11

4.9K 351 16
                                    

"ABANG Rul!" Ayen memanggil dengan suara sederhana kuat. Alah... kuat mana pun suaranya, tenggelam juga dalam keriuhan kat airport tu. Airport mana pernah senyap sunyi.

Dari jauh, Shahrul kelihatan bagaikan sedang mencari-cari punca datangnya suara dia. Sehinggalah lelaki itu nampak kelibat Ayen yang melambai. Wajah blur Shahrul terus berganti senyuman. Dia menarik bagasi mendekati Ayen yang sedang semangat menanti dengan Aril disebelahnya.

Okey... yang ni Ayen kagum dengan orang lelaki. Duduk luar negara lama, tapi balik bawa satu bagasi dengan backpack je. Kalau orang perempuan la, mahu satu kontena barang dibawa balik.

"Abang Rul!" Ayen terlompat-lompat. Teruja sangat. Bertambah teruja apabila Shahrul dah berdiri di hadapan mereka.

"Amboi, kanak-kanak riang seorang ni!" komen Shahrul melihat telatah Ayen walaupun ketika itu dia sedang bersalaman dengan Aril.

"Dah jadi isteri orang pun perangai tak berubah kan?" tegur Shahrul. Nampak macam Ayen yang lagi muda berbanding Aril. Padahal Ayen 26, Aril baru 17. Ni dah terbalik.

"Kak Ayen is still kak Ayen, abang Rul." Aril yang membalas.

Ayen sengih tak berdosa dengan kelakuan sendiri.

"Lama sangat tak jumpa abang Rul. Kite rindu la abang kite yang seorang ni," ujar Ayen dengan sengihan comel.

Shahrul senyum. Pandangan dialihkan daripada Ayen kepada Aril.

"Apa cerita ni? Kenapa bukan mama yang muncul?" tanyanya. Kat telefon sebelum bertolak tadi, mama cakap mama yang akan datang jemput. Tup-tup Aril dengan Ayen yang muncul.

"Kak Ayen offer. Tak sabar-sabar dia nak jumpa abang Rul." Aril sekali lagi membalas terlebih dahulu. Bagasi beralih tangan. Aril yang menariknya.

"Ini je ke barang abang Rul?" soal Ayen. Mereka bertiga memulakan langkah meninggalkan kawasan tersebut.

"A'ah. Barang lain abang Rul minta kawan abang Rul pos kemudian. Malas nak bawa sekali." Ringkas jawapan Shahrul. Dia beralih daripada sebelah Ayen kepada Aril. Menjadikan Aril berada ditengah antara mereka.

Ayen pelik sebab nampak macam Shahrul sengaja menjauhkan diri daripada dia namun Ayen malas nak bertanya lebih lanjut dan cuma membiarkan.

"Oh ya..." Shahrul hentikan seketika langkah. Ayen dipandang lama. "...abang Rul lupa nak tegur."

Ayen angkat kening.

"Makin lawa Ayen sekarang."

Automatik Ayen tersenyum. Dia buat muka comel, mengerdipkan mata beberapa kali.

"Seri pengantin tak habis lagi." Dia jawab selamba.

Shahrul yang baru meneruskan langkahnya ketawa kecil. Nampak sangat gembiranya dari riak waajah Ayen tu.

"Taklah. Abang Rul nak cakap makin lawa sebab dah berhijab."

Ayen tarik muka. "Sama je la." Abang Rul ni pun satu. Itupun nak membantah.

Shahrul ketawa lagi. Ayen macam tu la. Orang bantah sikit, mulalah dia tarik muka.

She is always like that.

"Shin?" Shahrul ubah topik. Dia toleh pada Ayen. Aril dah jalan terlebih dahulu dari mereka berdua.

"Abang Shin kat hospital. Ayen keluar lunch hour okeh. Semata-mata jumpa abang Rul."

"Amboi, tak menyempat! Abang Rul tetiba terasa diri abang Rul ni penting pula."

"Mestilah. Abang ipar kite." Ayen angkat kening double-jerk.

Hikayat Pintu SebelahWhere stories live. Discover now