2. ... Ke Dah Tahu?

693 23 6
                                    

Hampir tiga bulan dah aku duduk di asrama ni. Maklumlah, sejak bergelar siswazah ni, nak tak nak kenalah akur pada kemahuan menuju puncak menara gading . Cehcehceh~ Kadang-kadang datang juga rasa homesick tu. Rindu pada Mama dan Papa. Lagi-lagi pada baby kesayangan aku, si comel Leonard tu! Asal rindu je, aku akan selak segala gambar dan video yang ada dalam smartphone ni dan lepaskan puas-puas! Geram betul setiap kali menonton video Si Leonard tu. Dengan  badan membulat dan semakin tembam tu. Mana taknya, celik mata je minta makanan. Kalau aku tak bagi sebab nak suruh dia diet sikit, Mama pula dok melayan dia. Manja betul! Tapi bila dah berjauhan ni, tak dapat peluk Leonard rasa kosong pula atas katil tu.

"Aduhai sahabatku, tak jemu ke menatap wajah Leonard kau tu?" tegur Yanti yang baru je selesai mandi. Entah apa tabiat perempuan ni, suka sangat mandi tengah malam.

"Rindu lah. Ibu dia pergi jauh ni, risaulah makan ke tidak, sihat ke, Mama jaga baik-baik ke.."

"Bongok. Tu kucing je lah! Nak beri-ibu bagai. Kau habiskan belajar ni, pergi kahwin. Ada anak nanti lantak kau la nak ber-ibu-mama dengan anak manusia." Amboi, pantas dan pedas mulut Si Yanti tengah-tengah malam ni. Tahulah dia tu bekas naib johan pemidato daerah Segamat ni.

"Kau apa tahu, kau kan pembenci flora fauna ni. Asal nampak kucing je, allergic la, asma la. Pigidah~"

"Sorry sikit, fauna je aku anti sikit. Tapi flora aku suka sebab rumah aku memang penuh dengan tumbuh-tumbuhan hijau ni. Ayah aku siap buatkan buaian kat pokok tau. Supaya senang aku nak bertenggek kata dia."

Si Yanti ni masuk sekali dengan aku, tapi kami tak sama course. Aku ambil Mass Comm dan dia Perakaunan. Baik je budaknya. Rajin pula tu. Tapi dia kata dia ni sudah terlajak dua semester sebab dia tangguh setahun lalu. Ayah dia sakit, jadi dia balik jaga ayah dia. Lepas tu baru sambung balik. Nampak tak betapa caring-nya aku. Kata Mass Comm, mestilah peramah dan pandai berbual. Hari pertama masuk sini, aku jumpa dia dan kami terus rapat. Dia pun rajin melayan perangai aku. Sister forever~

Aku selalu balik hujung minggu sebab rumah aku pun dekat Bukit Gambir saja. Rajin la Mama dan Papa datang hujung minggu. Tapi minggu ni, kali pertama aku tak balik sebab ada program sempena final exam beberapa minggu lagi. Itulah.. balik setiap minggu pun masih rindu pada rumah. Haih.. Rumah Yanti pun dekat-dekat sini juga. Dia ada minta untuk tidak tinggal di asrama supaya senang dia nak ulang-alik. Tapi pihak universiti tak bagi sebab bilik untuk pelajar siswi memang dah ditetapkan dari awal.

Yanti ni memang spesies budak rajin, in fact terlalu rajin. Hari biasa kuliah, dia jarang balik bilik. Hari yang aku selalu jumpa dia di bilik adalah pada hari Khamis. Hari-hari lain dia kata dia lepak dekat perpustakaan sebab kelas dia padat setiap hari. Yelah, dah tertangguh dua semester, naya weh nak kejar semula. Kesian Yanti. Hujung minggu bilik kosong la sebab aku dan Yanti akan balik rumah masing-masing. Tapi minggu ni, Yanti kata nak teman aku sebab risau la konon nak biarkan aku sendirian. 

"Alin, kau ada dengar cerita budak Blok Teratai tak?" Yanti tiba-tiba bersuara sambil dia menyikat rambutnya yang panjang mengurai di hadapan cermin. Rambut Yanti memang sentiasa nampak bersinar dan wangi. Dia kata Mak dia ada ajar buat minyak dari bunga-bungaan. Aku tak pernah tanya resepi sebab selain rambut aku kerinting, aku ni maha pemalas.

"Cerita apa? Pecah masuk? Tangkap khalwat? Siswa menyamar?" aku tak lah tunjuk minat pada cerita tu sangat. Tangan aku masih membelek gambar Leonard kesayangan hati. Setiap minggu mesti ada je cerita dari blok siswi ni. Macam-macam kes dari mencuri, membuli sampailah aktivi tak senonoh.

"Bukanlah. Ini cerita lain. Mistik beb." kata Yanti dan bergerak ke meja study. Aku tahulah rambut dia cantik, dia biarkan lepas macam tu je. Dia duduk menghadap tingkap seperti selalu.

Apabila MalamDove le storie prendono vita. Scoprilo ora