Jika dihitung hari dan masa, rasanya sudah dua tahun aku hidup bersendiri. Selepas aku keluar dari rumah besar keluarga Hanazawa, aku menginap di sebuah bilik sewaan. Di bilik sewaan kecil itulah permulaan hidup baru ku. Selepas itu, nasib aku menjadi bertambah baik. Aku mendapat kerja sambilan dan kawan-kawan yang baru. Kehidupan orang biasa tidaklah begitu teruk. Boleh dikatakan, aku bahagia dengan kehidupan ini.
Hari ini merupakan hari kematian ibu aku. Selepas waktu bekerja tamat, aku pergi menziarahi pusara ibu aku. Di kubur ibu aku, aku boleh melihat yang tiada sesiapa menziarahi kecuali aku. Ini membuktikan yang papa langsung tidak peduli akan keadaan mama selepas dia mendapat keluarga baru. Bagaimana aku boleh memaafkan papa? Jika dia membenci aku disebabkan aku membunuh anak haramnya sekali pun tetapi sekurang-kurangnya datanglah melawat mama menunjuk rasa maaf. Benar yang dikatakan oleh orang ramai. Ibu mungkin tidak boleh melupakan anaknya tetapi bapa bila-bila sahaja boleh membuang anaknya. Aku tidak mahu mempercayai falsafah orang tetapi kata-kata orang jelas terbukti. Papa pasti bahagia sekarang. Namun, kebahagiaan papa bersama wanita itu atas penderitaan aku dan mama akan aku balas apabila tiba waktunya nanti.
Azam yang aku buat di hadapan pusara mama pasti akan tercapai suatu hari nanti. Aku tidak akan pernah membatalkan niat aku untuk menghancurkan kebahagiaan papa. "Arisa, kembali ke rumah papa semula." Suara saudara tiri aku, dahulu namanya Shirakawa Kaito kini berubah menjadi Hanazawa Kaito kedengaran.
"Cukuplah, Kaito. Kau tidak perlu berbohong kepada aku. Papa tidak akan sesekali menginginkan aku pulang ke rumah itu." Balasku.
Kaito kelihatan serba bersalah selepas mendengar kata-kata ku. Tanpa aku sedari, Kaito melutut di hadapan ku. "Arisa, aku tahu perbuatan ibu aku tidak sepatutnya tetapi menghancurkan hubungan kau dan bapa kau bukan sesuatu yang baik." Kata Kaito. Kebaikan Kaito membuatkan aku tidak memahami dengan dunia ini. Kaito seorang yang baik tetapi ibunya seorang yang jahat. Bagaimana orang yang baik boleh dilahirkan oleh seorang yang jahat?
"Berhenti melutut, Kaito. Aku menghormati kau sebagai abang aku kerana keperibadian kau. Kau tidak perlu berasa bersalah. Apa yang terjadi kepada aku tiada kaitan dengan kau. Semua ini terjadi kerana sikap jahat ibu kau dan kebutaan bapa aku. Berhenti berasa bersalah." Balasku kepada Kaito lalu pergi meninggalkannya di kawasan perkuburan.
Sejujurnya, hubungan aku dan Kaito tidaklah begitu baik tetapi sikap baiknya yang ikhlas dan jujur serta peduli akan keadaan ku membuatkan aku tidak tegar untuk menyakitinya. Disebabkan itulah, aku bersikap sederhana kepada Kaito walaupun kelihatan agar kasar di luaran. Selama dua tahun, Kaito tidak pernah berputus asa untuk menyatukan aku dan papa. Malangnya, aku terpaksa mengecewakan Kaito kerana kebencian aku kepada ibu Kaito dan juga sikap papa kepada mama. Namun, itu tidak bererti yang aku tidak akan pulang ke rumah itu semula. Aku akan pulang ke rumah itu setelah aku cukup kuat untuk menuntut bela atas kematian ibu aku.
Malam itu, selepas aku menziarahi pusara ibu aku, aku terus kembali ke kediaman aku. Bilik yang aku sewa amat kecil. Namun, peralatan asas seperti dapur, bilik air, katil dan meja tulis cukup buat kemudahan seharian ku. Apabila aku tiba di rumah, aku terus pergi ke meja tulis ku. Aku duduk merenung gambar mama dan aku. Gambar itu memperlihatkan wajah mama yang berseri. Jelas sekali yang gambar itu diambil sebelum papa berlaku curang kepada mama. Tanpa aku sedari, senyuman di bibir mama boleh hilang hanya sesaat sahaja. Setiap kali aku mengingati mama, air mata aku mengalir. Walaupun aku sedar yang air mata tidak dapat mengubah apa-apa tetapi hati berasa sedih apabila mengenangkan memori lama. Aku rindu keluarga aku yang bahagia. Malangnya, segalanya sudah terlambat.
Aku berhenti merenung gambar itu. Tangan kiri ku mengelap air mata yang mengalir sambil tangan kanan ku menarik laci meja. Di dalam laci meja itu terdapat beberapa dokumen rasmi. Aku menerima dokumen rasmi itu setahun yang lalu daripada peguam mama. Peguam mama memaklumkan kepada aku yang mama telah meninggalkan semua hartanya kepada aku. Elkie House, syarikat dan hartanah serta wang dipindahkan hak milik ke atas nama aku. Jika diikutkan situasi sebenar, aku masih berstatus orang kaya tetapi aku enggan mengakui status itu. Aku memilih untuk hidup bersendirian tanpa bantuan kerana aku mahu mencabar diri aku. Aku ingin mencabar diri aku supaya aku menjadi lebih kuat dan berani. Jika aku sudah cukup kuat dan berani, rancangan aku pasti akan menjadi lebih mudah. Untuk seketika, aku perlu melarikan diri dahulu. Aku bersumpah kebahagiaan papa dan perempuan itu tidak akan bertahan lebih lama. Selagi aku hidup, aku tidak akan mengizinkan mereka bahagia.

YOU ARE READING
The Love of Revenge (Malay Version)
RomanceKehidupan yang bahagia berubah menjadi tragis. Kesilapan seorang suami dan bapa telah membawa kehancuran kepada isteri dan anak. Perasaan yang terbelah bagi telah mengorbankan seseorang yang tidak bersalah. Kesakitan yang dirasai telah membuat seora...