Bab 4 ❀

5.9K 191 6
                                    

Danial membelok. Fikirannya menerawang kepada kejadian malam semalam. Fisha dan Hakimi berpelukan memasuki Marriot.

Di halaman rumah, Danial menekan alarm untuk mengunci kereta. Briefcase dijinjing, sambil berharap wajah Balqis seperti biasa menyambut kepulangannya dari pejabat. Bersama secawan hot chocolate.

Namun hampa. Danial menjungkit bahu. Alah, tak mati kalau tak minum hot chocolate tu sehari.

"Hampeh ko, Jas. Aku dah agak bila Fatin cakap mayo facial mask yang dia letak dalam peti ais tu hilang."

Muncul suara Balqis. Sedang bergayut rupanya. Dia melambai ke arah Danial sambil mengunjuk ke arah hot chocolate di atas meja Jepun.

Ketawa.

"Perlu ke ko buat dip guna facial mask tu? Punya la pemalas nak turun beli mayo. Nasib baik tak cirit je."

Danial menjungkit kening. Facial mask jadi dip for chips? Biar betul.

Ketawa lagi. "Keji giler! Kok iye pun tak suka, yang ko pegi letak bangkai katak dalam MNG pumps dia buat apa?"

Mata Danial terbeliak. Mak aih. Ganas jugak budak-budak medic ya?

"Not right, babe. Not right. Especially bila tu kasut MNG," ujar Balqis lagi, senyuman masih menyerlah. Manis. Danial turut terasa ingin tersenyum sama melihat senyuman itu.

Perut Danial mula menyanyi. Pantas tangannya memegang perut.

Dia mencuri pandangan ke arah Balqis lagi. Bila nak habis cakap ni? Lapar...

"Ala, aku setakat verbal attack, wasn't that cruel, ok?"

Tak boleh jadi ni.

"Balqis. Finishing your girly moments anytime soon? Lapar..."

Balqis menjungkit kening.

"Already? Okay," dia membalas. Senyum lagi. Contagious.

"Jas, gotta go."

Balqis terdiam menunggu balasan sahabatnya. Danial cuma memerhati dari posisinya.

"The Darth Vader lapar," balas Balqis, tersengih. Dia mengenyitkan mata ke arah Danial.

Di dapur, Danial mengambil tempat di kaunter. Dia memerhati Balqis menyenduk lauk dari kuali. Tempoyak ikan dengan udang harimau sweet sour. Kailan Chinese style. Balqis menjungkit kening.

"Sorry, bos. Hari ni local. You boleh terima tak?"

Danial turut menjungkit kening.

"Perli ya? Hand me the plate, please," balasnya.

"It's okay, I'll get it." Nasi disenduk dan diletakkan di hadapan Danial.

"Or nak kena sendukkan lauk jugak?" ujar Balqis lagi.

"I think I could handle that," balas Danial. Balqis menjungkit bahu. Dia menuju ke arah kabinet untuk mengeluarkan pinggan.

"You nak cinnamon bread rolls ke puding?"

Tangan Danial berhenti menyenduk udang.

"What?"

"Dessert. Bread rolls ke pudding?" ulang Balqis lagi.

Danial tersengih. Kemudian dia menggeleng-gelengkan kepala.

"Damn, woman. Do I have to choose?"

"In my kitchen, you don't," balas Balqis. Kemudian dia mengeluarkan dua ketul bread rolls dari oven. Bau kulit kayu manis terawang-awang di udara.

Balkis vs DanialOn viuen les histories. Descobreix ara