Bab 7 ❀

4.8K 186 6
                                    

"Agak-agak isteri kau takde member-member yang dia nak introduce ke?" soal Zariff, teman seuniversiti Danial di US.

"Macam mana awek-awek yang best semua melepas kat ko nih?" tambah Zariff lagi, sambil memerhati Balqis yang sedang melayan tetamu di sudut taman.

Danial menarik senyum.

"Eh, puji, puji jugak. Pandang sikit-sikit cukuplah," gurau Danial.

Mereka ketawa.

"Dulu liat sangat nak nikah. Sekarang kau pun dah pandai cemburu, Zack? Biar btol!"

Danial senyum lagi. Tak tahu respon bagaimana yang harus diberikan. Danial mengalihkan pandangan ke arah Balqis. Seronok nampaknya dia bergelak ketawa dengan seorang lelaki yang baru sampai. Sesuatu berdetik di hati Danial. Mereka mesra. Kenapa dia dan Balqis tidak bergelak ketawa begitu? Tiba-tiba mata mereka bertemu. Danial menghadiahkan senyuman. Balqis turut tersenyum.

"Kejap. Kesian pulak aku tengok dia layan tetamu sorang-sorang."

Danial berlari-lari anak ke arah Balqis. Wanita itu terkejut dengan kehadirannya di sisi.

"Hey sweetie," tutur Danial lembut.

Balqis tersenyum. Dibiarkan sahaja tangan Danial melingkari pinggangnya. Tak terasa nak membuat scene dengan membackhand Danial di public.

"Hey. Meet Dr. Hamzah. My colleague. Hamzah, my husband, Danial."

Danial dan Hamzah berjabat tangan.

"Nice meeting you, Danial. I'm officially a jealous man. Great wife you have here," tutur Hamzah, tersengih.

Senyuman Danial bertambah mekar.

"Sorry, Dr. Hamzah. She's off the market," balas Danial ringkas. Pegangannya pada pinggang Balqis dikemaskan.

"Well, I envy you, nonetheless," balas Hamzah, sengih lagi.

Balqis membuntangkan mata.

"Okay, you guys are being too much," tutur Balqis tersenyum. Malu ada, nak termuntah pun ada. Tiba-tiba matanya menangkap kelibat Nia di celah-celah jiran-jiran yang bertandang.

"Kak Nia!"

Nia berpaling apabila mendengar namanya dipanggil. Tersenyum melihat hos yang melambai-lambai ke arahnya.

"Hey, darling, Danial. Hamzah pun ada?" ujar Nia. Dia tersengih memandang Hamzah di sisi Balqis.

Hamzah turut tersengih.

"Yes, Hamzah's in the house."

Mereka berbual-bual seketika sebelum Balqis meminta diri untuk menyambut tetamu lain.

"Balqis?"

Balqis memusingkan diri ke arah empunya suara. Dia tersenyum, confused. Jiran ceruk mana pulak ni?

"I'm Fisha, teman Danial," tutur wanita itu. Dia menarik senyum lopsided.

"Fancy finally meeting you."

Darah Balqis berderau. Namun dia pantas mengawal emosi.

"Fisha. The pleasure is mine," balasnya, senyuman tetap maintain.

"Thank you for making it here. I ingat you tinggal kat JB?"

Fisha ketawa. Seksi semacam.

Takkan aku pun dia nak goda?

"Tiap-tiap minggu I turun KL. Career woman, you know?"

Balqis senyum lagi, menahan sedaya-upaya dari menjulingkan biji mata. Padanla asal weekend je mamat tu menunggang. Lepas tu menyusahkan aku.

Balkis vs DanialWhere stories live. Discover now