Chapter 4: Arima Neji, pria baik hati

291 14 1
                                    

Pada keesokkan harinya sebelum matahari menjelma, seseorang datang mengetuk pintu bilik sewaan ku. "Arisa! Arisa!" Teriak manja nama aku sememangnya tiada orang lain, kecuali Arima Neji, sahabat aku dari beranak. Kami berdua kenal dari kecil. Aku tahu yang dia anak kepada Arima Kudo dan juga Arima Yuri. Ibunya dan ibu aku berkawan baik. Disebabkan itulah hubungan aku dan Neji baik sekali.

Aku bangun dari katil dan berjalan menuju ke arah pintu. Aku membuka kunci pintu. "Kenapa kau datang pagi-pagi buta?" Soal ku dengan mata yang masih mengantuk.

"Selamat hari lahir, Arisa." Ucap Neji. Aku hanya tersenyum kepada Neji. "Tak mahu jemput aku masuk?" Tanya Neji. Aku tidak dapat berkata apa-apa kecuali mempelawakannya masuk ke dalam rumah. "Semenjak kau meninggalkan rumah besar keluarga Hanazawa, hidup kau tidak tentu arah." Kata Neji sambil melihat sekeliling bilik sewaan ku.

"Berhenti sebut pasal keluarga Hanazawa. Aku tiada keluarga sekarang ini." Balasku.

"Dua tahun lalu kau pergi ke pejabat pendaftaran untuk mengeluarkan nama kau daripada keluarga Hanazawa tetapi bapa kau pula upah peguam untuk membatalkan permintaan kau. Nampaknya, bapa kau masih menganggap kau sebagai anaknya." Komen Neji.

"Entahlah. Aku tidak tahu apa yang papa fikirkan. Dia mengusir aku tetapi dalam pada itu, dia tidak membenarkan aku tukar nama keluarga. Kalau diikutkan, aku berhak menukar nama keluarga memandangkan aku diabaikan sepenuhnya." Balasku.

"Kau benar. Kita tidak tahu apa yang difikirkan oleh bapa kau. Jika aku memandang situasi kau, aku rasa bapa kau masih menyayangi kau tetapi dia tidak dapat membawa kau pulang kerana dia takut sesuatu berlaku kepada isteri keduanya. Jadi, dia membiarkan kau dan mempedulikan isterinya. Aku percaya yang dia yakin kau boleh hidup sendiri tanpa dia."

"Berhenti sebut pasal bapa aku. Dua tahun dia tidak pernah mempedulikan aku. Malah pusara ibu aku pun dia tidak peduli selepas dia mendapat keluarga barunya. Aku tetap dengan matlamat aku. Aku tidak akan membiarkan wanita yang menghancurkan keluarga aku serta bapa aku sendiri hidup bahagia." Sentap ku.

"Aku harap aku boleh tolong kau." Guman Neji.

"Hari ini hari bahagia aku. Jangan buat aku murung kerana mendengar cerita tentang bapa aku. Aku sudah cukup mempunyai masalah." Balasku.

Neji tersenyum. "Kalau begitu, mari kita sambut hari kelahiran kau." Kata Neji kepada aku sambil menghidang sebiji kek coklat putih kegemaran ku. Semenjak aku meninggalkan rumah besar keluarga Hanazawa, hari lahir aku hanya disambut berdua dengan Neji. Dalam banyak-banyak sahabat aku, Neji merupakan kawan yang mengingati tarikh lahir aku. Neji selalu sahaja menghiburkan aku. Setiap kali aku bersama Neji, aku pasti akan berasa gembira. Masalah aku pasti dapat aku lupakan seketika apabila aku bersama Neji.

Apabila matahari menjelma dengan sinaran terang menyerang, mata ku mula tercelik. Aku mendapati tubuh ku terbaring di atas sofa. Meja di hadapan ku dipenuhi dengan sampah dan sisa makanan. Malahan, aku juga melihat Neji tidur di atas sofa sambil memegang tin minuman cola. Aku melihat jam dinding. Jam itu menunjuk jam tepat 11 pagi. Rasanya aku tertidur selepas mengadakan jamuan kecil-kecilan. Aku bangun dari sofa. Kaki ku berjalan masuk ke dalam bilik mandi. Seperti biasa, aku akan mengadap cermin untuk mencuci wajah ku. Selepas selesai mencuci muka, aku keluar. Tangan ku mencapai beg plastic sampah berwarna hitam. Aku mengutip semua sampah yang terdapat di dalam rumah ku. Neji pula masih lagi berdengkur. Agaknya, dia tidur tidak cukup sebab ingin menyambut hari lahir ku. Aku membiarkan dia tidur di atas sofa.

