52

7.7K 417 41
                                    

PUAN Anita dan Puan Azwa memandang Ayen dengan pandangan yang tak tahu Ayen nak describe macam mana. Tapi kesudahannya Ayen yang mengalihkan pandangan terlebih dahulu.

Rasa bersalah.

Dia tunduk memandang jari jemari sendiri. Tubir matanya yang baru berhenti menakung air mata kejap tadi kini dah terasa panas semula. Setitik air mata jatuh lalu terkena pada tangannya.

"Ayen..." Tujuannya nak mengucapkan maaf tetapi suaranya tersekat dikerongkong. Tak terkeluar ayat yang nak dikatakan olehnya.

Dan belum sempat Ayen nak mencuba lagi untuk bersuara, dia terasa tubuhnya didakap erat oleh Mama Nita. Belakangnya diusap perlahan.

"Tak pe. Bukan salah Ayen."

Mendengarkan itu, tangisan Ayen menjadi semakin kuat.

"Salah Ayen," ujarnya dengan suara yang tak jelas kerana berselang tangisan. "Ayen tak ikut pesan mama. I shouldn't wear the heels."

Ketika ini, Ayen benci dirinya sendiri. Kerana walaupun dengan berkata begitu, dia rasa dia sedang mencari alasan untuk melepaskan diri sendiri. Dia cuba menyalahkan kasut yang dipakainya sedangkan yang cuai ialah dirinya sendiri.

"Tak. Jangan cakap macam tu. Benda dah nak jadi kan. Kita tak boleh nak buat apa." Mama Nita masih cuba memujuk. Dia meneruskan usapan pada belakang Ayen bagi meredakan tangisan Ayen yang bagaikan tak ada sudahnya.

"It won't happen if I take your advice seriously." Ayen mengaku salahnya tanpa segan silu.

"Mama tahu apa yang Ayen rasa. Tapi tak elok cakap macam tu, sayang. Jangan salahkan takdir." Suara Mama Nita kedengaran tenang je. Walaupun tak mampu lagi mahu memujuk hati Ayen.

"Allah lagi sayangkan dia." Puan Azwa yang dari tadi memerhati menyampuk. Katil ruangan kecemasan itu dihampiri lalu dia duduk di birai katil.

Bahu Ayen ditepuk lalu diusap perlahan.

"Sebab tu Allah ambil dia dulu."

Tangisan Ayen bergema. Hilang rasa malu menangis begitu. Dia dah tak kisah keadaan di sekelilingnya.

"Or maybe because..." Dalam sendu suara itu kedengaran. "...I don't deserve something precious like that."

Ayen sepatutnya lebih menghargai apa yang dia miliki disekelilingnya, sementara semua itu masih ada. Tapi Ayen benci diri sendiri kerana dia gagal untuk buat macam tu.

Dengan baby dia yang dah diambil semula, juga dengan Shin.

Dia langsung tak hargai dan dia hanya fikirkan tentang dirinya sendiri.

"Jangan nangis. Ni tandanya Ayen tak redha dengan apa yang dah diaturkan untuk Ayen," ujar Puan Azwa lembut sambil memegang tangan Ayen.

"Abang Shin kat mana?" Ayen bertanya perlahan. Tangisannya dah reda walaupun dia tak pasti bila tangisan yang sama akan pecah semula.

"Ada kat luar. Ayen nak mama panggil?" Puan Anita dah nak berdiri tetapi terhalang apabila Ayen menggeleng.

Dan kedua-dua wanita itu tak sedar wajah Ayen yang berubah.

"Abang Shin marahkan Ayen ke?" Soalan itu terlepas. Dan bagi Ayen jawapannya sudah jelas. Shin dah tentulah marahkan dia.

"Tak. He just need some time alone to calm down." Puan Anita menjawab untuk menyenangkan hati Ayen. Sambil itu berbalas pandangan dengan Puan Azwa.

Hikayat Pintu SebelahWhere stories live. Discover now