Bab 6 ❀

4.9K 187 3
                                    

"Assalamualaikum. Dr. Amani ya?"

"Waalaikumsalam." Balqis membuat pusingan badan 180 darjah. Matanya jatuh ke atas wajah seorang lelaki berlab coat putih. Lelaki itu sedang tersenyum.

"Cari saya?"

"Ya, Dr. Amani under Dr. Lucy?" soal lelaki itu lagi.

Balqis mengangguk perlahan. Tak pernah-pernah dibuat orang selain keluarga terdekat yang memanggilnya Amani. Dia membalas senyuman lelaki itu.

"That's me. But usually orang panggil Balqis je. And you are?"

"Hamzah Haris. Obstetrics, consultant on-duty," tutur lelaki itu, masih tersenyum

Hampir sahaja mata Balqis membundar. Obs! Dah lah handsome. Balqis terkekeh dalam hati.

"On-duty?" soalnya lagi.

Hamzah ketawa.

"Yup. Kami kat Obs rotate tugas consultation ni. Now it's lucky April, my turn."

Balqis tersenyum, confused. Ok.. Apa agaknya doktor ni nak dari aku? Kalau nak blah je boleh?

"Erm..."

"Oh, yes," balas Hamzah, memetik jari.

"Amira Ilyas? She's my case now. The pregnancy test and VDRL were signed by you and Dr. Alzun kan?"

Balqis mengangguk perlahan. Wajah Amira menerpa di minda. Setelah disahkan bahawa gadis itu telah keguguran, dia telah dipindahkan ke wad obstetrik untuk mencuci rahim. Nampak gayanya sesiapa yang bertanggungjawab membuat abortion terhadap Amira agak sloppy dan clumsy. Uri masih berbaki dan serviks masih dilated.

"I was thinking maybe you could give me a hand with consulting her?" tutur Hamzah, sopan. Matanya turut tersenyum, seiring dengan senyuman yang terukir di bibir.

Impossible betul ada doktor comel-comel gini.

"Saya boleh interfere bidang tugas awak ke?" soal Balqis kecil. Dahlah masih intern, taknak dikatakan memijak kepala residen.

Hamzah ketawa. Kelihatan lesung pipit di pipi.

"Let's just say, it's how I confide with my colleagues," balasnya, tersenyum lagi.

"Lagipun dia masih remaja, mesti dia dapat relate dengan awak lagi. Plus, awak pun selalu jugak visit dia, bukan?"

Balqis mengangguk lagi. Terkejut bukan kepalang. 17 tahun dan keguguran. Quite an 'achievement' for such a young lady. Hatinya diruntun tanda tanya; siapa yang bertanggungjawab?

"Jadi awak setuju lah ni?"

"Alright," putus Balqis.

"Apa yang perlu saya buat?"

"Around 2 nanti saya ada sesi dengan dia. Can you make it?"

"Insyaallah..."

"And one more thing."

Balqis menjungkit kening.

"Ya?"

"May I call you Amani?" Senyum gaya Jude Law.

❥ ❥ ❥

"Gile comey ah! Ko buat apa pasang laki banyak-banyak ni?" soal Jasmin. Tak puas hati. Mereke bertiga telah memerhati Balqis dan Hamzah berbicara di tepi pintu masuk kafe.

"Residen hot stuff pon ko nak tibai jugak ke?"

Balqis mengangkat jari ke bibir.

"Shh! Now is a good time to apply the proverb 'cakap siang pandang-pandang'. Jangan buat malu kompeni kat sini," bisik Balqis perlahan.

Balkis vs DanialWhere stories live. Discover now