Chapter 5: Misteri Laporan Perubatan

234 12 0
                                    

Niat aku terbatal selepas menolong CEO Arima. Hal ini kerana hari sudah lewat dan aku tidak mempunyai banyak masa untuk dihabiskan demi membeli barang keperluan aku di universiti nanti. Aku tiada pilihan lain melainkan langsung pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang ke rumah, di persimpangan jalan, aku secara tidak sengaja ternampak Arima Yuta, lelaki yang aku temui semalam. Dia menyandar tubuhnya di kereta dengan memakai kaca mata hitam yang penuh gaya. Namun, pada pandangan aku, gayanya langsung tidak kena dengan situasi. Hari sudah malam dan cahaya matahari sudah tidak bersinar. Kaca mata hitam langsung tidak sesuai untuk bergaya di waktu malam. Aku mengabaikan Arima Yuta. Berjalan melepasinya menganggap dia tidak wujud.

"Hey! Hey!" jerit Arima Yuta. Aku memekakkan telinga ku sahaja. Kaki ku terus berjalan. Namun, perjalanan ku terhenti apabila Arima Yuta tiba-tiba muncul di hadapan aku dengan sejambak bunga mawar merah.

"Apa?" Soalku dengan nada garang.

"Bunga mawar. Aku beli untuk kau." Jawab Yuta.

"Untuk apa?" Soalku.

"Hadiah kepada kau. Kau ada masa free tak? Kalau boleh aku nak ajak kau keluar." Permintaan Yuta kelihatan sekali yang dia ini seorang 'playboy'.

"Cari perempuan lain." Balasku dan berjalan melepasi Yuta yang memegang bunga mawar. Kekecewaan di wajah Yuta jelas sekali tetapi aku tidak mempedulikan perasaan Yuta.

Aku tiba di bilik sewaan ku sekitar jam 10 malam. Sebelum aku masuk ke bilik sewaan ku, aku akan menyemak peti surat terlebih dahulu. Aku melihat ada beberapa pucuk surat untuk aku. Kebanyakannya, surat daripada kolej dan juga bank. Tetapi, ada satu surat yang memberikan aku tanda tanya. Surat itu ialah surat yang dihantar tanpa nama. Di dalam sampul surat itu, terdapat dua jenis laporan perubatan. Aku melihat laporan perubatan itu dengan teliti. Aku mendapati satu laporan merupakan laporan yang dibuat semula dan laporan itu ada di tangan aku. Manakala, satu lagi laporan menunjukkan laporan yang berlainan. Kemudian, aku melihat ada sepucuk lagi surat yang ditulis menggunakan tulisan tangan. Dalam surat itu menyatakan bahawa laporan perubatan yang aku terima adalah laporan palsu. Kesangsian mula timbul di hati.

Aku dengan pantas mengambil telefon bimbit ku menelefon seseorang. "Encik Minato, boleh jemput saya ke Elkie House sekarang? Saya ada perkara yang hendak dibincangkan." Kataku di telefon dengan jelas. Encik Minato hanya bersetuju sahaja.

Di lewat malam, Encik Minato tiba di hadapan komplek bilik sewaan aku dengan kereta Lamborghini Aventedor yang dihadiahi oleh datuk sebelah ibu aku pada tahun lepas. Encik Minato keluar dari kereta itu dan mempelawakan aku untuk memandu. Aku dengan senang hati memandu kereta tersebut manakala Encik Minato menjadi penumpang. "Apa yang Cik Arisa ingin bincangkan?" tanya Encik Minato ketika kami di lebuhraya Tokyo.

"Lebih baik kita bincang di Elkie House." Balasku lalu mempercepatkan perjalanan dengan menambah kelajuan pada kereta.

Apabila tiba di Elkie House, aku dan Encik Minato masuk ke dalam. Seorang pembantu rumah yang bernama Puan Shirakawa datang menyambut ku dan Encik Minato. "Tolong sediakan secawan teh hijau. Malam ini, saya mahu tidur di sini. Jadi, pastikan bilik saya kemas." Arahku. Puan Shirakawa hanya mengangguk sahaja. Aku dan Encik Minato kemudiannya masuk ke ruang perbincangan.

"Aneh! Selalunya cik Arisa tidak akan tidur di sini. Adakah Cik Arisa telah berubah fikiran?" Soal Encik Minato.

"Tidak. Saya masih pilih untuk menjalani kehidupan saya tetapi saya mahu tinggal di sini kerana ada sesuatu yang hendak dibincangkan." Balasku sambil duduk di atas sebuah sofa yang empuk. Encik Minato duduk di kerusi yang bertentangan dengan ku. "Dua tahun lalu, selepas dua bulan saya diusir dari rumah, Encik Minato ada menemui saya. Encik Minato kata yang ibu saya sudah menukarkan semua hartanya kepada nama saya serta menyingkirkan bapa saya daripada pemegang hartanya. Kenapa ibu saya berbuat demikian?" Soalku.

"Puan Hanazawa memberitahu saya yang suaminya curang. Dia merasakan sesuatu akan berlaku kepadanya dan juga Cik Arisa. Jadi, sebelum kejadian yang dia ingin elakkan berlaku, dia telah menukarkan nama hartanahnya."

"Sesuatu yang buruk akan berlaku? Encik Minato ada perasan apa-apa yang aneh ketika ibu saya datang menemui Encik Minato?" Soalku lagi.

"Ya. Dia nampak bermasalah. Dia seperti merisaukan sesuatu." Jawab Encik Minato. Namun, di lubuk hati ku berkata yang mama ada menyembunyikan sesuatu. Dia amat merisaukan sesuatu yang tidak diingin berlaku. 'Sesuatu yang tidak diingin berlaku' kelihatan seperti telah berlaku tanpa aku sedari.

Aku bangun dari sofa itu lalu berjalan menghala ke mesin pencetak. Aku mencetak salinan laporan perubatan itu. Kemudian, salinan itu aku berikan kepada Encik Minato. "Saya mahu Encik Minato siasat tentang ini. Laporan ini terdapat dua salinan yang berbeza. Saya mahu Encik Minato mencari tahu tentang laporan ini." Kata ku sambil menghulurkan salinan laporan perubatan tersebut. Encik Minato mengambil laporan itu. Dia mula membacanya dengan teliti tetapi aku boleh jangka yang dia tidak mengerti kerana bidang yang dia ceburi ialah bidang undang-undang. Bukannya perubatan. Ketika itu, Puan Shirakawa tiba dengan dua cawan teh hijau.

Puan Shirakawa menghidangkan teh itu. Aku menikmati teh hangat dengan hati yang tenang. Selepas Encik Minato menikmati teh, dia pun pulang. Manakala aku pula masuk ke dalam bilik sambil memikirkan tentang laporan perubatan ibu aku yang aku terima dari pengirim misteri. Namun, yang menjadi persoalannya, siapakah pengirim laporan ini? Kenapa baru sekarang dia kirimkan kepada aku setelah dua tahun ibu aku meninggal dunia? Di dalam fikiran ku, aku hanya boleh katakan yang pengirim ini amat mengenali aku dan ibu kandung aku atau dia berasa bersalah atas kesilapannya. Hanya dua jenis orang sahaja yang boleh melakukan hal sedemikian. Orang pertama ialah orang yang amat mengetahui aku dan ibu kandung aku. Kedua, orang yang tergolong dalam proses pembedahan, iaitu doktor. Aku harus mencari tahu siapa yang mengirim laporan itu. Harap Encik Minato dapat mencari orang tersebut.

The Love of Revenge (Malay Version)Where stories live. Discover now