Prolog

8.7K 447 35
                                    

"AYEN betul nak kahwin dengan abang Shin ke?"

Soalan Shin membuatkan Ayen tersedak. Laju matanya memandang lelaki yang duduk di hadapannya itu. What the kentang? Shin boleh tanya soalan macam tu sedangkan tiga hari lagi diorang nak kahwin?

"Abang Shin mabuk ke macam mana?"

"Ha?" Shin confuse.

"Ye la. Soalan abang Shin tu macam abang Shin tengah mabuk je. Abang, hello! Kita nak kahwin lagi tiga hari la. Soalan tu dah tak realistik."

Shin melepaskan keluhan perlahan.

Aik, dia mengeluh pula!

"It's realistic and still is." Shin bersuara dengan nada tegas. "We still have three days to go. Ayen masih boleh lari kalau Ayen nak."

Ayen garu kepala sendiri yang tetiba rasa gatal. Pepsi diminumnya tapi lepas tu menyesal pula sebab tekak rasa perit. Sudahnya dia letak balik gelas atas meja.

"Kenapa pula Ayen nak lari?" Dia bertanya dengan muka innocent.

Dia tahu...tapi dia sengaja buat tak tahu.

"I've told you many times already. Abang Shin takkan terima Ayen lebih daripada seorang adik. Even if you marry me, it will not change anything."

Ouch! Sakitnya tu disini. Tapi Ayen maintain riak wajah innocent-nya. Eleh... setakat ayat macam tu daripada Shin. Bukannya Ayen tak biasa dengar. Dah tak terkira banyaknya sejak zaman berhingus lagi. 'Abang Shin takkan terima Ayen lebih daripada seorang adik.' Ya ya ya... tu ayat trademark Shin. Ayen dah hafal macam hafal fakta Sejarah masa jawab SPM dulu.

Tapi lelaki yang konon tak nak terima dia lebih daripada seorang adik tu, sikit hari lagi nak jabat tangan dengan tok kadi dan melafaz akad nikah atas nama Aireyn Syazani. Ye sangatlah tak mau terima kan?

"Kenapa tak abang Shin yang lari?" Ayen sengaja serkap jarang. Menduga apalah yang ada dalam hati seorang Shazrin Syazani sekarang ni.

"Because I'm not a rebel."

"Neither do I."

Shin bersandar pada kerusinya. Dipandang je gadis yang sedang selamba menggigit burger dihadapannya itu.

"Ayen! Do something please."

Ayen garu pelipis sendiri. Aduhai abang Shin sayang. Kalau nak suruh Ayen buat sesuatu pun, sekarang semua persiapan majlis dah siap. Nak 'something' apa lagi. Merepek betullah abang Shin dia ni. Ingatkan dah jadi MO, bijaklah sikit. Rupanya masih tertinggal sengalnya juga.

"Abang Shin nak Ayen buat apa? Bukannya Ayen yang tak setuju nak kahwin dengan abang Shin."

Ayen cakap betul apa. Dia tak dipaksa dan dia tak terpaksa. Dia sendiri rela hati dikahwinkan dengan abang Shin-nya. Malahan dia suka. Cewah, gedik kau Yen!

"I warn you, you won't be happy."

Ayen angkat bahu. Burgernya dihabiskan.

"Elok apa Ayen setuju nak kahwin dengan orang tua macam abang Shin. Kalaulah Ayen ni tak de, siapalah yang nak dengan abang Shin ni."

Shin jegilkan mata. Budak ni aku simbah juga guna pepsi ni karang. Hisy! Cara dia cakap macamlah aku ni pakcik tua yang dah cecah empat puluh tahun. Sedangkan Shin baru lewat 20-an kut. Ada setahun lagi nak cecah 30.

"Asal diam pula? Aaa—terasa ke Ayen cakap abang Shin tua?" Ayen tergelak-gelak sendiri. Senak perut dia gelak tengok wajah Shin yang berubah bila dipanggil 'orang tua'.

Hikayat Pintu SebelahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang