12

5.1K 340 6
                                    

GELAK ketawa kedengaran dari arah dapur membuatkan Shin halakan langkah ke dapur selepas menyalami papanya. Agak-agak semua orang kat dapur memandangkan papa seorang duduk kat ruang tamu.

Dan sangkaan Shin memang tak meleset apabila keempat-empat mereka sedang berada di ruangan tersebut.

"Hah... muncul pun." Shahrul yang terlebih dahulu menegur Shin.

Shin pamer sengih lantas terus menyalami abangnya. "Hi-lo bro."

Konon nak salam tapi berganti dengan fist bump.

"Amboi... greeting europe sangat," tegur Mama Nita. Shin dan abang Rul sama-sama tersengih. Habis dengan abangnya, Shin menghampiri Mama Nita.

"Hai mama kite." Shin bersuara lalu mencium tangan ibunya. Selepas itu terus tubuh wanita itu dipeluk. Back hug.

"Ewah, mommy's boy," komen Shahrul sambil menggeleng kepala sendiri. "Mama juga yang dia peluk dulu eh."

"Dah tu..." Itu je yang Shin balas seraya melepaskan pelukan pada mamanya. "Lama tak jumpa ni."

"Itulah... Nak juga tinggal kat luar. Kan elok duduk sini je," balas Mama Nita pantas.

"Ayen ni nak tinggal luar." Shin balas balik membuatkan Ayen menoleh lipat maut padanya. Laju je Ayen yang sedang duduk dibangku meja makan itu memalingkan mukanya memandang Shin.

"Eh? Ayen pulak?" Ayen kecilkan matanya. Berani abang Shin ni nak kenakan dia? Ada karang yang Ayen bocorkan rahsia depan khalayak ramai macam ni.

Eceh, khalayak ramai la sangat padahal cuma ada abang Rul, Arip dan mama Nita je.

Shin yang mengerti maksud pandangan mata Ayen terus ketawa kecil untuk menutup 'kesilapan'-nya.

Budak Ayen ni bukan boleh pakai sangat otak dia. Kadang dia cakap macam bergurau tapi dia buat betul-betul. Tak ke naya tu?

"It's a joke, Yen. Jokeeee." Panjang meleret suara Shin.

Ayen hanya balas dengan jelingan. Tahu pun takut encik suami kite ni.

"Biasalah pengantin baru nak privacy, mama." Aril menyampuk dengan sengihan gediknya.

"Haippp... Budak-budak suka hati je nak menyampuk." Shin jegilkan matanya. Namun Aril hanya balas dengan muka donno. Shin suka sangat 'membudakkan' orang. Masak sangat dengan sikap dia tu. Ayen yang dah dua puluh enam tahun pun dia masih panggil 'budak' juga.

Dia seorang je yang tak 'budak' lagi... Mata juling ke atas dengan tangan kat bahu.

"Abang Rul..." Selepas beberapa ketika, Shin bersuara dulu. "...souvenir mana?"

"Banyak hensem nak minta souvenir bagai." Shahrul membalas sambil mencebik. "Wedding gift la. Nak tak nak?"

"Wedding gift buat apa? Tu nak kongsi dengan Ayen... mana best."

"Tahu je nak kongsi dengan Ayen."

"Dah tu?" Pantas Shin membalas. Dah namanya wedding gift, bukannya Shin kahwin seorang-seorang.

"Oh ya..." Shin beralih pada Ayen. Dahi Ayen dijentik sedikit. "...budak ni cepat je menghilang. Bukan ingat nak jenguk ibu ayah dia."

"Alaa... Kepala jangan main. Abang niii." Ayen kerut muka sambil merungut. Benci ah abang Shin ni. Ingat kepala dia ni kepala mannequin ke apa nak main jentik-jentik bagai.

"Elehhh... Kepala je pun."

"Elehhh... Kepala je pun." Ayen mengajuk Shin. "Abang fikir kepala ada jual kat pasar ke apa?"

Hikayat Pintu SebelahWhere stories live. Discover now