Chapter 7: Cinta Pandang Pertama

219 9 1
                                    

Dua minggu kemudian, CEO Arima keluar dari hospital. Hari yang CEO Arima keluar dari hospital merupakan hari aku memulakan tugasan ku sebagai jururawat peribadi CEO Arima. Aku mengiringi CEO Arima sehingga ke rumahnya. Aku boleh katakan yang orang tua seperti CEO Arima ini tinggal berseorangan dan amat kesunyian. Aku amat bersimpati dengan keadaannya. Disebabkan itulah, aku mengambil pelawaannya untuk tinggal di dalam rumah agam milik CEO Arima.

CEO Arima pulang ke rumah pada waktu senja. Jadi, sebagai seorang jururawat, aku mesti memastikan pemakanannya serta ubatan yang dia perlu ambil. Pada masa yang sama aku terpaksa memberi tumpuan kepada pembelajaran ku. Memandangkan aku ialah mahasiswa dalam bidang perubatan di Tohoku University, kerja projek dan kajian-kajian perubatan amat banyak. Aku tahu yang aku tiada masa tetapi aku cuba sedaya-upaya untuk melakukan kedua-dua kerja dalam masa yang sama. Jam 5 petang, aku datang ke bilik CEO Arima bersama dulang yang berisi semangkuk bubur, minuman petang serta segelas air kosong.

"Nampaknya, saya perlu makan di waktu petang ini." Kata CEO Arima kepada ku sambil tersenyum.

"Yeah. Tuan tidak makan dari tengahari tadi." Balasku.

"Jangan panggil tuan kepada saya. Panggil sahaja datuk. Saya lebih selesa dengan panggilan itu memandangkan saya melihat kamu seperti cucu saya. Tambahan pula usia kamu pun sebaya dengan cucu saya." Jawab CEO Arima. Aku hanya tersenyum sambil tangan ku menghidangkan bubur, minuman petang dan segelas air.

Ketika aku sedang menghidang makanan untuk CEO Arima, seorang lelaki masuk ke dalam bilik mengejutkan aku dan CEO Arima. Lelaki itu seperti mahu bercakap sesuatu tetapi terhenti apabila melihat aku. "Arima Takumi, ini ialah jururawat datuk. Nama dia, Hanazawa Arisa." CEO Arima memperkenalkan aku kepada cucunya. "Arisa, dia adalah cucu kedua saya, Takumi!" CEO Arima memperkenalkan aku kepada Takumi. "Kamu berdua pasti pernah bertemu memandangkan kamu berdua belajar di universiti yang sama." Tambah CEO Arima.

"Yeah. Saya pernah nampak dia. Dia pelajar tahun pertama dalam bidang perubatan di Tohoku university." Ujur Takumi.

"Oh, jadi kamu tahu dia." Kata CEO Arima sambil tersenyum. "Arisa, Takumi merupakan pelajar sains kesihatan tahun ketiga. Kamu pasti berjumpa selalu kerana kamu berdua belajar di bawah pusat pengajian sains perubatan." Tambah CEO Arima.

Ketika CEO Arima sibuk bercakap, Takumi memandang aku tanpa berkedip. Keadaan itu membuat situasi yang aku berada sangat kekok. Disebabkan itu, aku keluar sejurus sahaja menghidangkan CEO Arima makanan. Mata Takumi terus melihat aku sehingga aku keluar dan menutup pintu. Apabila aku keluar dari bilik CEO Arima, aku dapat merasakan debaran di hati aku. Bayangan Takumi kelihatan di fikiran ku. Degupan jantung ku berdenyut dengan kencang.

Kepentasan dengupan jantung lebih dapat dirasai, apabila Takumi muncul di hadapan aku. Mata ku berkelip beberapa kali. Lakaran di wajah ku jelas kelihatan menunjukkan aku terkejut dengan kemunculan Takumi. "Jadi kau yang menyelamatkan datuk pada tempoh hari? Aku sepatutnya mengucapkan terima kasih kepada kau kerana kau menyelamatkan datuk aku." Kata Takumi kepada ku. Aku tidak membalas kepada Takumi dengan kata-kata. Aku hanya mengangguk dan beredar ke dapur. Takumi menyusul ku kemudian. "Kau memang tak suka bercakap banyak, kan? Tetapi aku ada soalan kepada kau. Adakah kita pernah berjumpa sebelum ini? wajah kau sangat similar. Saya selalu merasakan yang kita pernah berjumpa." Kata Takumi kepada ku.

"Maaf. Tetapi saya tidak pernah mengingati awak." Balasku.

"Tidak mengapa. Boleh saya panggil kamu Arisa?" Tanya Takumi. Aku hanya mengangguk.

Mulai saat itu, aku dan Takumi mula dekat. Keakraban kami membuatkan rasa cinta berputik. Tanpa aku sedari, aku telah jatuh cinta kepada Takumi. Cinta pandang pertama aku. Di dalam hati aku, aku mula merasakan putik-putik kebahagiaan aku. Takumi selalu berkata yang wajah aku amat similar dengan seseorang tetapi dia tidak dapat mengingati siapakah orang itu. manakala aku pula menafikan yang kata-kata Takumi itu benar. Namun, hubungan kami terus mekar dengan kebahagiaan.


The Love of Revenge (Malay Version)Where stories live. Discover now