Chapter 31: Bongkar

165 8 0
                                    

Lee Hanbyul/Hanazawa Arisa

Hari ini merupakan hari membongkarkan identity aku. Aku memberitahu Kaito yang aku tidak pulang ke rumah Lee Jun kerana Lee Jun sakit. Sebenarnya aku berbohong. Aku kembali ke rumah kerana aku ingin memastikan rancangan hari ini berjalan dengan lancar. Pagi itu, aku berdiri di hadapan cermin di dalam bilik ku. Aku melihat diri ku di dalam cermin tersebut. Diri ku yang diliputi dengan gaun berwarna putih serta wajah bersolek. Kemudian, aku memandang perut ku yang semakin membuncit. Aku menyusap perut ku.

Sayang, mama mungkin tidak akan wujud dalam hidup kau. Maafkan mama kerana melahirkan kau di dunia ini nanti. Mama amat menyayangi kau tetapi mama mahu meneruskan dendam ini. Hidup mama dipenuhi dengan dendam. Bisik hatiku.

"Kakak sudah bersedia?" Kehadiran Lee Shin mengejutkan aku. Aku menoleh memandang Lee Shin. "Kakak, okay?" Tanya Lee Shin.

"Ya. Kakak okay." Balasku kepada Lee Shin. Lee Shin mengangguk dan aku mengekori Lee Shin dari belakang.

Lee Shin memandu kereta untuk ku. Dalam jam 10 pagi, aku dan Lee Shin tiba di Hanazawa Group. Lee Shin memimpin aku sehingga ke depan dewan. "Kakak bersedia?" Tanya Lee Shin sekali lagi. Aku mengangguk. Kemudian, kami berdua masuk ke dalam dewan. Aku sengaja duduk di belakang kerana aku tidak mahu orang syak sesuatu manakala Lee Shin terus maju ke hadapan sehingga tiba di pentas. Dari belakang, aku melihat Kaito dan papa duduk bersama. Aku juga melihat adik-beradik Arima. Kelihatannya, sudah tiba masanya aku muncul sebagai Hanazawa Arisa.

"Selamat pagi, semua. Saya telah mengemukakan notis bahawa saya akan mengumumkan kehadiran Pengerusi Hanazawa Arisa. Memandangkan, Pengerusi Hanazawa Arisa sudah kembali ke syarikat ini, secara rasminya saya sudah tiada hak dalam pengurusan syarikat ini. Saya, Miyazano Shin ingin menjemput Pengerusi Hanazawa Arisa naik ke pentas untuk memperkenalkan diri dan memberi sedikit ucapan." Sejurus Lee Shin mengumumkan nama aku, aku dengan senang hatinya bangun dan berjalan menuju ke hadapan. Semua audience di dalam dewan itu terkejut dan keliru apabila melihat ku. Namun, aku tidak mempedulikan mereka. Aku terus berjalan ke hadapan dan mencapai microphone.

Hanazawa Rui dan Arima Takumi amat terkejut melihat aku tetapi Kaito dan Neji serta Encik Minato langsung tidak terkejut. Namun, reaksi Kaito terhadap kemunculan aku di pentas amat mengelirukan aku. Tetapi aku harus mengabaikan reaksi Kaito kerana ada sesuatu yang lebih penting hendak dilakukan. "Selamat pagi, semua. Sebelum saya memberi ucapan, saya ingin memohon maaf kepada kamu semua. Maafkan saya kerana saya telah menipu kamu semua selama ini. Sayalah sebenarnya Hanazawa Arisa." Kataku sambil menunjukkan kad pengenalan aku di hadapan. Semua orang terkejut. Keadaan dewan mula jadi tidak terkawal. Semua orang saling berbisik. "Saya mohon kamu semua untuk bertenang. Sejujurnya, banyak perkara sudah berlaku kepada saya. Mungkin sukar untuk saya menjelaskannya satu persatu kepada kamu semua. Bukan niat saya untuk menyembunyikan diri dengan identiti yang lain. Tetapi saya melakukan semua ini kerana saya terpaksa dan juga demi menyelamatkan nyawa saya sendiri. Kepada pemegang saham lama, kamu semua pasti amat familiar dengan nama saya kerana kamu tahu saya ialah anak kepada Hanazawa Rui. Saya juga percaya yang kamu tahu bahawa saya mengalami kemalangan pada sebelas tahun yang lalu. Alasan saya menyembunyikan diri kerana ada seseorang yang ingin membunuh saya melalui kemalangan pada sebelas tahun yang lalu. Apabila saya mendapati bahawa saya masih bernyawa, saya menyedari bahawa hidup saya akan berada dalam bahaya. Jadi, demi menyelamatkan diri saya, saya menggunakan identiti baharu untuk melindungi saya. Wajah saya berlainan daripada gambar kad pengenalan ini. Hal ini kerana saya melakukan pembedahan plastik ke atas wajah saya yang musnah akibat kemalangan. Memandangkan saya telah kembali ke syarikat ini sebagai pengerusi, saya memohon kepada semua para pekerja dan juga pemegang saham agar terus memberi dorongan kepada saya. Saya berjanji akan membangunkan Hanazawa Group menjadi sebuah syarikat global. Walau bagaimanapun, seperti yang kalian semua tahu, saya seorang wanita yang mempunyai banyak perniagaan di sini. Oleh itu, saya ingin menetapkan Miyazano Shin sebagai pengerusi di syarikat ini sebagai wakil saya. Harap semua pekerja memberi kerjasama kepada saya. Terima kasih." Tepukan gemuruh dipenuhi dewan. Mataku melihat Lee Shin dan Lee Shin melihat aku sambil tersenyum.

