Chapter 19: Ciuman di Musical Cafe

184 8 0
                                    

Keadaan Hanazawa Eri dipenuhi dengan keresahan. Aku sangat beruntung kerana pemerhati aku boleh diharap. Pada masa yang sama, Emma mula membongkar satu persatu kes mengenai diri ku dari aku belum mengenalinya sehingga riwayat ku sebagai Hanazawa Arisa tamat. Untuk sementara waktu, aku masih belum mempunyai apa-apa rencana. Aku mahu melengahkan waktu seketika sebelum aku meneruskan rancangan seterusnya.

Di saat aku sedang memikirkan rencana seterusnya, jari-jemari ku menekan setiap kekunci piano dengan muzik "Kiss the Rain" yang dicipta oleh Yiruma di sebuah kafe yang pernah aku kunjungi suatu ketika dahulu. Muzik "Kiss the Rain" sepatutnya berirama sedih dan tenang tetapi aku memainkan muzik itu mengikut emosi yang aku rasa. Itu membuatkan muzik itu berbunyi agak aneh sedikit. Setelah tamat aku memainkan muzik itu, bunyi tepukan tangan didengari. Aku menyangkakan tepukan itu dari salah seorang pelanggan di café tersebut tetapi ternyatanya aku silap. Hal ini kerana tempat yang aku main piano itu agak privasi. Jadi, aku memutuskan untuk melihat dari mana bunyi tepukan itu datang. Tanpa aku menyangka, aku melihat Kaito berdiri di hadapan ku sambil menepuk tangan.

"Sudah lama aku tidak mendengar muzik itu. Aku tidak menyangka yang kau sangat pandai bermain piano." Kata Kaito kepada ku.

Aku tersenyum. "Sudah lama kita tidak bertemu. Bagaimana khabar kamu?" Soalku seperti biasa.

"Khabar aku baik sahaja." Balas Kaito lalu duduk bersebelahan dengan ku di atas bangku piano.

"Apa maksud kau yang kau sudah lama tidak mendengari muzik itu? Muzik "Kiss The Rain" boleh didengari di mana-mana sahaja. Youtube, facebook dan sebagainya." Soalku.

"Kau benar aku boleh dengar muzik itu di mana-mana sahaja tetapi bukan piano cover. Hanazawa Arisa selalu memainkan muzik itu. Hanazawa Arisa merupakan pemain muzik piano. Tambah-tambah lagi dalam bidang piano dan biola." Jawab Kaito.

"Wah, sungguh hebat adik kau." Pujiku.

"Aku tidak tahu sama ada kehadiran kau ini anugerah ataupun kebetulan. Walaupun wajah kamu berdua berbeza tetapi kadang kala gaya kau dan Hanazawa Arisa sama. Apabila aku berada di sisi kau, aku boleh merasakan yang aura kau dan Hanazawa Arisa sangat mirip."

"Adakah kau amat merindui adik kau?"

"Aku tidak tahu sama ada aku berhak menyatakan yang aku merinduinya. Hanazawa Arisa tidak pernah menganggap aku sebagai abangnya. Aku tahu yang Hanazawa Arisa amat membenci aku kerana aku merampas segalanya daripadanya. Gadis itu tidak pernah menunjukkan senyuman yang ikhlas kepada keluarganya. Boleh dikatakan senyuman ikhlas yang pertama kali aku lihat dari bibir Hanazawa Arisa adalah semasa dia mengahwini Arima Takumi. Semenjak itu, aku hanya mengharapkan agar Takumi boleh menjaganya dan melindunginya. Malangnya, jodoh mereka tidak panjang. Kekadang, ada bagusnya Hanazawa Arisa meninggal dunia. sekurang-kurangnya, dia tidak perlu hidup dalam penderitaan lagi tetapi adakalanya aku menginginkan dia hidup. Aku mahu dia merampas semula haknya daripada aku." Aku hanya diam. "Aku tidak sepatutnya menceritakannya kepada kau. Tetapi aku merasakan hanya kau sahaja yang boleh mendengar luahan ku." Kata Kaito kepada ku lagi.

"Aku tidak kisah mendengar luahan kau. Setiap manusia mempunyai masalah tersendiri. Sama seperti aku. Aku juga mempunyai masalah tersendiri." Balasku.

"Setiap kali aku mempunyai masalah, kau pasti ada. Kenapa kau begitu baik?" Soal Kaito kepada aku.

"Aku bukannya baik tetapi aku merasakan yang aku boleh memahami kau."Jawabku. Kaito perlahan-lahan memegang tangan aku.

"Tangan kau kecil dan lembut seperti Hanazawa Arisa." Kata Kaito lalu mencium bibirku. Aku tidak membalas ciumannya. "Maafkan aku. Walaupun kau dan adik aku mempunyai banyak persamaan tetapi aku tidak boleh menafikan yang aku menganggap kau sebagai seorang wanita." Kata Kaito sambil menyetuh leher ku.

"Kau tidak perlu meminta maaf kepada aku kerana aku merasakan hal yang sama." Kataku lalu mencium Kaito. Malam itu kami berkongsi ciuman.

The Love of Revenge (Malay Version)Where stories live. Discover now