4. Jenguk-jenguk, Tengok-tengok

608 16 1
                                    

KRINGGG!!

Bunyi yang paling ditunggu-tunggu oleh seluruh pelajar sekolah aku ni. Semua mula bergerak keluar dari kelas dan menuju ke arah dorm masing-masing. Samalah juga aku. Tapi sebelum sampai ke dorm, aku singgah dulu di kantin bersama Zafril. Semalam aku bertaruh dengan Zafril, siapa yang tidur dahulu, hari ini kena belanja minum. Gigih jugalah kami menahan mata sampai pukul 2.30 pagi semata-mata nak menang. Akhirnya Zafril yang menyerah dan tidur dahulu. Walaupun tak seberapa pun pertaruhan tu, kemenangan ini membuatkan aku rasa seperti johan Spontan Supertar! Aku memang tak suka kalah. Selagi mampu, pasti aku mahu menang semuanya!

"Eleh.. Sudahlah, Mirul. Bangga sangat menang berjaga malam. Kalau dapat markah tinggi ke hape ke, nak bangga sampai macam ni memang patutlah!" Zafril menjeling comel muka aku sambil menyerahkan air tin perasa anggur kepada aku.

"Itu kata-kata loser, Ril. Loser! Hahaha~ Kau takkan faham perasaan menang sebegini hebatnya."

"Cet. Pigidah. Okay, malam ni kita repeat lagi. Siapa kalah, esok belanja makan Kedai Mak Som Corner. Ada bran, bro?" wah, berani betul Zafril melontarkan cabaran yang tidak seberapa hebatnya itu kepada aku. Tapi takpe, aku tak perlu risau. Sebab sudah pasti yang makan di Kedai Mak Som Cormer tanpa perlu mengeluarkan belanja apa-apa adalah aku!

"Set! Malam ni aku pun memang stay up untuk ujian esok. Habis la kau, Ril.." aku masih mampu memberikan ugutan kepada Zafril yang kelihatan begitu berkeyakinan.

Kami terus bergerak untuk prep petang. Ada pelajar yang ambil masa ini untuk bersukan dan beriadah. Ada yang duduk memerap dalam perpustakaan untuk menelaah buku dan nota. Namun, itu semua aktiviti untuk manusia biasa. Aku dan Zafril ada benda yang lebih berfaedah untuk dibuat. Gazebo di belakang dorm kami menjadi pilihan. Selain warden jarang lalu, budak-budak pun tak ramai lepak di situ. Ya, aktiviti kami setiap petang sebelum Maghrib adalah melepak sahaja.

Kali ni sesi melepak kami ditemani Daus dan Amir. Dua pelajar junior, tapi nak berlagak mesra dengan senior-senior cool macam aku dan Zafril. Aku layankam saja diorang ni. Sekurang-kurangnya dalah juga info terkini dan cerita adik-adik junior yang cun. Pernah aku suruh diorang adjust-kan aku dengan Hayati. Pergh.. comel betul dia tu. Kalau dapat couple mesti hidup aku bahagia selamanya. Namun, sampai sekarang tak dilayan. Walaupun sudah hampir tiga bulan, aku sabar je untuk bagi Hayati peluang memikirkan masa hadapan yang bakal kami lalui bersama. Cewah.

"Abang-abang ada dengar cerita seram pasal dorm sebelah abang semalam?" tiba-tiba Daus bertanyakan soalan yang selalunya kurang senang dibincangkan. Bila dia sebut 'dorm sebelah' dan 'seram', itu menarik minat aku.

"Seram? Apa dia? Cerita hantu '...ke dah tahu?' tu ke? Kalau cerita tu, mana-mana asrama pun ada. Klise, klise. Cerita lain, Daus." Zafril menolak cadangan kisah Duas dengan penuh takbur. Padahal, bukan aku tak tahu, dia ni adalah manusia paling penakut pernah aku kenal. Elak Daus cerita sebab dia kecut la tu!

"Tak bang! Bukan cerita seran tu. Ni cerita pasal nenek cari cucu."

Aku dan Zafril berpandangan sesama sendiri. Beberapa detik selepas itu, kami gelak bagai nak gila.

"Kau ni Daus. Apa ke benda cerita nenek boleh jadi cerita seram?! Siapa yang cerita kat kau tu? Bagi aku selegi kepala dia. Nak buat cerita seram pun, bijak sikit la. Hadui.." kata aku dalam masih tak berhenti ketawa tu. Betul la, kalau cerita seram macam Makcik Karipap ke, perempuan mengilai ke, hantu rambut ke, itu barulah seram. Ini nenek..

"Betul bang, sumpah! Abang Khairil yang kena tu siap kena hantar balik rumah. Demam teruk. Dia kata malam tadi ada nenek cari cucu datang dorm dia. Bila nampak je muka nenek tu, dia pengsan bang. Pagi ni tak bangun, terus hantar hospital." dengan bersungguh Amir menyokong cerita seram Daus tu.

Apabila Malamحيث تعيش القصص. اكتشف الآن