Ketika itu, aku melihat Kaito meninggalkan dewan. Manakala aku pula berdiri di atas pentas bersama Lee Shin sehingga upacara tamat. Sebaik sahaja upacara tamat, aku dan Lee Shin masuk ke pejabat pengerusi. "Kakak harus kembali ke pejabat kakak. Di sini, biar saya urus." Kata Lee Shin. Aku tersenyum kepada Lee Shin lalu melangkah keluar dari pejabatnya.

Di saat aku sedang turun tangga, aku melihat papa berdiri di penjuru tangga. Dia seperti menanti kehadiran aku. Aku berdiri di hadapannya tanpa memandang wajah papa. "Arisa, mari kita berbincang. Banyak perkara yang papa mahu bual bersama kamu." Kata papa kepada aku. Aku tidak berkata apa-apa kepada papa dan terus berjalan ke taman di belakang pejabat. Papa pula menyusul aku. Apabila tiba di taman, aku duduk di atas bangku sambil mengadap taman yang mekar dengan tumbuh-tumbuhan. Papa pula berdiri di sebelah bangku yang aku duduk. "Benarkah kau ialah Hanazawa Arisa, anak ku?" Tanya papa kepada aku.

"Tidak. Hanazawa Arisa sudah mati. Kau dan Hanazawa Eri yang sudah membunuhnya." Balasku.

Kemudian aku mendengar papa meraung sambil melutut kepadaku. "Kenapa? Kenapa kau melakukan ini, Arisa? Kenapa kau tidak memberitahu papa yang kau masih hidup?" Tanya papa kepadaku.

"Kenapa? Sebab pengetahuan kau tentang ini tidak akan mengubah apa-apa. Sama ada kau tahu aku hidup atau tidak, tiada apa yang akan berubah. Aku tetap dengan cara hidup aku dan dikau dengan cara hidup dikau." Papa terus meraung dan melutut di hadapan ku. Aku menjeling ke arah papa. "Kau rasa lega apabila mendengar Hanazawa Arisa yang kau dan Eri mahu hapuskan masih hidup? Jangan berangan untuk kau berasa lega. Dendam aku masih belum berakhir. Aku masih belum memutuskan apa hukuman kepada seorang yang bersubahat dalam kematian mama."

"Arisa, maafkan papa. Papa melakukan semua itu kerana papa tidak mahu masalah bertambah besar."

"Tidak mahu masalah menjadi lebih besar? Demi mempertahankan seorang pembunuh, kau sanggup mencampak anak dan juga isteri kau. Apa yang aku lakukan hampir sama dengan kau. Disebabkan aku tidak mahu masalah bertambah besar, aku mencampak kau dari hidup aku. Harap kau rasa bagaimana hidup sebagai pengemis selepas ini." Balasku lalu berdiri dan meninggalkan papa.

Namun, papa menarik tangan ku. "Arisa, maafkan papa. Papa tidak berniat untuk melakukan semua itu. Papa tidak berniat untuk mengusir kau dari rumah. Papa hanya mahu kau menerima Eri sebagai ibu kau. Namun, keadaan menjadi sebaliknya. Papa tidak pernah meminta untuk semua ini terjadi."

"Adakah kau masih manusia? Bagaimana kau boleh meminta aku menerima pembunuh sebagai ibu aku? Selepas ini, jangan kau pernah menyebut papa di hadapan aku lagi. Sebab di dunia ini, aku hanya ada seorang papa sahaja, iaitu Lee Jun. Hanya dia, papa yang aku ada. Walaupun dia tiada hubungan darah dengan aku tetapi dia menjalankan tanggungjawabnya sebagai papa. Dia lebih memihak kepada anaknya berbanding dengan orang luar. Semenjak kau mengusir aku dan memilih untuk hidup bersama pembunuh, kau sudah hilang hak sebagai seorang bapa. Selamat tinggal, bapa mentua ku." Aku melepaskan genggamannya lalu berjalan menuju ke kereta ku. Bukan aku tidak sedih melihat darah daging ku merayu tetapi aku tidak dapat memaafkan dia atas perbuatan yang telah dia lakukan kepada aku dan juga mama.


The Love of Revenge (Malay Version)Where stories live. Discover now