Selepas selesai mengemas bilik sewaan aku, aku masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri ku serta menggantikan pakaian ku. Kira-kira 5 minit kemudian, aku keluar dari bilik air dengan rambut yang masih basah. Neji masih tidur. Aku duduk di ruang tamu sambil mengeringkan rambut ku dengan pengering rambut. Bising bunyian pengering rambut menyebabkan Neji terjaga dari tidurnya. "Mari aku tolong kau keringkan rambut." Pelawa Neji. Aku tersenyum sambil tangan ku menghulur pengering rambut. "Rambut kau masih cantik seperti dulu." Kata Neji sambil menyusap rambutku.

"Terima kasih. Kau tiada kelas hari ini?"

"Tiada. Aku hanya ada pengambaran di Nagasaki. Nanti aku ke sana." Jawab Neji.

"Hari ini aku free. Jadi, aku mahu menghabiskan masa aku di sekitar Tokyo."

"Baguslah. Sekurang-kurangnya kau tidak mengunci diri kau di dalam bilik sewaan ini." Balas Neji. Aku hanya ketawa kecil.

Sekitar jam satu petang, Neji dan aku keluar dari rumah tetapi kami mengikuti jalan yang berlainan. Memandangkan aku cuti, jadi aku ingin menghabiskan masa aku dengan membeli barang keperluan ke universiti. Namun, ketika aku hendak melangkah kaki masuk ke dalam pasaraya, aku secara tidak sengaja ternampak seorang jatuh sedang memegang dadanya. Dia kelihatan pucat sekali. Aku berlari ke arah orang tua yang tidak bermaya itu. "Tolong. Tolong bawa saya ke hospital." Nada orang tua itu sangat lemah. Aku menjadi gelabah. Di saat itu, aku sangat cemas. Aku hampir tidak tahu apa sepatutnya yang perlu aku lakukan. Jadi, aku telefon talian kecemasan memaklumkan situasi yang berlaku.

Malangnya, menunggu kehadiran bantuan amat lama. Orang tua itu pula sesak nafas. Memandangkan aku ada mempelajari tentang perubatan sebelum aku pergi temuduga untuk bidang perubatan di Kyoto University, pengetahuan tersebut aku gunakan untuk menyelamatkan orang tua tersebut. Aku memegang nadi orang tua itu. Jelas sekali nadinya lemah. Kemudian, aku membuka baju orang tua tersebut. Aku melihat ada kesan tompokan ungu di bahagian dadanya. Kesan yang aku lihat itu dapat ku duga orang tua itu mengalami pneumothorax. "Apa sudah berlaku?" Tanya orang tidak dikenali.

"Kau doktor?" Tanya seorang lagi.

"Lelaki ini mengalami pheumothorax. Bagi pen kepada saya." Kataku. Aku tidak pasti siapa yang memberi aku pen. Tetapi dengan pen itulah, aku guna untuk menyelamatkan orang tua itu. Aku tikam di tempat di mana kesan ungu itu kelihatan. Darah memercik kepada ku. Orang tua itu pula dapat bernafas dengan tenang. Aku membiarkan darah mengalir keluar. Ketika itu, bantuan pun tiba. Seorang lelaki yang berpakaian putih datang menghampiri tubuh orang tua itu. Dia memeriksa nadi dan seluruh tubuh orang tua tersebut.

"Nampaknya, situasinya selamat. Pheumothorax dia dirawat dengan baik. Nafasnya juga kembali normal. Cepat pindahkannya ke hospital." Arah lelaki berpakaian putih. Kemudian, lelaki berpakaian putih memandang ke arahku. "Cik, sila ikut sekali." Arahnya. Aku hanya mengangguk lalu mengekori orang tua itu ke hospital.

Dengan bantuan doktor dan juga paramedic, mereka berjaya menemui identiti orang tua tersebut. Orang tua itu ditempatkan di bilik VIP. Memandangkan aku yang menemui orang tua itu, jadi doktor meminta untuk aku menunggu orang tua itu sehingga dia sedar. Namun, sebbelum orang tua itu sedar, orang kanannya sampai. Dia memberi tunduk hormat kepada aku. Aku juga memberi tunduk hormat kepadanya. "Keadaan dia semakin pulih. Saya rasa tugasan saya cukup sampai di sini." Kataku kepada orang kanan tersebut.

"Terima kasih kerana menunggu CEO Arima." Kata orang kanan. Aku hanya memberi senyuman lalu berangkat pulang ke rumah. Tragedi yang berlaku pada petang ini menyebabkan rancangan aku terbatal. Namun, aku lebih berasa senang apabila aku berjaya menyelamatkan orang lain dengan bakat kedoktoran aku. Ini membuatkan aku lebih yakin untuk menjadi seorang doktor.


The Love of Revenge (Malay Version)Where stories live. Discover now