aku rasa seperti sedang diperhatikan oleh seseorang padahal aku yakin aku masih bersendirian di dalam lif ni. Aku toleh dengan pantas kebelakang. Aku masih bersendirian. Sampai saja di tingkat aku, aku terus berlari keluar.

Selesai aku but semua perkara asas dan wajib, aku duduk di hadapan meja kecil di dalam bilik aku. Di atasnya ada laptop yang paling aku sayangi. Aku duduk depan laptop beberapa minit sambil berfikir apa yang mahu ditaip dan gambar apa perlu aku pilih. Aku paling malas nak mengedit gambar sebab itu kerja yang aku buat setiap hari di tempat kerja. Tapi, at least untuk blog ni aku boleh buat ikut citarasa dan latih skil designing aku.

Sedang aku khusyuk menelaah laptop untuk edit gambar yang perlu, jam sudah pun mencecah pukul 8.00 malam. Bila mahu rehat sekejap, aku akan toleh ke kiri untuk menjengah ke luar tingkap. Berada di tingkat 22 ni memang best sebab pemandangan seluruh bandar Kuala Lumpur aku dapat lihat. Waktu malam pula tu. Dengan melihat kerlipan cahaya yang berkelip dari bangunan-bangunan tinggi jauh di sana, tenanglah sekejap diri aku ni. 

Doot! Doot!

Notifikasi tweeter aku berbunyi. Rupa-rupanya ada seseorang tag aku. 

"New follower? @langit_lanang?" aku approve sahaja.

Doot! Doot!

Notifikasi berbunyi sekali lagi. Kali ni ada orang private message aku pula. Follower tadi, @langit_lanang. Aku buka dan baca message dia.

@langit_lanang: Hai.  Tak penat ke tak tidur lagi?

@nea_aleena: ...

Aku ambil masa untuk balas. Hmm.. perlu ke? Dalam 2000 lebih follower aku, ini kali pertama ada yang PM. Perlu ke tak?

@nea_eleena: Tak lagi. Kena habiskan kerja ni haa. T^T

@langit_lanang: Hahaha. Awak ni bukan saja comel, kelakar lagi.

Erk. Apahal aku dapat rasa vibe lelaki miang dari dia ni? Menyesal pula aku membalas message dia tadi. Aku langsung tak layan dia, tapi beberapa minit kemudian dia kembali hantar message kepada aku.

@langit_lanang: Sombang la awak ni. Tadi saya dekat sebelah pun buat tak nampak je kan.

WHAT? Lelaki ni stalker ke hape? Ah, sudah. Bila masa pula dia nampak aku balik tadi? Aku mula rasa bahaya yang mendatang. Aku pun bersedia untuk telefon polis jika ada apa-apa yang pelik berlaku.

@langit-lanang: Kenapa terkejut? Takkanlah tak perasan saya sebelah awak tadi?

@nea_aleena: Please stop this! Nanti saya report polis pasal awak ni.

Aku dah hilang sabar. Lelaki miang macam ni memang tak boleh dibiarkan. Pantang betul bila dapat perempuan tinggal seorang, mesti cuba nak kacau. Silap la dia kalau dengan aku. Siap kau, jantan!

@langit_lanang: Amboi.. garangnya awak ni. Janganlah marah. Hilang comelnya.

Amboi.. Lebih-lebih dia ni. Aku dah bagi warning, dia boleh tambah pula perencah. Ni kalau depan muka, mau kena tumbukan hadauken padu darpada aku. 

@langit_lanang: Kucing awak dah bagi makan? Dah siap ke tulis blog awak tu? Cantik baju tidur awak malam ni.

Kepala aku berpusing 180 darjah secara tiba-tiba. Segenap bilik aku toleh sebab terasa seram dengan teguran lelaki gila tu. Aku agak dia cuba bergurau dengan aku. Cuba ganggu emosi aku dengan kata-kata gila macam tu.

@nea_aleena: HEY, JANTAN! AKU BAGI LAST WARNING. SEKALI LAGI KAU MESSAGE AKU, AKU BAGITAU ABANG AKU! AKU AKAN REPORT POLIS. SERIOUSLY!

Aku cuba gertak dia sikit. 

@langit_lanang: Hahaha. Jangan tipulah. Saya tahu awak tinggal seorang dalam rumah ni.

MasyaAllah! Ini betul-betul bahaya. Aku rasa dia ni memang dah lama stalk aku. 

@langit_lanang: Kalau awak cuba telefon polis pun, bukan boleh tangkap saya.

Dia berani sambung ugutan dan gangguan kepada aku. Sebagai langkah berjaga-jaga, aku keluar dari bilik, berjalan ke sekeliling rumah untuk cek kunci pintu dan tingkap. Aku masuk semula ke bilik dan kunci pintu. Bila aku kembali melihat laptop, terkejut aku dengan message baru dia.

@langit_lanang: Hah! Awak takut saya masuk dalam rumah ke? Tak guna pun kalau awak kunci semua pintu tingkap. Kalau saya nak masuk, saya masuk je!

Aku rasa seriau dengan jantan miang ni. Lalu, aku syak, mungkin dia sedang  stalk aku dari jauh. Dari tempat duduk tu, aku menjengah ke luar tingkap. Ish, mustahil la pula sebab berhadapan dengan bangunan aku ni hanya bukit dan tiada bangunan lain. Gigih betul dia nak guna teleskop tengok bintang semata-mata nak perhatikan aku.

@langit_lanang: Jangan risau, sayang. Saya dah lama perhatikan awak. Awak je yang tak pernah perasan.

@nea_eleena: BODOH! Jangan main-main la. Kau ingat aku percaya ke?

@langit_lanang: Hahaha. Percayalah sayang. Sekejap. Biar aku buktikan.

Dia pun hantar satu gambar. Aku perhati elok-elok. YA ALLAH! Itu gambar aku menghadap laptop dalam bilik ini! Dengan baju yang sama, waktu yang sama... Kegilaan apa semua ni?!

Aku berlari ke tingkap dengan tujuan untuk menutup langsir. Tapi waktu aku dekat dengan tingkap, aku dapat lihat pada abahagian bawah tingkap tu...

 Tapi waktu aku dekat dengan tingkap, aku dapat lihat pada abahagian bawah tingkap tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Fin - New Follower

Apabila MalamWhere stories live. Discover now