Chapter 1

753 25 2
                                    

Kehidupan tidak selalu indah. Setiap manusia pasti mempunyai masalah tersendiri. Tidak kiralah masalah itu untuk orang kaya atau orang miskin. Yang pasti, hidup ini penuh dengan masalah. Begitu juga dengan nasib aku. Di sini, aku tidak menyatakan yang aku tidak pernah menghadapi masalah. Aku pernah hadapi masalah tetapi aku tidak dapat merasakan masalah yang aku hadapi itu berat kerana mama selalu ada di samping aku. Seberat mana pun masalah itu, apabila mendengar kata-kata mama, aku pasti akan berasa tenang.

Namun, segalanya berubah apabila usia ku mencapai 16 tahun. Keluarga yang harmoni hancur begitu sahaja. Hal ini berlaku kerana kesilapan papa ketika dia berada di Australia selama dua tahun. Papa berada di Australia selama dua tahun kerana urusan perniagaan keluarga kami. seingat aku, papa pergi ke sana bersama pembantu peribadinya yang kini menjadi ibu tiri aku. Kecurangan papa terhadap mama berlaku ketika papa di Australia. Pembantu peribadi papa hamil. Mama mengetahui hal itu. Semenjak itu, mama hidup dalam keadaan muram. Malah, mama juga hilang pendoman hidup. Mama selalu tertekan. Aku mula berasa terabai. Disebabkan kandungan, keluarga yang harmoni bertukar menjadi sebuah keluarga yang tragis.

Setiap hari dan setiap malam, mama dan papa sentiasa bergaduh tanpa alasan yang jelas. Aku selalu mendengar pergaduhan itu. Gara-gara wanita yang menghamilkan anak papa itu, papa menjadi agresif dan mula memukul mama. Aku cuba menghalang papa tetapi aku juga ditampar. Aku mula merasakan yang kasih sayang papa terhadap mama dan aku sudah mula hilang. Pergaduhan demi pergaduhan terus berlaku. Pergaduhan yang berlaku telah berubah menjadi sebuah peristiwa yang sangat tragis buat aku. Suatu hari, pergaduhan berlaku antara papa dan mama. Tanpa papa sedari, dia tertolak mama jatuh tangga. Insiden itu telah membunuh mama.

Kasih sayang aku terhadap mama yang terlalu mendalam telah membuatkan aku bertindak melaporkan papa kepada polis. Namun, semuanya tidak guna. Papa mempunyai duit yang banyak. Duit yang cukup untuk merasuah orang lain agar rahsianya tidak terbongkar. Aku berasa tidak terdaya untuk melakukan apa-apa untuk mama. Jadi, aku mendiamkan diri ku seketika dengan harapan aku boleh membalas semua perbuatan papa dan perempuan itu kepada mama.

Selepas dua minggu mama meninggal dunia, papa membawa perempuan itu pulang ke rumah. Perempuan itu mempunyai seorang anak lelaki yang usianya 18 tahun ketika itu. Kehadiran wanita itu ke dalam rumah aku membuatkan aku bertambah marah dan kecewa. Malah, aku berasa bertambah sakit apabila aku dipaksa untuk memanggil anak lelaki wanita itu dengan gelaran abang. Kemarahan demi kemarahan melanda diri aku sehinggakan hati nurani aku hilang. Di dalam diri ku hanya berbisik yang anak di dalam kandungan itu punca segalanya. Disebabkan aku telah kehilangan mama dan hidup aku menderita, jadi aku tidak akan membiarkan wanita itu hidup bahagia.

Aku melakukan hal yang sama seperti yang papa lakukan kepada mama. Aku menolak wanita itu jatuh dari tangga. Kejadian itu telah menyebabkan wanita itu berada dalam keadaan kritikal dan anak yang di dalam kandungannya keguguran. Aku berasa senang sekali. Akhirnya, anak yang dikandung oleh wanita itu mati. Malangnya, kejadian itu tidak berhenti di situ sahaja. Gara-gara aku sudah mencederakan wanita itu, papa mengusir aku keluar dari rumah. Wang dan kad kredit ku telah disekat oleh papa. Aku keluar dari rumah itu sehelai sepinggang. Namun, hal yang dilakukan oleh papa itu langsung tidak mengejutkan aku. Aku sudah tahu yang perkara sedemikian akan berlaku. Jadi, aku menyediakan payung sebelum hujan. Aku telah membuka akaun peribadi yang papa tidak tahu. Sebelum kejadian itu berlaku, aku telah memindahkan wang jutaan yen ke dalam akaun peribadi ku sebagai bekalan pada masa hadapan. Selepas papa mengusir aku, aku langsung tidak pulang ke rumah. Aku membuat pertukaran sekolah tanpa pengetahuan papa dan aku menghilangkan diri dalam keadaan misteri. Mulai detik itu, aku mencorak kehidupan aku sendiri tanpa bantuan daripada sesiapa. Zaman Hanazawa Arisa sebagai anak kepada President Hanazawa sudah pun tamat. Kini, aku hanyalah Hanazawa Arisa yang tidak mempunyai apa-apa.


The Love of Revenge (Malay Version)Where stories live. Discover now