Bab 10 ❀

5K 150 10
                                    

"Cherié!"

Balqis menjenguk dari muka pintu. Kelihatan Danial di sisi Autobavarianya, briefcase dan sepucuk surat di tangan.

"Awek mana pulak you panggil ni?" soal Balqis. Dia mengambil briefcase yang disua oleh Danial.

"Heh," balas Danial, tersengih.

"Konon je sekolah kat Nice. Takkan 'cherié' pun tak tau?"

Balqis menjungkit kening. Dia menyua cawan berisi hot chocolate kepada Danial.

"Le vrai est trop simple, il faut y arriver toujours par le compliqué," balas Balqis selamba.

"Le comple to-sho for-te what?" ujar Danial, rahangnya ternganga.

Kemudian dia tersenyum.

"Alright, kalau you nak puji I pun, tak payah la pakai French."

Balqis ketawa. "Sudah la."

"Apa you cakap tadi, Qis? Siap lidah belit-belit lagi tu," soal Danial sambil melabuhkan punggung ke sofa. Surat tadi masih setia dipegang.

"Aik? Kan you hebat cakap 'cherié', takkan tadi tu tak paham?" tukas Balqis pula, tersenyum.

Danial ketawa.

"Fine, fine. I setakat ambik minor kat uni, mana lah I nak reti sangat. Nak conjugate satu verb pun setengah tahun, lagi nak construct one full sentence macam tu. Sorry to underestimate you. I was just pullin' your leg. Nak jugak dengar you speaking French," pujuk Danial lagi.

Balqis menjungkit bahu.

"Okay. Dish. Mimpi 'Eiffel, I'm in love' ke semalam?"

Danial mengerut dahi.

"Please. Karat semacam citer tu. Chickflick habis."

"Habis tu?"

Danial tersenyum. Dia menggawang-gawangkan surat bersampul putih di tangan.

"This was in the mailbox," terang Danial.

"For you." Surat itu bertukar tangan.

"Alamat dia dalam French, so I ingat nak test power la kejap. Mana tau sekali you balas gaya Napoleon Bonaparte," gurau Danial.

Balqis menyiku perlahan abdomen Danial yang berdiri di sisi.

"Ada ke Napoleon? Perut ala-ala abomasom 4 tingkat tu you samakan dengan I? Tak seswai la, Danial," balas Balqis. Ketawa Danial pecah lagi.

"Hmm... UN nyer surat!" Balqis bersuara girang.

"Memang laa dalam French, pakcik oi..."

"Kenapa UN hantar surat kat you? Kofi Annan nak ngorat you ke?" soal Danial, sambil menjenguk dari atas bahu isterinya untuk cuba membaca kandungan surat. Balqis ketawa kecil.

"Oo, you ada skandal dengan Kofi Annan ya? Apa yang dia ada yang I takde?" soal Danial lagi, berpura-pura serius.

"Em, for one, rambut kerinting uban dia tu macho apa," balas Balqis selamba. Dia menarik keluar surat dari sampul yang dikoyak sisi.

"Bismillahirrahmanirrahim..."

Mereka berdua terdiam sebentar sambil membaca isi kandungan surat. Danial yang berdiri di belakang Balqis turut khusyuk membaca. Tangannya tanpa sedar mengelilingi pinggang Balqis.

"Mission to Mozambique??"

"Danial..."

"You nak buat apa pergi Mozambique ni?" soal Danial kuat, matanya tertancap ke wajah Balqis.

Balkis vs DanialWhere stories live. Discover now