Bab 2 ❀

5.9K 184 15
                                    

Danial memerhati gambar perkahwinannya di atas meja. Act semata-mata. Apa kata papa? Makin dipandang buat hati makin sayang? Danial ketawa seorang. Skema-skema...

Semalam dia tak tahu kenapa dia naik hantu semula. Dah lama dia tinggalkan JD. Dah lama dalam bahasa Danial bersamaan dengan tiga bulan. Selama tempoh perkahwinan mereka. Dia sendiri tidak tahu apa yang cuba diraih dengan meninggalkan JD. Nak sedapkan hati Balqis? Why bother? Things she doesn't know won't hurt her.

Jadi kenapa semalam dia gatal tunggang JD balik? Kenapa dia gatal jejak kaki ke Zzouk semula? Tiga bulan dia sober. Rasanya tak mati kalau tak minum. Tapi, entahlah.

Semalam Fisha singgah. Fisha masih seperti dahulu. Cool. Superb woman. Kalau offer ciggie, tak pernah ditolak. Walaupun Fisha cuma pakai Salem Lights, dia tidak pernah tolak Dunhill Danial. Di Zzouk, Fisha stick to Cosmo. Mana vogue perempuan pun tunggang JD.

Akhirnya, mereka berdua tinggalkan Zzouk. Danial memandu ke Mandarin Hotel, tempat Fisha menginap sepanjang conference di KL. Danial sendiri hairan mengapa dia tidak memandu terus ke tempat letak kereta underground. Fisha kehairanan apabila Danial memberhentikan kereta di depan hotel, sekadar menurunkan Fisha.

Mengapa Danial tidak bermalam bersama Fisha?

Danial agak hairan dengan diri sendiri. Selepas Fisha memberi kucupan selamat malam, Danial beransur dari Mandarin. Kemudian menghala terus ke Ampang.

Mabukkah dia?

Setakat dua botol, Danial rasa dia mampu lagi memandu. Sampai di rumah, baru dia perasan kunci yang ditinggal elok dalam ashtray di pejabat. Selepas bertalu-talu mengetuk pintu, Balqis menyambutnya tanpa hijab di kepala.
Sangat cantik. Nafasnya tersekat sebentar.

Pagi tadi, Danial turun ke dapur sambil mencengkam kepala. Sudah dijangka migraine yang bakal kunjung tiba. Balqis yang sedang membancuh teh segera mencapai botol aspirin dalam kabinet. Tenang dia menghulurkan dua tablet dan segelas air kepada Danial. Macam tahu-tahu. Danial menyambutnya tanpa berkata apa.

Tetapi mengapa sepasang mata coklat itu merah ketika Danial merenungnya pagi tadi? Mungkinkah Balqis menangis? Mengapa Balqis menangis? Does he even care?

❥ ❥ ❥

"Papa.."

"Shut the door," ujar Dato. Salleh tenang. Dia berdiri menghadap tingkap pejabatnya. Panorama KLCC ditenungnya dalam-dalam.

Danial akur. Dia menutup rapat pintu pejabat papanya. Sudah. Apa gamaknya salahnya hari ini?

"Danial pergi Zzouk semalam?"

Danial mengeluh. Aku dah agak...

"Entertain client, papa."

"Takde tempat lain ke yang lebih senonoh dari Zzouk?" soal Dato. Salleh lagi. Dia masih tidak memandang wajah anak terunanya itu.

"Kat Mandarin kan ada restoran?"

"Dah client nak pergi Zzouk. Takkan Danial nak halang."

Dato. Salleh terdiam. Dia pusing menghadap Danial. Danial mengesan rahang bawah papanya yang bergetar.

"Danial minum?"

"Mana ada papa."

"Don't lie to me, Danial Zachary!" suara Dato. Salleh memecah keheningan. Dia mencapai kerusi kulitnya sebagai topang. Darah dirasakan membuak-buak naik ke kepala.

Muka Danial berubah. "Papa.."

"I told you to drop your sinful lifestyle long ago, Danial!" herdik Dato. Salleh lagi. Anak yang seorang ini betul-betul menyirap darah tuanya.

Balkis vs DanialDove le storie prendono vita. Scoprilo ora